Sunday 30 August 2015

FAEDAH MAKANAN TAMBAHAN

Sejak kecil, kita telahpun dididik dan diingatkan berulang-ulang kali oleh ibu bapa dan guru tentang kepentingan pemakanan seimbang. Namun, tahukah kita maksud makanan seimbang? Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan manusia yang amat memerlukan makanan dan vitamin untuk tumbesaran dan penjagaan kesihatan. Sekiranya seseorang mengamalkan pemakanan seimbang, sudah pasti dia akan membesar dengan sempurna, memperoleh vitamin yang mencukupi dan dapat mengelakkannya daripada dijangkiti penyakit.  Walau bagaimanapun, seiring dengan perkembangan dunia yang semakin pantas dan peningkatan jumlah penduduk dunia, keperluan makanan seimbang juga kian berbeza. Dengan pelbagai inovasi dan teknologi yang canggih, pelbagai jenis makanan baru dicipta untuk memenuhi keperluan pemakanan manusia. Persoalannya, adakah pengambilan makanan tambahan ini dapat membantu memenuhi keperluan makanan seimbang?

Pengambilan makanan tambahan penting bagi meningkatkan imunisasi badan. Pengambilan makanan tambahan seperti pil-pil vitamin, spriluna,makanan organik dan susu dapat memberikan antibodi kepada badan. Contohnya, makanan tambahan yang dapat meningkatkan imunisasi badan ialah pati ikan kod. Buktinya,makanan tambahan ini dapat mencegah pelbagai penyakit kronik seperti kanser kulit, usus dan otak.  Hal ini demikian, kerana kandungan makanan tambahan ini mengandungi nutrisi dan pelbagai khasiat yang dapat meningkatkan imunisasi badan dan sekali gus dapat meningkatkan daya ketahanan penyakit. Oleh itu, pengambilan makanan tambahan tentunya memberikan faedah kepada pengguna.

Pengambilan makanan tambahan secara konsisten boleh mencegah pelbagai penyakit kronik. Penyakit kronik seperti kencing manis,darah tinggi dan kanser dapat diatasi dengan pengambilan makanan tambahan. Pengambilan makanan tambahan seperti pil-pil vitamin, spriluna,makanan organik dan susu dapat mencegah pelbagai penyakit kronik kerana megandungi pelbagai nutrisi dan khasiat. Buktinya,pengambilan pil vitamin B17 dapat mencegah pelbagai penyakit kanser seperti kanser kulit, kanser usus dan kanser otak. Amalan memakan makanan tambahan dapat meningkatkan imuni sistem manusia dan secara tidak langsung dapat memulihkan sel-sel mati.Oleh itu, pengambilan makanan tambahan dapat mencegah pelbagai penyakit kronik.

            Pengambilan makanan tambahan penting dalam usaha menjayakan pemakanan secara sihat oleh masyarakat. Pengambilan makanan seperti spriluna, pil-pil vitamin dan makanan organic merupakan satu gaya hidup sihat bagi masyarakat moden kini. Mereka berasakan pengambilan makanan tambahan secara berkala atau sampingan dapat memberikan banyak manfaat kepada mereka. Hal ini demikian, kerana masyarakat kini sibuk dengan kerjaya dan tidak mempunyai masa rehat yang cukup untuk melakukan senaman. Kebanyakan  masyarakat kini mempunyai masa rehat mereka kurang daripada 5 jam sehari. Oleh itu,pengambilan makanan tambahan dapat membantu mereka menjaga kesihatan.

Pengambilan makanan tambahan dapat meningkatkan tahap kecerdasan. Makanan tambahan akan memberi kesan positif semasa proses pembesaran baik dari segi fizikal mahupun mental kerana makanan tambahan yang mengandungi nutrisi tambahan dapat memberi tenaga sepanjang hari. Nutrisi tambahan seperti kalsium, zat besi dan serat dapat membantu tumbesaran dari segi fizikal. Kesannya, tulang-tulang akan menjadi lebih kuat. Selain itu,makanan tambahan seperti daun gingko dan pati ikan kod dapat menguatkan ingatan seseorang. Oleh itu, pengambilan makanan tambahan secara terancang dapat memberi kebaikan kepada penggunanya.

Namun demikian, pengambilan makanan tambahan yang tidak terancang juga boleh memberikan kesan negatif iaitu menjadi punca penyakit. Pengambilan makanan tambahan secara berlebihan akan menyebabkan punca penyakit seperti kencing manis, kanser dan sakit jantung. Buktinya, makanan tambahan yang mengandungi paras gula berlebihan akan menyebabkan penyakit kencing manis. Nutrisi yang berlebihan di dalam badan seperti protein,karbohidrat dan zat besi akan menyebabkan sel-sel kanser menjadi aktif. Hormon seseorang juga menjadi tidak stabil akibat pemilihan makanan tambahan yang tidak tepat. Oleh itu,pemilihan makanan tambahan yang tepat boleh menghindarkan seseorang terkena penyakit.

Pengambilan makanan tambahan secara berlebihan akan menyebabkan kerosakan organ dalaman. Kesan bahan kimia yang berlebihan dalam produk atau makanan tambahan tertentu boleh merosakkan organ dalaman yang penting seperti otak,buah pinggang dan hati.Hal ini demikian,kerana bahan kimia tersebut akan larut dalam darah. Darah akan mengalir ke otak bersama-sama dengan larutan kimia tersebut. Keadaan ini akan menjejaskan fungsi otak. Selain itu, para pengguna yang tidak begitu sesuai dengan produk atau makanan suplemen seperti pil-pil vitamin,kologen dan pil pelansingan boleh mendatangkan kesan sampingan kepada pengguna. Oleh itu, penyalahgunaan makanan tambahan boleh mendatangkan komplikasi yang teruk pada organ dalaman.




Kesimpulannya, pengambilan makanan tambahan dapat memberikan banyak manfaat kepada pengguna. Namun demikian,pengambilan makanan tambahan yang tidak terkawal  atau berlebihan akan memberikan kesan yang buruk kepada pengguna. Walaupun pengambilan makanan tambahan merupakan alternatif baru masyarakat kini untuk menjaga kesihatan mereka tetapi kesihatan juga boleh terganggu jika pemakanan berkhasiat tidak diamalkan.  Pilihlah makanan tambahan yang terbaik, lebih semulajadi, selamat dan tidak mengandungi bahan kimia kerana dikhuatiri makanan tambahan yang kita makan tidak bertindak seperti yang sepatutnya tetapi menjadi racun kepada kita tanpa sedar.

Wednesday 19 August 2015

KAMUS KATA KUNCI (RUMUSAN)

BIL
KATA KUNCI (ISI TERSURAT)
PERKATAAN SAMA MAKSUD
1.
usaha
·        langkah
·        cara
·        kaedah
·        strategi
·        tindakan
2.
faedah
Ø kepentingan
Ø kelebihan
Ø manfaat
Ø kebaikan
Ø keistimewaan
3.
peranan
v fungsi
v tanggungjawab
v tugas
4.
halangan
u kekangan
u masalah
u cabaran
u kesulitan
5.
kesan
J kebaikan
J keburukan
J akibat
J implikasi
J impak
6
faktor
û  punca
û  sebab
7.
ciri-ciri
ü sifat
ü kriteria
ü asas
8.
gejala
-     fenomena

Sunday 29 March 2015

THE NEED OF CYBER LAW


PERTUMBUHAN pesat era teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT) telah membawa pelbagai faedah kepada kepada manusia.  Walau bagaimanapun, terdapat banyak kesan negatif yang  timbul akibat penyalahgunaan  teknologi baru ini.
Pakar-pakar ICT telah meramalkan bahawa apabila teknologi maklumat ini telah meluas penggunaannya, akan terjadi bermacam-macam jenayah-jenayah siber. Hal ini kerana kemajuan teknologi telah membolehkan berjuta-juta komputer dalam dunia dihubungkan dalam satu rangkaian yang tersangat besar melalui Internet. Kesan yang bakal diterima oleh mangsa adalah berpanjangan dan mungkin melibatkan maruah dan nyawa manusia.
Sehubungan dengan itu, undang-undang siber perlu dicipta untuk menangani masalah jenayah siber yang berleluasa dalam Internet. Undang-undang siber  dapat membuktikan sesebuah negara mempunyai prosedur tertentu untuk menapis aktiviti negatif penjenayah siber.

THE NEED OF CYBER LAW
The rapid growth of information technology and telecommunications ( ICT ) has brought many benefits to mankind . However , there are many negative effects arising from the misuse of these new technologies .
ICT experts have predicted that when information technology has been widely used, there will be all kinds of cyber crimes . This is because technological advances have enabled millions of computers in the world are connected in a network of extremely large over the Internet . The effect will be received by the victim is prolonged and may involve dignity and human life .
Accordingly, cyber laws should be created to address the problem of cyber crime that is rampant in the Internet . Cyber ​​laws can prove a country has certain procedures to filter out negative activities of cyber criminals .

Sunday 8 February 2015

SKRIP JURUACARA KEJOHANAN MERENTAS DESA TAHUN 2015




Assalamualaikum WBT dan Salam Satu Malaysia.

Yang berusaha,
EN AMINUDDIN BIN MUSTAFA, Pengetua SMK DJH
EN ABDUL JAMIL BIN ABDULLAH, Penolong Kanan Pentadbiran
EN AHMAD FAUZI B IBRAHIM, Penolong Kanan HEM
PN RHUZAIMAH B RAMLI Penolong Kanan Kokurikulum
PN JAMILATUL RABAIE BT HARIS, Penolong Kanan T6

Yang dihormati,
Ketua-ketua Bidang 
Guru-guru, para pelajar SMKDJH  dan hadirin sekalian.

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama menjayakan Kejohanan Merentas Desa SMK DJH bagi tahun 2015 pada pagi ini.

Bacaan Doa
Hadirin sekalian,

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah kita bersama-sama memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Alias untuk memimpin bacaan doa…

Amin ya rabbal allamin… majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Alias  di atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Ucapan Aluan Pengetua
Tanpa melengahkan masa, bagi meneruskan acara, majlis, dengan ini mempersilakan EN AMINUDDIN BIN MUSTAFA, Pengetua, SMK DJH, untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Merentas Desa SMK DJH bagi tahun 2014. Majlis dengan hormatnya mempersilakan…

Demikian tadi ucapan aluan oleh EN AMINUDDIN BIN MUSTAFA, Pengetua, SMK DJH, majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Penyampaian hadiah
Hadirin sekalian,
Kini tibalah waktu yang dinanti-nantikan… majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang Kejohanan Merentas Desa Tahun 2015

Bagi menyempurnakan acara penyampaian hadiah, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan _____________________________________________
Untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan.

Bagi kategori _______________________.
Pemenang tempat ke ……………. Dimenangi oleh
Tempat ke ……………….. Dimenangi oleh
Dan Johan Bagi kategori ___________________ jatuh kepada:…….
(ulang sampai habis nama pemenang)

 Majlis merakamkan ucapan  terima kasih kepada ------------------------------ atas kesudian menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Penutup

Dengan ini berakhirlah sudah Majlis Kejohanan Merentas Desa SMK DJH KALI TAHUN 2015.
Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan terima kasih.

SKRIP PENGACARA PERJUMPAAN WARIS

ü  Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Salam sejahtera dan, salam 1Malaysia.
ü  Yang berusaha EN AMINUDDIN BIN MUSTAFA,
Pengetua SMK DJH
ü  Yang berusaha EN AHMAD FAUZI B IBRAHIM,
Penolong Kanan HEM
ü  Yang berusaha PN RHUZAIMAH B RAMLI
Penolong Kanan Kokurikulum
ü  Yang dihormati,
Ketua-ketua Bidang, guru-guru tingkatan 5,
Tuan-tuan dan puan-puan para ibu bapa dan waris serta para pelajar tingkatan 5 SMK DJH yang dikasihi sekalian

ü  Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapat kita berkumpul di dalam Dewan SERI Jernih pada pagi yang penuh barakah ini untuk sama sama menjayakan satu agenda dalam acara takwim sekolah iaitu penetapan target bagi pelajar-pelajar yang bakal menduduki SPM pada tahun ini.

ü  Saya selaku wakil pihak majlis pada pagi ini, ingin sama merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh hadirin warga dewan kerana telah sudi meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan majlis yang kita rencanakan pada hari ini.

ü  Justeru, menjadi harapan kami warga pendidik agar majlis ini menjadi tonggak bagi memulakan anjakan paradigma dan pencetus revolusi dalam meningkatkan lagi mutu pencapaian anak-anak kita dalam bidang akademik..insyaAllah.

ü  Sebagai pembuka tirai acara, majlis menjemput Al-fadhil Ustaz Alias bin Khalib utk memimpin bacaan doa, dipersilakan.
(DOA)
Amin amin yarabbal alamin.  Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Al-fadhil Ustaz Alias bin Khalib atas pimpinan doa sebentar tadi.

ü  Warga dewan yang dimuliakan,
ü  Kini, tibalah masa untuk kita mendengar taklimat yang bakal disampaikan oleh Yang Berusaha Encik Aminudin bin Mustafa selaku Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Jaafar Hassan.
ü  Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Tuan  Pengetua.
(UCAPAN)

ü  Begitulah berakhirnya taklimat yang begitu padat berinformasi buat renungan dan panduan semua warga dewan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua atas kesudian  menyampaikan taklimat.

ü  Agenda seterusnya pada pagi ini, adalah sesi dialog ibu bapa dan penjaga bersama para guru. Dalam sesi ini, tuan-tuan akan menerima keputusan peperiksaan akhir tahun 2014. Selepas itu,  tuan-tuan dan puan-puan boleh bertanya tentang prestasi anak tuan-tuan kepada guru yang mengajar anak tuan-tuan. Sebarang cadangan dan pandangan para waris penjaga amat dialu-alukan untuk kebaikan bersama, malahan juga tidak lain tidak bukan bermotifkan strategi peningkatan pencapaian anak-anak menjelang SPM pada tahun ini. InsyaAllah....


ü  Sebelum tuan-tuan ke sesi dialog,. Saya selaku wakil pihak majlis dengan takzimnya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang khilaf tanpa sedar sepanjang saya mengendalikan rostrum pengacaraan pada hari ini. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T, yang kurang itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri.

       Buah selasih buah kelubi
       Di dalam dulang hidangan pagi
       Terima kasih daun keladi
       Bila diundang datanglah lagi.


      Sekian, Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi             wabarakatuh dan terima kasih.
(Sesi Soal Jawab & Dialog)

LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN MUTU SUKAN NEGARA

        Sukan memainkan peranan penting kepada sesebuah negara. Sukan dapat meningkatkan perpaduan dalam kalangan rakyat dan mampu melonjakkan imej sesebuah negara. Selain itu, sukan juga boleh memberikan pulangan yang lumayan untuk negara. Persoalannya, apakah langkah-langkah untuk memajukan sukan di negara kita?

        Langkah primer untuk memajukan sukan ialah dengan menambah kemudahan sukan. Sebagai contoh, kerajaan perlu menambah bilangan kompleks sukan yang mengandungi pelbagai peralatan sukan yang moden dan canggih. Hal ini penting untuk membolehkan orang ramai menjalani aktiviti sukan dengan mudah dan selesa. Dengan itu, lebih ramai ahli sukan yang berbakat dapat dilahirkan.

        Selain itu, pelbagai program dan pertandingan sukan juga perlu ditingkatkan. Hal ini dapat memberi banyak pengalaman kepada atlit-atlit Negara kita. Atlit yang berpengalaman tidak mudah mengalah apabila bertanding di Negara luar. Sebagai contoh, kejohanan SUKMA yang diadakan setiap dua tahun dapat memberi banyak pengalaman kepada atlit-atlit muda negara kita.

        Langkah seterusnya ialah dengan melantik jurulatih yang bertauliah untuk mengajar pelajar-pelajar di sekolah. Hal ini penting kerana jurulatih yang bertauliah dapat mengajar pelajar tentang cara dan teknik yang betul untuk bersukan. Dengan cara ini, barulah kita dapat melahirkan ahli-ahli sukan yang berkualiti. Di peringkat negara pula, kita boleh melantik jurulatih dari luar negara untuk meningkatkan kualiti atlit sukan negara.


         Berdasarkan huraian di atas, jelaslah bahawa terdapat banyak cara untuk meningkatkan mutu sukan di negara kita. Sesungguhnya tidak ada yang mustahil jika kita terus berusaha tanpa jemu kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Pelbagai pihak terutamanya sektor swasta boleh membantu kerajaan untuk menyediakan kemudahan sukan, melantik jurulatih luar ataupun menaja atlit-atlit yang berbakat. Dengan itu, negara kita akan terkenal dengan atlit sukan yang hebat seperti Dato’ Nicol David dan Dato’ Lee Chong Wei 

KARANGAN B : CARA MEMANFAATKAN CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah merupakan momen yang paling ditunggu-tunggu oleh semua orang terutamanya para pelajar. Semua golongan masyarakat tidak kira mud...