Thursday 30 August 2018

FAEDAH MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN


Faedah semangat kejiranan (drpd aktiviti memupuk semangat kejiranan – gotong-royong/ hari keluarga / rumah terbuka / ziarah menziarahi)
-          mewujudkan perpaduan
-          memupuk sikap saling membantu
-          melahirkan sikap hormat-menghormati

Nusa tercinta kita Malaysia merupakan negara yang mempunyai anak watan berbilang kaum dan hidup secara bersama sehati sejiwa ibarat seikat bak sirih serumpun bak serai.  Sehubungan dengan itu, kebanyakan anggota masyarakat hidup berjiran di kawasan bandar ataupun di kawasan luar bandar dan mereka saling berhubung, bertemu dan berurusan antara satu sama lain. Nabi Muhamad s.a.w pernah bersabda bahawa jiran mempunyai tiga hak berbeza iaitu jiran seagama, jiran sesama insan dan jiran yang juga keluarga kita. Namun dek kerana kesibukan tugas dan tuntutan kerjaya, semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia pada masa ini dikatakan semakin terhakis ibarat hidup segan mati tak mahu. Banyak kempen dan  usaha telah dijalankan oleh kerajaan dan pelbagai pihak supaya amalan kejiranan menjadi darah daging masyarakat. Persoalannya, mengapakah semangat kejiranan begitu penting dalam kehidupan bermasyarakat?

Sebenarnya semangat kejiranan dapat memupuk sikap saling membantu dalam kalangan anggota masyarakat di sesuatu tempat . Sikap ini boleh dipupuk melalui penglibatan anggota masyarakat dalam pelbagai aktiviti yang diadakan di kawasan tempat mereka tinggal. Aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, hari keluarga. majlis sambutan perayaan  atau perjumpaan bulanan komuniti membolehkan semua jiran bertemu dan saling berkenalan. Sebagai contoh, dalam majlis keramalan seperti majlis perkahwinan, jiran akan membantu apa yang patut sehingga majlis itu selesai. Kadang kala jiran juga memberikan sumbangan kewangan untuk menjayakan majlis yang diadakan. Secara tidak langsung aktiviti ini merapatkan hubungan antara jiran tetangga. Mereka akan lebih mesra, saling membantu bagai aur dengan tebing tanpa membezakan warna kulit, bangsa atau kepercayaan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa semangat kejiranan yang dipupuk dapat membentuk sikap kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat seterusnya membentuk ukhuwah yang kukuh dan ampuh.

Selain itu, semangat kejiranan juga penting kerana dapat mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang bangsa di negara kita. Hal ini kerana semangat kejiranan dapat membentuk semangat kekitaan dan melahirkan masyarakat yang bersatu padu. Mengimbas kembali Peristiwa 13 Mei 1969 yang menunjukkan bahawa jika masyarakat tidak bersatu padu dan berpecah-belah, negara akan musnah dan kehidupan anggota masyarakat tidak akan selesa dan aman. Tuntasnya, semangat kejiranan membolehkan semua anggota masyarakat memahami antara satu sama lain bak kata perbahasa Melayu, tak kenal maka tak cinta. Masyarakat yang berbilang kaum ini boleh mempelajari  perbezaan budaya dan sistem sosial masyarakat lain seterusnya memahami sensitiviti mereka agar dapat bertoleransi, bekerjasama dan saling menghormati. Dengan ini perselisihan pendapat boleh dielakkan dan pelbagai program pembangunan dapat dilaksanakan demi membawa kemajuan kepada rakyat.Tegasnya semangat kejiranan penting dalam membentuk masyarakat yang bersatu padu dan seterusnya dapat memacu pembangunan negara ke arah kegemilangan.

          Negara yang cemerlang lahir daripada rakyatnya yang berhemah tinggi dan hidup bersatu padu seia sekata . Jika masyarakat dapat berganding bahu dan saling mengekalkan kehidupan yang harmoni maka negara akan melakar kejayaan gemilang. Semangat kejiranan merupakan salah satu elemen penting dan vital demi melahirkan sikap hormat-menghormati dalam kalangan masyarakat Malaysia. Sikap ini amat signifikan untuk membantu melahirkan anggota masyarakat yang harmoni, mempunyai jati diri dan  semangat cinta akan negara . Jika masyarakat dapat hidup bersama dalam suasana yang aman dan harmoni maka segala kemajuan yang disediakan oleh kerajaan di seluruh pelosok tanah air akan dapat dinikmati bersama-sama secara adil dan saksama. Sebagai contohnya, kerajaan telah berupaya membina pelbagai kemudahan dan infrastrukutr di kawasan taman-taman perumahan seperti dewan orang ramai, balai raya, taman permainan kanak-kanak mahupun pusat komuniti atas inisiatif, semangat kejiranan dan perpaduan yang ditunjukkan oleh anggota masyarakat di sesetengah kawasan tempat tinggal. Jelaslah semangat kejiranan penting bagi membantu anggota masyarakat dalam suatu kawasan kejiranan menikmati pelbagai kemudahan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan.

            Intihanya, semangat kejiranan merupakan sebahagian daripada amalan dan menjadi budaya masyarakat di Malaysia yang menjadikan negara kita unik pada pandangan masyarakat di luar sana malah dikenali di seluruh dunia. Masyarakat diharap tidak mengamalkan gaya hidup bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Seorang aktivis masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye pernah berkata bahawa langkah paling bijaksana untuk memastikan kewujudan masyarakat madani adalah dengan mengamalkan semangat hidup berjiran. Masyarakat diseru supaya mengamalkan semangat kejiranan agar kebaikan yang akan dijelmakan melalui semangat tersebut dapat dimanfaatkan oleh semua pihak. Tuntasnya, Semangat kejiranan bukan sahaja penting dalam mengekalkan suasana harmoni dalam kalangan rakyat di negara kita malah sumbangannya cukup besar terutamanya bagi memastikan Malaysia terus cemerlang dan mampu berdaya saing pada masa akan datang kerana rakyatnya yang bersahsiah terpuji bagi melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang dapat memacu negara tercinta ke arah kegemilangan di puncak jagat.

Sunday 26 August 2018

SURAT PENANGGUHAN BAYAR PINJAMAN

CONTOH SURAT 1


Ahmad Zaini bin Isa
18 Jalan Merak,
Taman Pengkalan Jaya,
31500 Ipoh,
Perak
_________________________________________________________________________
Kepada:
Bahagian Kawalan Kredit,
Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA,
Jalan Raja Laut,
50609 Kuala Lumpur.                                                                                04 September 2017

Tuan/Puan,

PERMOHONAN PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PELAJARAN MARA
Saya AAAAA BIN BBB no Kad Pengenalan XXXXXXXXX, no akaun MARA: XXXXXXXXXXXX telah menamatkan pengajian Diploma dalam bidang  Teknologi Kejuruteraan Mekatronik di Universiti Kuala Lumpur, British Malaysia Institute pada  4 OGOS 2017. 

2. Untuk makluman tuan, saya telah melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dan pengajian ini berlansung selama 4 tahun. Makluman pengajian saya adalah seperti berikut:
PROG PENGAJIAN     : IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN
                                       MEKATRONIK
INSTITUSI                    : UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS
TARIKH DAFTAR          : 26 OGOS 2017
TEMPOH PENGAJIAN : EMPAT TAHUN (8 SEMESTER)
Bersama-sama ini saya sertakan surat tawaran dan slip pengesahan pendaftaran.

3. Sehubungan dengan itu, saya ingin memohon penangguhan bayaran pinjaman pelajaran MARA saya. Tempoh penangguhan yang diperlukan adalah bermula dari OGOS 2017  hingga FEBRUARI 2022 iaitu jangkaan 6 bulan selepas tamat tempoh pengajian saya.

4. Dengan ini saya mengaku bertanggungjawab untuk membayar balik pinjaman yang tertangguh selama tempoh yang dinyatakan dalam para 3 di atas. Saya juga sedar kegagalan saya membayar balik pinjaman pelajaran pada tarikh yang ditetapkan akan menyebabkan kes saya akan dirujuk untuk tindakan undang-undang.

5. Saya juga berjanji akan memaklumkan kepada pihak MARA dengan kadar segera sekiranya berlaku pertukaran alamat ke atas saya atau penjamin saya.

Kerjasama daripada pihak tuan sangat saya hargai. Sekian, terima kasih.

Yang benar,

…………………………
(AHMAD ZAINI BIN ISA)
N0. KP: XXXXXXXXXX

********************************************************************************************************
CONTOH SURAT 2

Sharifah Aida binti Syed Amri
41 Lorong Indah Permai,
Taman Permai,
31500 Ipoh,
Perak
____________________________________________________________________________
Kepada:
Bahagian Kawalan Kredit,
Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA,
Jalan Raja Laut,
50609 Kuala Lumpur.                                                                                04 September 2018

Tuan/Puan,

PERMOHONAN PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PELAJARAN MARA
Saya XXXXXXXXXXX no Kad Pengenalan XXXXXXXX, no akaun MARA: XXXXX        ingin memohon penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran MARA.

2. Hal ini disebabkan saya telah gagal dalam 2 subjek dan terpaksa mengulang subjek tersebut.

3. Oleh hal yang demikian, saya berharap penangguhan dapat diberikan sehingga saya menamatkan pengajian. Saya sangat berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan pemohonan penangguhan bayaran balik pinjaman MARA ini.              

4. Perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan sangat saya hargai.

Sekian, terima kasih.


Yang benar,

…………………………
(SHARIFAH AIDA BT SYED AMRI)
N0. KP: XXXXXXXXXX

Wednesday 1 August 2018

SOALAN NOVEL 2016


1. JOHOR - TANGKAK
(a) Watak utama dalam salah satu novel yang anda pelajari mempunyai sikap-sikap yang boleh diteladani.
Jelaskan pernyataan tersebut dengan mengemukakan dua contoh.
[7 markah]

(b) Setiap peristiwa dalam novel dapat memberi gambaran latar masyarakat yang hendak dikemukakan oleh pengarang.
Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, jelaskan satu peristiwa dalam setiap novel tersebut yang menunjukkan latar masyarakat yang bertanggungjawab.
[8 markah]

2. JOHOR - MERSING
(a) Biasanya pengarang sesebuah novel menggambarkan watak utama sebagai watak yang mempunyai banyak keistimewaan.
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan dua keistimewaan watak utama dalam novel tersebut.
[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu latar masyarakat yang terdapat dalam setiap novel.
[8 markah]

3. KELANTAN
(a)      Setiap novel mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan sebab-sebab novel tersebut dianggap istimewa dan boleh menarik minat para pembaca.
[7 markah]
(b)     Tulis sinopsis sebuah novel yang telah anda pelajari
[8 markah]


4. MRSM
(a)      Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut.
[7 markah]
(b)   Dalam setiap novel terdapat tindakan watak yang tidak wajar dicontohi.
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang menggambarkan tindakan watak yang tidak wajar dicontohi. Berikan alasan anda.
 [8 markah]

5. SBP
(a)      Watak utama merupakan watak yang menggerakkan keseluruhan cerita.
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan perwatakan watak utama yang menonjol.
[7 markah]
(b)   Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, jelaskan satu latar tempat yang terdapat dalam setiap novel tersebut.
 [8 markah]


6. MELAKA
(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, bincangkan dua latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut.
[7 markah]
(b) Bandingkan dua buah novel yang anda kaji, bandingkan tema kedua-dua novel tersebut.
[8 markah]

7. SABAH – KOTA BELUD
(a) Konflik merupakan satu daripada teknik penceritaan yang dapat mengembangkan sesebuah cerita. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua konflik yang dihadapi oleh watak utamanya.
(7 markah)
(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, kemukakan satu peristiwa yang dapat menggambarkan nilai tanggungjawab yang terdapat dalam setiap novel tersebut.
( 8 markah)

8. TERENGGANU
(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, bincangkan dua nilai tanggungjawab yang terdapat dalam novel tersebut.
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, kemukakan satu cabaran yang dihadapi oleh watak utama yang terdapat dalam setiap novel tersebut.
 [8 markah]


9. NEGERI SEMBILAN
(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan perwatakan watak utama yang terdapat dalam novel tersebut.
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, terdapat beberapa persoalan yang dipaparkan oleh kedua-dua pengarang. Huraikan persoalan yang menunjukkan persamaan yang terdapat dalam setiap novel tersebut.
 [8 markah]

10. KEDAH
(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam novel tersebut.
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang mengandungi unsur suspens yang terdapat dalam setiap novel tersebut.
 [8 markah]

11.PERAK – KINTA SELATAN
(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua nilai tanggungjawab yang terdapat dalam novel tersebut.
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan peristiwa tentang kepincangan masyarakat yang terdapat dalam setiap novel tersebut.
[8 markah]



SOALAN NOVEL (PERCUBAAN NEGERI-NEGERI 2017)


1.JOHOR (SMK DESA CEMERLANG)
a. Latar masyarakat ialah gambaran kehidupan masyarakat yang dipaparkan dalam sesebuah karya termasuk novel.
Huraikan dua latar masyarakat dalam sebuah novel yang anda kaji.[7 markah]

b.  Berpandukan dua buah novel yang anda kaji, jelaskan  satu peristiwa yang menggambarkan nilai kerjasama dalam setiap novel tersebut. [8 markah]


2.KEDAH
a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut. [7 markah]

(b) Dalam sesebuah novel terdapat banyak peristiwa yang memberi teladan kepada pembaca.
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa pada bahagian peleraian yang dapat memberikan teladan kepada pembaca. [8 markah]


3.KELANTAN
a) Dalam setiap novel terdapat pelbagai peristiwa yang boleh diteladani oleh pembaca   Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan dua peristiwa yang boleh dijadikan teladan oleh pembaca.(7 markah)
b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu persoalan kejujuran bagi setiap novel tersebut. [8 markah]


4.YAYASAN ISLAM KELANTAN (YIK)
a) Dalam sebuah novel, watak utama sering mengalami konflik untuk menghasilkan jalan cerita yang menarik
Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan dua konflik watak utama dan jelaskan bagaimana watak utama menyelesaikan konflik yang dialami itu. [7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu pengajaran tentang ketabahan yang terdapat dalam setiap novel tersebut. [8 markah]


5.MELAKA
(a) Novel yang baik dapat memberikan banyak manfaat kepada pembaca. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan dua kebaikan yang anda peroleh. [7 markah]

(b) Unsur saspen dapat menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan novel. Jelaskan unsur saspen yang terdapat dalam dua buah novel yang telah anda pelajari.[8 markah]


6.MRSM
(a) Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan dua konflik antara watak yang terdapat dalam novel tersebut.[7 markah]

(b) Satu daripada nilai yang terdapat dalam kedua-dua novel yang anda kaji ialah keberanian.
Jelaskan satu peristiwa yang menggambarkan nilai keberanian bagi setiap novel tersebut.
[8 markah]


7.SBP
(a) Latar tempat menjadi aspek penting dalam sesebuah novel.
Huraikan dua latar tempat dalam sebuah novel yang anda pelajari. [7markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu persoalan
kebijaksanaan bagi setiap novel tersebut.[8 markah]


8.NEGERI SEMBILAN
PERSOALAN 1
PERSOALAN 2
Kegigihan mencapai kejayaan
Ketabahan menghadapi dugaan

(a) Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan satu contoh peristiwa  untuk kedua-dua persoalan di atas.[7 markah]

(b) Pengakhiran sebuah novel yang anda pelajari telah menarik minat anda kerana terdapat keistimewaannya yang tersendiri.
Jelaskan keistimewaan tersebut.[8 markah]


9.PAHANG
 (a) Peristiwa dalam sesebuah novel dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca.
Berdasarkan dua peristiwa sebuah novel yang anda pelajari, huraikan sebab-sebab peristiwa itu dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca. [7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu peristiwa yang boleh dikaitkan dengan kerjasama antara watak utama dan watak sampingan. [8 markah]


10.PULAU PINANG
(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam novel tersebut. [7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan cara watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapinya. [8 markah]


11.PERAK
(a) Persoalan ketabahan merupakan salah satu daripada persoalan yang terdapat dalam novel yang anda kaji.
Jelaskan dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan ketabahan dalam sebuah novel yang anda kaji. [7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, jelaskan satu sikap masyarakat yang sepatutnya dihindari. [8 markah]


12.PERLIS
(a) Salah satu persoalan yang terdapat dalam novel yang anda kaji ialah persoalan keberanian.
Jelaskan dua persoalan keberanian yang terdapat dalam sebuah novel yang anda kaji. [7 markah]

(b) Watak utama sering digambarkan sebagai seorang yang tabah menghadapi dugaan dalam kehidupan.
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang menunjukkan ketabahan watak utama. [8 markah]


13.TERENGGANU
(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua nilai kemasyarakatan yang terdapat dalam novel tersebut. [7 markah]

(b) Terdapat pelbagai peristiwa menarik dalam sebuah novel.
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa paling menarik dan jelaskan sebab anda berpendapat demikian. [8 markah]


14.SELANGOR
(a) Konflik yang timbul dalam sesebuah novel mmbuatkan cerita semakin berkembang.
Jelaskan dua peristiwa yang menggambarkan penyelesaian konflik oleh watak utama yang terdapat dalam novel yang anda pelajari. [7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu pengajaran tentang keberanian yang terdapat dalam novel tersebut. [8 markah]


15.KUALA LUMPUR (SMK SEGAMBUT)
a) Salah satu nilai yang terdapat novel yang anda kaji ialah nilai kasih sayang.
Jelaskan dua peristiwa yang menggambarkan nilai kasih sayang dalam sebuah novel yang anda pelajari. [7 markah]

b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu latar tempat yang berkaitan dengan watak utama bagi setiap novel tersebut. [8 markah]

  
16.SARAWAK (LIMBANG)
 (a) Watak sampingan ialah watak pembantu yang membantu watak utama membangunkan sesebuah cerita.
Huraikan dua perwatakan bagi satu watak sampingan dalam sebuah novel yang anda pelajari. [7 Markah ]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan latar masyarakat yang terdapat dalam setiap novel tersebut.[ 8 Markah ]


17.SABAH (KOTA BELUD)

a)Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan persoalan kasih sayang berserta contoh yang sesuai seperti yang diketengahkan dalam novel tersebut.[ 7 markah]

b)Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu pengajaran berkaitan dengan semangat kerjasama yang terdapat dalam setiap novel.[8 markah]


**jawapan.. dalam proses

KARANGAN B : CARA MEMANFAATKAN CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah merupakan momen yang paling ditunggu-tunggu oleh semua orang terutamanya para pelajar. Semua golongan masyarakat tidak kira mud...