Monday 20 November 2023

Karangan A: Langkah Penjagaan Kesihatan Ketika Musim Panas

 

Dalam meniti arus kemodenan ini, isu penjagaan kesihatan ketika musim panas sering dipaparkan di dada-dada akhbar mahupun di media sosial. Hal ini kerana persekitaran suhu atau cuaca yang terlalu panas boleh mengganggu ketidakseimbangan tubuh dan menyebabkan beberapa penyakit. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang harus dilakukan untuk menjaga kesihatan sepanjang musim panas ini?

Pada pendapat saya, antara langkah berjaga-jaga yang boleh dilakukan oleh orang ramai adalah sentiasa minum air kosong secukupnya. Contohnya, minum 8 gelas sehari dapat memastikan tubuh kekal terhidrat dalam tempoh yang sukar ini. Jika perlu berada di luar rumah pula, alternatif yang disarankan ialah sentiasa memakai topi atau payung untuk melindungi diri daripada panas terik. Jelaslah bahawa dengan minum air kosong secukupnya dan melindungi diri daripada panas terik dapat memastikan kita kekal sihat walaupun pada musim panas.

Di samping itu, musim panas juga boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan rawatan dengan segera jika mengalami simptom seperti batuk, selesema, asma, sakit mata atau jangkitan paru-paru yang kronik. Rawatan awal sangat penting supaya penyakit yang lebih serius dapat dielakkan bak aforisme mencegah lebih baik daripada mengubati.

Kesimpulannya, terdapat banyak langkah yang harus dilakukan bagi menjaga kesihatan diri pada musim panas. Setiap individu perlulah mengambil inisiatif untuk menjaga kesihatan kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Oleh itu, marilah kita sama-sama memainkan peranan untuk menjaga kesihatan diri dan orang sekeliling agar kekal sihat dan bertenaga.


KARANGAN B : CARA MEMANFAATKAN CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah merupakan momen yang paling ditunggu-tunggu oleh semua orang terutamanya para pelajar. Semua golongan masyarakat tidak kira mud...