Friday 29 December 2023

KARANGAN B : CARA MEMANFAATKAN CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah merupakan momen yang paling ditunggu-tunggu oleh semua orang terutamanya para pelajar. Semua golongan masyarakat tidak kira muda mahupun tua sangat menantikan hari tersebut untuk setelah penat dengan rutin harian mereka. Hal in kerana, musim cuti sekolah merupakan waktu untuk masyarakat meluangkan masa sama ada dengan anak-anak mahupun keluarga. Oleh itu, cuti yang panjang ini haruslah diisi dengan aktiviti yang berfaedah agar para pelajar tidak leka dan terlibat dengan kegiatan jenayah. Persoalannya, apakah cara yang boleh dilakukan oleh seseorang murid untuk memanfaatkan cuti sekolah mereka?

Bagi mengupas persoalan di atas, antara aktiviti yang harus dilakukan ketika cuti sekolah adalah menziarahi ahli keluarga. Setelah hampir berbulan-bulan sibuk dengan tugasan masing-masing, cuti sekolah merupakan waktu yang tepat untuk menjenguk ahli keluarga yang tinggal berjauhan. Sebagai contoh, ibu bapa boleh membawa anak-anak pulang ke kampung untuk berjumpa datuk, nenek dan saudara mara yang lain. Hal ini penting agar tali persaudaraan menjadi erat. Jelaslah bahawa, menziarahi ahli keluarga merupakan perkara yang bermanfaat untuk dilakukan semasa cuti persekolahan.

Seterusya, cuti sekolah juga dapat dimanfaatkan dengän pergi melancong. Melancong bukan sahaja dapat menenangkan fikiran tetapi juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Misalnya, dengan melancong ke Bandar Hilir Melaka, pelajar boleh mengetahui Sejarah silam Melaka yang pernah dijajah oleh Portugis, Belanda dan British. Di samping itu, kita juga dapat menghilangkan stres apabila melihat pulau-pulau yang indah dan pemandangan yang menarik sewaktu melancong sama ada di dalam atau di luar negara. Sesuai dengan aforisme jauh berjalan luas pemandangan, melancong dapat memberikan banyak manfaat kepada para pelajar.

Selain itu, minhaj seterusnya yang dapat dilakukan untuk memanfaatkan cuti persekolahan adalah dengan mengulang kaji pelajaran. Walaupun ramai pelajar beranggapan cuti sekolah adalah masa untuk berehat tetapi sebenarnya inilah waktu yang sesuai untuk pelajar memantapkan lagi ilmu pengetahuan. Sebagai contoh, pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM boleh menggunakan masa cuti ini dengan menghadiri kelas tambahan atau tuisyen untuk meningkatkan lagi pemahaman tentang topik-topik pembelajaran. Jelaslah bahawa, memanfaatkan cuti sekolah dengan mengulang kaji adalah hal yang paling signifikan boleh dilakukan oleh sesorang pelajar.

Di samping itu, cuti sekolah depat dimanfaatkan dengan melakukan kerja-kerja di rumah. Sebagai contoh, murid boleh membantu ibu bapa mereka dengan melakukan kerja-kerja rumah seperti menyapu sampah, menjemur pakaian dan melipatnya apabila kering. Hal ini ibarat sambil menyelam minum air kerana murid bukan sahaja dapat memahirkan diri dengan kerja-kerja rumah malah dapat meringankan beban ibu bapa. Malah, ibu bapa sudah tentu akan gembira apabila ada anak-anak yang rajin membantu mereka. Benarlah, melakukan kerja-kerja rumah merupakan uslub terbaik untuk menghabiskan masa cuti sekolah.

Bulan kian terang, bayang kian jelas bahawa banyak cara boleh dilakukan oleh seseorang murid agar masa terluang tidak dihabisi dengan perkara yang tidat bermanfaat. Guru-guru seharusnya memberi bimbingan kepada murid-murid supaya bijak merancang aktiviti masa cuti mereka kerana masa itu emas. Ibu bapa pula haruslah memastikan anak-anak tidak terlalu bersuka ria semasa cuti sehingga mengabaikan pelajaran mereka. Sebagai konklusinya, pendayung sudah di tangan, perahu sudah di air, murid-murid sendirilah yang menentukan pendekatan terbaik untuk mengisi masa cuti sekolah agar mereka menjadi lebih berdisiplin dan bertanggungjawab.

                                                                                                  (497 patah perkataan)  

No comments:

Post a Comment

KARANGAN B : CARA MEMANFAATKAN CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah merupakan momen yang paling ditunggu-tunggu oleh semua orang terutamanya para pelajar. Semua golongan masyarakat tidak kira mud...