Sunday 8 February 2015

LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN MUTU SUKAN NEGARA

        Sukan memainkan peranan penting kepada sesebuah negara. Sukan dapat meningkatkan perpaduan dalam kalangan rakyat dan mampu melonjakkan imej sesebuah negara. Selain itu, sukan juga boleh memberikan pulangan yang lumayan untuk negara. Persoalannya, apakah langkah-langkah untuk memajukan sukan di negara kita?

        Langkah primer untuk memajukan sukan ialah dengan menambah kemudahan sukan. Sebagai contoh, kerajaan perlu menambah bilangan kompleks sukan yang mengandungi pelbagai peralatan sukan yang moden dan canggih. Hal ini penting untuk membolehkan orang ramai menjalani aktiviti sukan dengan mudah dan selesa. Dengan itu, lebih ramai ahli sukan yang berbakat dapat dilahirkan.

        Selain itu, pelbagai program dan pertandingan sukan juga perlu ditingkatkan. Hal ini dapat memberi banyak pengalaman kepada atlit-atlit Negara kita. Atlit yang berpengalaman tidak mudah mengalah apabila bertanding di Negara luar. Sebagai contoh, kejohanan SUKMA yang diadakan setiap dua tahun dapat memberi banyak pengalaman kepada atlit-atlit muda negara kita.

        Langkah seterusnya ialah dengan melantik jurulatih yang bertauliah untuk mengajar pelajar-pelajar di sekolah. Hal ini penting kerana jurulatih yang bertauliah dapat mengajar pelajar tentang cara dan teknik yang betul untuk bersukan. Dengan cara ini, barulah kita dapat melahirkan ahli-ahli sukan yang berkualiti. Di peringkat negara pula, kita boleh melantik jurulatih dari luar negara untuk meningkatkan kualiti atlit sukan negara.


         Berdasarkan huraian di atas, jelaslah bahawa terdapat banyak cara untuk meningkatkan mutu sukan di negara kita. Sesungguhnya tidak ada yang mustahil jika kita terus berusaha tanpa jemu kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Pelbagai pihak terutamanya sektor swasta boleh membantu kerajaan untuk menyediakan kemudahan sukan, melantik jurulatih luar ataupun menaja atlit-atlit yang berbakat. Dengan itu, negara kita akan terkenal dengan atlit sukan yang hebat seperti Dato’ Nicol David dan Dato’ Lee Chong Wei 

12 comments:

KARANGAN B : CARA MEMANFAATKAN CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah merupakan momen yang paling ditunggu-tunggu oleh semua orang terutamanya para pelajar. Semua golongan masyarakat tidak kira mud...