Nurmastura
binti Mahadi
28 Jalan Mawar 1,
Taman Mawar,
02500 Arau,
Perlis.
(Tel : 019-473XXXX)
_____________________________________________________________________________
Kepada:
Pengurus
Kanan
(Training
Administration)
HR Shared
Service Centre,
Bahagian
Sumber Manusia Kumpulan TNB
Aras 10,
Bangunan Ibu Pejabat TNB,
129 Jalan Bangsar,
59200 Kuala
Lumpur. 16 OGOS 2017.
Melalui dan salinan :
Ketua Jabatan Matematik,
Jabatan Matematik,
Fakulti Sains dan Matematik,
35900 Tanjung Malim,
Perak.
(Tel: 015-4811XXXX)
Tuan,
PERMOHONAN
PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI
Merujuk kepada perkara di atas, saya Nurmastura binti Mahadi, ingin memohon jasa baik pihak tuan agar dapat
memberi peluang kepada saya untuk menjalani latihan industri di syarikat tuan selama lapan (8) minggu bermula dari 17 November 2017 sehingga 9 Januari 2018.
2. Untuk maklumat tuan, saya merupakan pelajar jurusan Diploma Sains
(Matematik) di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak . Saya telah
menyempurnakan empat semester pengajian dan kini mencari tempat untuk menjalani
latihan industri di mana-mana jabatan kerajaan atau syarikat swasta . Hal ini
merupakan salah satu syarat bagi kami untuk menamatkan pengajian.
3. Hasil pemerhatian saya mendapati bahawa syarikat tuan
menepati ciri-ciri organisasi yang mampu menyediakan latihan industri berkualiti
bagi saya mempelajari cara menguruskan sesebuah organisasi. Saya juga yakin
bahawa saya mampu untuk memberi sumbangan dan kerjasama untuk kemajuan dan
pembangunan syarikat tuan ke arah yang lebih cemerlang. Saya percaya saya akan
dapat menimba pengalaman dan ilmu
melalui latihan di organisasi tuan.
4. Saya amat berbesar
hati jika dapat membuat latihan di sekitar negeri Perlis atau di kawasan utara
Kedah.
5. Bersama-sama ini saya sertakan resume / CV untuk penilaian
pihak tuan. Diharapkan permohonan ini akan mendapat perhatian dan pertimbangan
sewajarnya daripada pihak tuan dan segala kerjasama saya dahului dengan ucapan
jutaan terima kasih.
Yang benar,
……………………………….
(NURMASTURA
BINTI MAHADI)