Friday 26 October 2018

TEKS PENGACARA PROGRAM / BENGKEL


TARIKH : 29 OKTOBER 2018
ALUAN        
BISMILLAH HIRRAHMANIRRAHIM....
ALHAMDULILLAHHIRABBILALAMIN...
RABBISSRAHLISADRIWAYASSIRLIAMRI WAHLULL UQ DATTAN MILLISANI YAF KHAHUL KAULIH...

Assalamu alaikum w.w. dan Salam sejahtera.

Sayang kumbang mencari makan
Terbang seiring di tepi kali
Selamat datang kami ucapkan
Moga diiring restu Illahi

    Ø YANG BERUSAHA, XXXXXXXXXXXX, PENGETUA SMK XXXXXXXXX
    Ø YANG DIHORMATI XXXXXXXXXXXX, PENOLONG KANAN PENTADBIRAN,
    Ø XXXXXXXXXXXPENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID,
   Ø XXXXXXXXXXX, PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
   Ø  GURU-GURU KANAN MATA PELAJARAN, KAUNSELOR SEKOLAH  DAN
   Ø  RAKAN-RAKAN GURU yang dikasihi sekalian.
.
Bersyukur kita ke Hadrat Ilahi, justeru dengan Inayah dan Kurnia-Nya dapat kita berkumpul bersama-sama dalam Dewan Seri Jernih yang indah pada pagi yang hening ini. Marilah kita mengikhlaskan kehadiran kita dalam majlis ilmu pada pagi ini demi kecemerlangan pendidikan dan kebaikan pelajar kita. Tahniah kepada tuan puan yang sanggup berkorban untuk berada di sekolah pada hari Sabtu ini. Sesungguhnya menuntut ilmu itu tiada had dan batas sempadannya. Tuntutlah Ilmu hingga ke negeri Cina’. Semoga usaha kita semua diberkati Allah. Insya Allah.

Bagi pihak majlis juga, saya mengalu-alukan kedatangan dua orang penceramah ke Bengkel Pengaplikasian PAK21 SMKxxxxxxxxx pada hari ini iaitu PN XXXXXXX & PN XXXXXX yang merupakan Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah atau SISC+ di JPN Perlis. Terima kasih atas kesediaan puan memenuhi undangan pihak sekolah dan selamat berkenalan.

BACAAN AL-FATIHAH
Hadirin yang dimuliakan,
Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita mulakan majlis kita dengan bacaan Ummul furqan Al-Fatihah

Amin-amin ya Rabbal Alamin..

TAKLIMAT TS25, PLC dan PAK21
Untuk pengetahuan hadirin sekalian, program kita pada hari ini dibahagikan kepada beberapa slot.
Pertama, sesi taklimat oleh penceramah jemputan dikuti dengan slot Tn Pengetua..kemudian kita akan berhenti rehat lebih kurang jam 10 hingga 10.30
Selepas itu, kita akan teruS berbengkel sehingga jam 1.00 petang.

Tuan pengetua, dan guru-guru SMKXX yang dihormati,

Tanpa melengahkan masa lagi, majlis dengan segala sukacitanya mempersilakan PN XXXXXXX & PN XXXXXXI untuk mengendalikan sesi taklimat TS25, PLC dan PAK21 utk guru-guru SMK xxxxxxxx Dipersilakan.

BICARA PENGETUA
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada PN XXXXXXX & PN XXXXXXI atas segala penerangan dan pengetahuan baru yang dikongsikan bersama kita sebentar tadi.

Syabas cikgu-cikgu atas kesabaran dan perhatian yang telah diberikan
(Sebagai tanda kenangan, saya bagi pihak majlis mempersilakan Yg Berusaha XXXXXXXXX menyampaikan cenderamata kepada penceramah kita pada hari ini......
Terima kasih Tn Pengetua.)

Seterusnya majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tn Pengetua untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan

REHAT
Terima kasih Tn Pengetua.
Majlis akan berhenti seketika untuk memberi peluang kpd semua guru berehat dan menjamu selera. Jamuan disediakan di kantin sekolah. Cikgu2 boleh rehat sehingga jam 10.30 pg.  

BENGKEL
SLOT 1
Tn Pengetua dan cikgu-cikgu sekalian,
Harap cikgu-cikgu sudah bersedia…Sesi bengkel kita hari ini ada 3 slot yang dikendalikan oleh 6 org fasilitator. Sebelum bermula..sy nk ingatkan supaya cikgu-cikgu beri perhatian dan berkerjasama sepanjang bengkel sebab kita ada anugerah di akhir program nanti.
Ayuh, kita akan mulakan sesi bengkel pada hari ini. Untuk itu, saya serahkan majlis ini kepada ………………………..

Majlis merakamkan ribuan terma kasih kepada ……………..
SLOT 2
Tn Pengetua dan cikgu-cikgu sekalian,


Majlis merakamkan ribuan terma kasih kepada ……………..

SLOT 3
Hadirin yang dihormati….

Majlis merakamkan ribuan terma kasih kepada ……………..

PENUTUP
Tn Pengetua dan cikgu-cikgu sekalian,
Nampaknya …
Majlis kita telah sampai ke penghujungnya.
Syabas semua atas kesabaran dan perhatian yang diberikan sepanjang slot ini diadakan. Mudah-mudahan  ada sesuatu yang telahpun kita perolehi pada majlis hari ini .
Sebagaimana yang dijanjikan di awal tadi, kita ada 2 anugerah yang akan disampaikan.. Utk itu, majlis mempersilakan Tn Pengetua tampil utk menyempurnakan majlis. 

Terima kasih Tn Pengetua..
Sebelum bersurai, saya mewakili jawatankuasa bengkel merakamkan ucapan terima kasih kepada semua peserta bengkel dan semua pihak yang terlibat dalam memastikan penganjuran bengkel berjalan dengan jayanya pada hari ini.
Mohon maaf dari saya andai ada terkasar bahasa, terlanjur bicara sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi. Sesungguhnya, yang terbaik itu datangnya daripada Allah s.w.t. yang kekurangan itu adalah kelemahan saya.

Sekian,wabillahitaufiqwahidayah..assalamualaikum wbth dan terima kasih.


23 comments:

  1. izinkan saya copy ya.. nak jd mc. semoga Allah kurniakan pahala berlipat ganda pd tuan puan

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum... Puan, saya minta izin puan untuk guna bahan ni sebagai rujukan. Semoga ALLAH permudahkan semua urusan puan. aamiin

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Puan, Izinkan saya untuk guna bahan ini sebagai rujukan, saya doakan segala urusan puan dipermudahkan, Aminn.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Puan, izinkan saya guna bahan ni sebagai rujukan. Saya doakan semoga segala urusan puan dipermudahkan, Amiiin...

    ReplyDelete
  5. Assalamuaalaikum.. izinkan saya guna ya

    ReplyDelete
  6. saya pun minta izin guna... terima kasih cikgu

    ReplyDelete
  7. saya minta izin guna Cikgu

    ReplyDelete
  8. SAYA MOHON IZIN GUNA TEKS UNTUK RUJUKAN KENDALIKAN MAJLIS

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum wbt..mohon izin guna teks utk rujukan ya..tq

    ReplyDelete
  10. TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN, MOGA SENTIASA DIRAHMATI.

    ReplyDelete
  11. assalamu'alaikum, sy mohon guna ya teks ni.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum, saya minta izin guna teks ini sebagai rujukan saya. terima kasih cikgu

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum,saya minta izin utk guna teks sebagai rujukan.Terima kasih atas perkongsian ink.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum puan mohon izin guna teks ucapan ini ya puan..

    ReplyDelete
  15. Asslamualaikum puan ,izinkan saya guna teks ni sebagai rujukan ..trima kasih atas prkongsian yang bermanfaat.

    ReplyDelete
  16. Salam.. mohon izin untuk jadikan rujukan ya

    ReplyDelete
  17. mohon izin untuk rujukan teks emcee. TQ

    ReplyDelete
  18. Salam..Mohon izin untuk rujukan teks emcee. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  19. Salam. Saya mohon izin untuk rujukan ya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum, mohon izin untuk copy. terima kasih.

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum, saya mohon izin untuk copy ya. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete

KARANGAN B : CARA MEMANFAATKAN CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah merupakan momen yang paling ditunggu-tunggu oleh semua orang terutamanya para pelajar. Semua golongan masyarakat tidak kira mud...