Sunday 11 October 2020

USAHA-USAHA MENGGALAKKAN AMALAN KITAR SEMULA



    Dalam keghairahan menghambat kemewahan dunia, masyarakat sering alpa dengan isu pembuangan sampah. Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 16 Januari 2018 telah melaporkan bahawa setiap rakyat Malaysia secara purata telah membuang 0.8 kilogram sampah setiap hari. Jumlah ini cukup untuk memenuhi Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) dalam tempoh sembilan hari setengah sahaja. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini ialah menerusi aktiviti kitar semula. Di Malaysia, program kitar semula telah bermula dengan Kempen Kitar Semula 1993. Walau bagaimanapun menurut Persatuan Pengguna  Pulau Pinang, kempen ini hanya mendapat sokongan lima peratus penduduk Malaysia. Satu anjakan paradigma perlu dilakukan demi menjayakan hasrat murni kerajaan. Rakyat perlu disedarkan bahawa pelbagai maslahat akan diperoleh daripada kempen kitar semula ini. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk menggalakkan amalan kitar semula?

Antara prakarsa bagi menggalakkan program kitar semula ialah menerusi didikan ibu bapa.  Menurut hadis Nabi Muhammad SAW, anak-anak ibarat kain putih yang akan dicorakkan oleh ibu bapanya. Dalam hal ini, ibu bapa wajar  memberi didikan tentang kemaslahatan amalan kitar  semula sejak anak-anak masih kecil. Sebagai contoh, anak watan hendaklah dilatih tentang mekanisme yang betul untuk melupuskan sampah sarap. Ibu bapa juga harus menjadi suri teladan dengan tidak membuang sampah merata-rata dan mengumpul barang-barang yang boleh dikitar semula mengikut kategori. Gerak geri ibu bapa ini pasti akan diwarisi oleh anak-anak kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Jelaslah bahawa, ibu bapa merupakan model anak-anak yang berusia setahun jagung dalam mempraktikkan amalan kitar semula.

 Pada masa yang sama, pihak sekolah turut memikul obligasi untuk memberi kesedaran dan menggalakkan para pelajar mengamalkan kitar semula. Sebagai contoh, pihak sekolah hendaklah mengadakan kempen kesedaran seperti ceramah dan pameran tentang kitar semula kepada pelajar. Nilai-nilai murni juga mesti disemai dalam sanubari pelajar-pelajar pada waktu Pendidikan Moral atau Pendidikan Sivik. Penubuhan Kelab Alam Sekitar juga prakarsa mapan bagi membantu usaha ini. Misalnya, kelab ini boleh menganjurkan pertandingan mengumpul barang-barang yang boleh dikitar semula atau mereka cipta barangan kitar semula. Natijahnya, para pelajar akan didedahkan dengan amalan kitar semula sekali gus dapat membantu penjagaan alam sekitar. Pendek kata, komitmen pihak sekolah merupakan usaha yang signifikan dalam menjayakan amalan kitar semula kerana hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.

Manhaj seterusnya ialah kerajaan perlu menggubal polisi tentang pembuangan sampah sarap dan kitar semula. Sebagai contoh, kerajaan boleh menetapkan peraturan pembuangan sampah mengikut kategori. Sehubungan dengan itu, pihak berkuasa tempatan pula wajar memperbanyak tong-tong kitar semula dan pusat kitar semula. Hal ini akan memudahkan orang ramai untuk menguruskan sampah mereka. Selain itu, pihak kerajaan juga boleh mengadakan kempen untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang amalan kitar kitar semula. Kempen ini seharusnya disokong oleh media massa bagi memastikan mesej kitar semula ini tersebar luas.Tegasnya, kerjasama kerajaan dan pelbagai pihak amat perlu dalam menjayakan sesuatu misi kerana muafakat membawa berkat.

Akhir kalam, semua pihak haruslah seia sekata untuk istiqamah dalam mengamalkan  kitar semula demi kepentingan alam sekitar. Masyarakat tidak boleh memandang enteng perkara ini supaya alam ini selamat untuk didiami oleh generasi sekarang dan akan datang. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammad pernah menyatakan bahawa rakyat yang sihat bergantung kepada persekitaran alam yang bersih dan indah. Masyarakat harus berusaha mengamalkan kitar semula kerana alah bisa tegal biasa. Oleh yang demikian, rakyat Malaysia diseru untuk terus mengamalkan amalan kitar semula dan berupaya meluaskan horizon pemikiran masyarakat untuk melahirkan generasi yang cinta akan alam sekitar.

(544 patah perkataan)


Wednesday 30 September 2020

LANGKAH MUDAH ‘UPLOAD’ FAIL WORD KE BLOG

Untuk kawan-kawan yang berminat nak masukkan apa-apa fail 'word' ke blog sendiri..

LANGKAH 1:

Pilih fail yang nak di’upload’ dan ‘save as pdf’ kemudian simpan di ruang ‘document’

LANGKAH 2:

Buka e-mel anda dan klik pada ‘google drive

1         LANGKAH 3:

            Klik pada My Drive, pilih ‘Upload file’ dan cari fail yang    

            hendak   di’upload’ tadi. Seret fail atau klik ‘open’


       Sekarang fail anda sudah berada di google drive.

       LANGKAH 4:

               Klik pada fail itu dan dapatkan link (get link)

           LANGKAH 5:  

                           Anda adjust pada pilihan di paparan itu, kemudian klik ‘copy 

           link’ seterusnya klik ‘done


        LANGKAH 6:
        Buka blog anda dan pilih ‘new post

        LANGKAH 7: 
        Tulis tajuk/title 'posting' anda dan klik 'insert link'


        LANGKAH 
         Apabila link terpapar, klik ‘publish
                    Dah siap…….

BAHAN BENGKEL KOMSAS DAN NOVEL

https://drive.google.com/file/d/1te1d9Jc64SnAKWCwwkpk6tUsinDur_AP/view?usp=sharing 

Friday 7 February 2020

http://anyflip.com/rvdd/aqot/

http://anyflip.com/rvdd/aqot/



Nak 'share' dngan kawan-kawan teknik mengarang yang menarik dan sangat sesuai untuk pelajar PT3 dan SPM. 

Terima kasih tuan punya 'anyflip' ni dan pencipta Pendekatan Tunjang.

Friday 31 January 2020


NASIHAT UNTUK PELAJAR

Jika anda menjadi pelajar,
Jangan malas untuk belajar.

Jika anda menuntut ilmu,
Jangan sesekali berasa jemu.

Jika rajin mengulang kaji,
Mudah jawab apa diuji.

Jika anda hendak berlatih,
Mesti tahan penat letih.

Jangan asyik berangan-angan,
Tekun gigih jadi pegangan.

Jika berusaha sambil lewa,
Tidak hairan kalau kecewa.

Jika belajar tidak jemu,
Banyak ilmu akan ditemu.

Apa gunanya banyak bercakap,
Jika kerja tidak cekap.

Jika suka ponteng sekolah,
Ilmu tak dapat, tentu rugilah.

Berusaha dengan bersungguh-sungguh,
Jangan suka tangguh-tangguh.

Jika tak mahu dengar nasihat,
Apabila besar jadi jahat.

Jika tulisan terang dan bersih,
Hati pemeriksa sayang dan kasih.

Banyak membaca fikiran kaya,
Rajin berusaha pasti berjaya.

Jika tulisan tidak boleh dibaca,
Mata pemeriksa akan berkaca.

Masa itu emas dan wang,
Walaupun sedikit jangan dibuang.

Jangan nanti esol lusa,
Masa beredar tanpa dirasa.

Jika leka sering bersuka,
Tidak hairan datang celaka.

Jika rajin membaca buku,
Otak cerdas tidak beku.

Jangan mudah berputus asa,
Semua harapan hancur binasa.

Jika anda bekerja kuat,
Banyak perkara boleh dibuat.

Budi bahasa amat berharga,
Tingkah laku wajib dijaga.

Sudah tahu belajar lagi,
Banyak untung tiada rugi.


KENANGAN DARIPADA,
PN. HALIJAH BT IBRAHIM,
4 NOVEMBER 2011.
SMK DJH

KARANGAN B : CARA MEMANFAATKAN CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah merupakan momen yang paling ditunggu-tunggu oleh semua orang terutamanya para pelajar. Semua golongan masyarakat tidak kira mud...