Sunday 8 February 2015

SKRIP PENGACARA PERJUMPAAN WARIS

ü  Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Salam sejahtera dan, salam 1Malaysia.
ü  Yang berusaha EN AMINUDDIN BIN MUSTAFA,
Pengetua SMK DJH
ü  Yang berusaha EN AHMAD FAUZI B IBRAHIM,
Penolong Kanan HEM
ü  Yang berusaha PN RHUZAIMAH B RAMLI
Penolong Kanan Kokurikulum
ü  Yang dihormati,
Ketua-ketua Bidang, guru-guru tingkatan 5,
Tuan-tuan dan puan-puan para ibu bapa dan waris serta para pelajar tingkatan 5 SMK DJH yang dikasihi sekalian

ü  Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapat kita berkumpul di dalam Dewan SERI Jernih pada pagi yang penuh barakah ini untuk sama sama menjayakan satu agenda dalam acara takwim sekolah iaitu penetapan target bagi pelajar-pelajar yang bakal menduduki SPM pada tahun ini.

ü  Saya selaku wakil pihak majlis pada pagi ini, ingin sama merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh hadirin warga dewan kerana telah sudi meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan majlis yang kita rencanakan pada hari ini.

ü  Justeru, menjadi harapan kami warga pendidik agar majlis ini menjadi tonggak bagi memulakan anjakan paradigma dan pencetus revolusi dalam meningkatkan lagi mutu pencapaian anak-anak kita dalam bidang akademik..insyaAllah.

ü  Sebagai pembuka tirai acara, majlis menjemput Al-fadhil Ustaz Alias bin Khalib utk memimpin bacaan doa, dipersilakan.
(DOA)
Amin amin yarabbal alamin.  Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Al-fadhil Ustaz Alias bin Khalib atas pimpinan doa sebentar tadi.

ü  Warga dewan yang dimuliakan,
ü  Kini, tibalah masa untuk kita mendengar taklimat yang bakal disampaikan oleh Yang Berusaha Encik Aminudin bin Mustafa selaku Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Jaafar Hassan.
ü  Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Tuan  Pengetua.
(UCAPAN)

ü  Begitulah berakhirnya taklimat yang begitu padat berinformasi buat renungan dan panduan semua warga dewan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua atas kesudian  menyampaikan taklimat.

ü  Agenda seterusnya pada pagi ini, adalah sesi dialog ibu bapa dan penjaga bersama para guru. Dalam sesi ini, tuan-tuan akan menerima keputusan peperiksaan akhir tahun 2014. Selepas itu,  tuan-tuan dan puan-puan boleh bertanya tentang prestasi anak tuan-tuan kepada guru yang mengajar anak tuan-tuan. Sebarang cadangan dan pandangan para waris penjaga amat dialu-alukan untuk kebaikan bersama, malahan juga tidak lain tidak bukan bermotifkan strategi peningkatan pencapaian anak-anak menjelang SPM pada tahun ini. InsyaAllah....


ü  Sebelum tuan-tuan ke sesi dialog,. Saya selaku wakil pihak majlis dengan takzimnya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang khilaf tanpa sedar sepanjang saya mengendalikan rostrum pengacaraan pada hari ini. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T, yang kurang itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri.

       Buah selasih buah kelubi
       Di dalam dulang hidangan pagi
       Terima kasih daun keladi
       Bila diundang datanglah lagi.


      Sekian, Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi             wabarakatuh dan terima kasih.
(Sesi Soal Jawab & Dialog)

11 comments:

  1. mohon share ye cikgu. halalkan buah fikiran bernas mu duhai cikgu.

    ReplyDelete
  2. MOHON SHARE CIKGU....
    UCAPAN YG TERAMAT BERNAS...
    TERIMA KASIH...

    ReplyDelete
  3. mohon share cikgu...semoga Allah permudahkan urusan cikgu kerana sudi berkongsi bahan

    ReplyDelete
  4. torbaik cikgu... sgt bermanfaat... moga dikurnia ilmu hikmah

    ReplyDelete
  5. TQ CIKGU......SEMOGA DIRAHMATI

    ReplyDelete
  6. Mohon share teks pengacara majlis cikgu...Semoga cikgu dberi kesihatan yang baik hendakNya..Terima kasih di atas perkongsian..

    ReplyDelete
  7. pahala yang berpanjangan.. trima kasih cikgu

    ReplyDelete

KARANGAN B : CARA MEMANFAATKAN CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah merupakan momen yang paling ditunggu-tunggu oleh semua orang terutamanya para pelajar. Semua golongan masyarakat tidak kira mud...