1. PERLIS
(a) Watak sampingan memainkan peranan
penting dalam membantu watak utama.
Berdasarkan sebuah novel
yang anda kaji, huraikan dua perwatakan watak sampingan yang telah ditetapkan.
Novel
Jendela Menghadap Jalan
|
Haji
Abdul Rahman
|
Novel
Songket Berbenang Emas
|
Embong
|
[7
markah]
JAWAPAN
NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN
Haji Abdul Rahman
|
NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS
Embong
|
1.
Seorang yang alim dan kuat beribadat. Datuk mengetahui ilmu agama Islam
secara mendalam dan sentiasa berwirid dan berzikir setiap kali selesai solat.
|
1. Seorang
yang taat akan perintah Tuhan.
Embong sentiasa menjaga solat fardunya
dengan mengerjakannya secara berjemaah atau bersendirian di rumahnya.
|
2. Seorang
yang bertanggungjawab.
Datuk membantu sedaya upaya pesakit yang datang berubat dengannya menggunakan
kaedah perubatan tradisional berasaskan akar-akar kayu dan daun-daun herba.
|
2.
Seorang yang pemaaf / tidak
berdendam. Embong
tetap melayani ibu mertuanya Nek Kiah dengan baik walupun ibu mertuanya itu
selalu berprasangka buruk terhadap dirinya sekeluarga.
|
3.
Seorang yang penyayang. Datuk merasai kehilangan anaknya
iaitu ibu Lili yang tidak lama menetap di Kampung sentosa lantaran ibu Lili
banyak menghabiskan masa mudanya belajar di luar Negara dan bekerja di ibu
kota.
|
3.
Seorang yang penyayang. Embong merasai kehilangan
isterinya Saleha yang sedang dirawat di Hospital Permai akibat penyakit
kemurungan. Dia sentiasa berdoa semoga isterinya sihat.
|
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda
kaji, huraikan satu peristiwa yang dapat dijadikan teladan kepada pembaca.
Berikan sebab-sebab anda
berpendapat demikian.
[8
markah
NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN
Haji Abdul Rahman
|
NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS
Embong
|
Peristiwa Lili membantu Che Jah
menangani masalah keganasan rumahtangga yang dialaminya.
Contoh: Lili meminta bantuan daripada Puan
Hamimah, pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menyelesaikan masalah rumahtangga
Che Jah.
Sebab: Peristiwa ini dapat dijadikan
teladan kepada pembaca supaya mengamalkan sikap saling membantu orang yang
ditimpa musibah.
|
Peristiwa Dahlia keluar dari asrama.
Contoh: Dahlia sanggup keluar dari asrama
untuk menjaga adik-adiknya apabila ibu dan bapanya dimasukkan ke hospital.
Sebab: Peristiwa ini dapat dijadikan
teladan kepada pembaca kerana menggambarkan sikap tanggungjawab seorang anak
sulung yang sanggup berkorban untuk menjaga kebajikan keluarganya.
|
Peristiwa Danel menyelamatkan Lili
yang diculik.
Contoh: Danel telah berusaha menyelamatkan
Lili yang diculi oleh Haziq dan Rafiq dan disembunyikan di sebuah pondok using
di hujung kampong.
Sebab: Peristiwa ini dapat dijadikan
teladan kepada pembaca kerana menggambarkan sikap membantu rakan yang dalam
kesusahan.
|
Peristiwa Dahlia terjun ke dalam
sungai menyelamatkan Said.
Contoh: Dahlia sanggup mempertaruhkan
nyawanya untuk menyelamatkan Said yang lemas dibawa arus deras.
Sebab: Peristiwa ini dapat dijadikan
teladan kepada pembaca kerana menggambarkan sikap remaja perempuan yang
sanggup mengambil risiko demi membantu menyelamatka orang lain.
|
2. JOHOR (TANGKAK)
a)
Perkembangan cerita sesebuah novel turut dibantu watak sampingannya.
Jelaskan dua perwatakan watak
sampingan dalam sebuah novel yang telah
anda pelajari.
NOVEL
|
WATAK
SAMPINGAN
|
Di Sebalik Dinara karya Dayang Nor
|
Azraai
|
Silir Daksina karya Md Nizar Parman
|
See Hwa
|
[ 7 markah
]
lihat jawapan PERLIS
lihat jawapan PERLIS
b)
Berdasarkan dua buah novel yang
anda pelajari, huraikan satu
pandangan anda terhadap pengakhiran peristiwa yang terdapat dalam setiap novel.
[ 8 markah ] JAWAPAN
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Ema
|
Peristiwa nenek memberitahu Lili sebab jendela rumah di kampung itu dibina menghadap jalan.
Huraian: Sebabnya ialah bagi memudahkan pendudduk kampung mengintai pergerakan Bintang Tiga dan sentiasa berjaga-jaga.
Pandangan: Pembaca
berasa gembira kerana persoalan yang bermain diminda Lili akhirnya terjawab.
|
Peristiwa Nek Kiah menyerahkan seurat gelang pusaka miliknya kepada Dahlia.
Huraian: Nek Kiah memberikan gelang itu sempena hari pertunangan Dahlia. Pada mulanya dahlia menolak tetapi akhirnya akur apabila Nek Kiah memanggilnya 'cucu nenek'.
Pandangan: Pembaca
berasa terharu apabila hubungan nenek dan cucu sudah pulih.
|
Peristiwa Lili melihat ibunya berbual mesra dengan datuk dan neneknya di atas serambi rumah.
Huraian: Ibu Lili yang sudah lama tidak pulang ke kampung, datang untuk menjemput Lili. idak membantah apabila disuruh oleh ibunya untuk pulang bercuti di kampung
datuknya walaupun dia mempunyai perancangan yang lain.
Pandangan: Pembaca
berasa bangga dengan ketaatan Lili terhadap ibu bapanya.
|
Peristiwa Dahlia terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun.
Huraian: Dahlia terpilih utk mengikuti pengajian dalam kursus Pengurusan Perniagaan peringkat ijazah selama empat tahun di Jepun..
Pandangan: Pembaca
berasa gembira kerana kejayaan Dahlia yang mewakili calon STPM daripada bahagian Sri Gading oleh JPN Johor.
|
Peristiwa Lili memberitahu Danel bahawa dia
memahami bahasa Cina yang dituturkan oleh Danel.
Huraian: Lili
menenjelaskan bahawa dia bersekolah di sekolah menengah jenis kebangsaan Cina.
Dia juga boleh berbahasa Thai dan Jepun dengan baik malahan dia sedang
mempelajari bahasa Sepanyol..
Pandangan: Pembaca
berasa kagum dengan kebolehan Lili bercakap dalam bahasa lain yang bukan
bahasa ibundanya.
|
Peristiwa Dahlia bertunang dengan Azhari.
Huraian: Azhari ikhlas
menyukai Dahlia dan mahu berkahwin dengan Dahlial. Dia juga memahami
tanggungjawab yang dipikul oleh Dahlia.
Pandangan: Pembaca
berasa gembira kerana hubungan Azhari dan Dahlia akan berakhir dengan
perkahwinan.
|
3. TERENGGANU
4(a) Berdasarkan sebuah novel
yang anda pelajari, huraikan dua latar masyarakat penyayang yang
terdapat dalam novel tersebut.
[ 7 markah ]
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Ema
|
1.
Masyarakat yang penyayang
Contohnya Lili
amat sayang akan ibunya. Dia menurut sahaja kehendak ibunya supaya pulang
bercuti di kampong datuknya.
2.
Masyarakat yang berani
Contohnya Danel
berani mengambil tindakan secara bersendirian untuk menyelamatkan Lili yang
diculik oleh Haziq dan Rafiq. Danel telah pergi ke pondok buruk tempat Lili
dikurung.
3. Masyarakat
yang bersimpati
Contohnya
Lili berasa simpati dengan nasib Che Jah yang selalu didera dan dimaki oleh
suaminya Seman. Dia mencadangkan supaya Che Jah membuat laporan polis.
|
1.
Masyarakat
yang penyayang
Contohnya, Dahlia
amat saying akan ibu dan keluarganya sehingga dia sanggup keluar dari asrama
tanpa izin warden untuk menziarahi ibunya yang dirawat di Hospital Permai.
2.
Masyarakat
yang prihatin
Contohnya, Tauke Lim
prihatin terhadap keluarga Embong dan membantunya dengan ikhlas. Dia sering
memberi barang secara berhutang kepada Embong dan memberi sumbangan RM300
kepada Dahlia semasa Dahlia hendak ke Kuala Lumpur.
3.
Masyarakat
yang saling membantu
Contohnya, Hj
Sulaiman mengajak penduduk kampong bergotong royong membina semula rumah
Embong yang roboh dilanda banjir.
|
4(b) Berdasarkan dua buah
novel yang anda pelajari, jelaskan satu peristiwa yang mencetuskan saspens
kepada anda dalam setiap novel tersebut dan nyatakan alasan anda.
[ 8 markah ]
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Ema
|
1.Peristiwa
Lili menaiki bas ekspres selama lapan jam dari Kuala Lumpur ke Dungun.
Pembaca
suspens terhadap keselamatan Lili dan masalah yang mungkin dihadapinya.
2.Peristiwa Rafiq tiba-tiba menculik Lili dan menjadikannya sebagai tebusan.
Pembaca
suspens tehadap nasib Lili dan kesudahan peristiwa itu.
|
1.Peristiwa Dahlia
terjunke dalam sungai yang berarus deras untuk menyelamatkan Said. Pembaca
ingin tahu sama ada Said berjaya diselamatkan atau tidak.
2.Peristwa air
banjir yang naik dengan deras di kampong Parit Hj Rais.
Pembaca ingin tahu
nasih keluarga Embong dan Nek Kiah apabila air banjir menenggelamkan rumah
mereka.
|
PERAK (SMK SG MANIK)
(a)
Latar
tempat memainkan peranan yang penting dalam menggerakkan cerita dalam
sesebuah karya.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan
dua latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut.
[7 markah]
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
1.Kuala
Lumpur – Tempat tinggal Lili dan keluarganya
2. Stesen
bas- Lili menaiki bas dari Kuala Lumpur ke kampung datuk dan neneknya di
Dungun, Terengganu
3. Perhentian
bas Pekan Sentosa,Dungun, Terengganu- Lili berhenti sebelum ke Kampung
Sentosa,tempat tinggal datuk dan nenek Lili
4. Pekan
Sejahtera, Dungun, Terengganu - Tempat tinggal Geetha
5. Surau- tempat orang kampung berkumpul
6. Bangsal
di tepi sawah – Lili menunggu neneknya yang bekerja di sawah padi
7. Hutan-
tempat datuk mencari tumbuhan-tumbuhan herba dan akar kayu
8. Jeti
nelayan- tempat Lili, Geetha dan Danel
menyaksikan matahari terbit
|
1. Padang
bola jaring –Dahlia berlatih bola jaring bersama dengan rakannya, Siti
Wangi.
2. Kantin
– Tempat Azhari menunggu Dahlia
3. SMK
Tun Ismail – lima kilometer dari kampung halaman, tempat Azhari dan Dahlia
pernah belajar sewaktu Dahlia Tingkatan satu dan Azhari Tingkatan Lima
4. Sekolah
Menengah Temenggung Ibrahim- Dahlia menimba ilmu sebagai pelajar tingkatan
enam. Dia tinggal di asrama sekolah ini.
5. Bilik
Kerjaya- Dahlia bertemu dengan Cikgu Hisyam di bilik ini, Cikgu Hisyam
mendapat tahu masalah Dahlia daripada Kavita.
6. Kebun
getah- 20 meter dari rumah seluas lima
ekar tempat Saleha menoreh getah
7. Kampung
Parit Haji Rais – Tempat tinggal Dahlia . Di sini, Dahlia menjaga
adik-adiknya, Melati, Kiambang, Mawar, dan Anggerik setelah emaknya dirawat
di hospital.
8. Hospital
Batu Pahat (Wad 6) -Tempat Saleha
dibawa untuk mendapatkan rawatan pada peringkat awal.
9. Hospital
Batu Pahat (Wad 4)- Abah Dahlia dirawat di hospital ini setelah dipatuk ular.
10. Hospital
Permai, Johor Bahru – Tempat emak Dahlia dirawat di bilik 16. Di sini juga
Azhari bekerja sementara setelah mendapat segulung ijazah.
11. Sungai
–kira-kira 45 meter dari rumah Dahlia- Dahlia cuba menyelamatkan Said yang
lemas di sungai ini.
12. Kebun
kelapa sawit di Parit Haji Kadir- Kira-kira dua kilometer dari rumah Dahlia di sinilah Embong
memotong kelapa sawit setelah pulang dari rumah Aton. Di kebun kelapa sawit
inilah ular sawa telah membelit Embong.
13. Sekolah
Kebangsaan Jelotong- Said dan Melati bersekolah di sini
14. Rumah
Aton kira-kira 150 meter dari rumah Dahlia.- Dahlia disindir oleh Aton kerana
dikatakan Dahlialah yang menyebabkan Said mati lemas.
15. Balai
raya Kampung Parit Haji Rais- Beberapa orang penduduk bergotong – royong
semasa majlis sambutan Maulidur
|
(b) Berdasarkan dua
buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa bagi setiap novel
yang menunjukkan kepincangan masyarakat.
[8 markah]
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Ema
|
1. Kepincangan masyarakat yang
terlibat dalam gejala sosial
Sebagai contohnya, Rafik dan Haziq
suka mencuri harta benda orang kampung. Selain itu, mereka terlibat dalam
penyalahgunaan dadah.
2. Kepincangan masyarakat yang
terlibat dalam masalah perjudian
Sebagai contohnya, Seman,suami Che
Jah seorang kaki judi sehingga sanggup mengabaikan tanggungjawab sebagai
seorang ketua keluarga.
3. Kepincangan masyarakat yang bercanggah pendapat
Sebagai contohnya,
penduduk kampung yang mengalami percanggahan pendapat mengenai perletakan
kubah di surau ataupun membina masjid yang baru.
4. Kepincangan masyarakat
yang tidak bertanggungjawab
Sebagai contohnya, suami
Cik Jah iaitu Pak Seman sering memukul Cik Jah. Dia juga sering berjudi
sehingga melupakan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.
5. Kepincangan masyarakat yang suka memandang
serong terhadap kekurangan orang lain
Sebagai contohnya, Rafiq dan Haziq sering menjadi
hinaan dan kutukan masyarakat kampung secara berterusan kerana suka mencuri,
menagih dadah dan pecah rumah. Bagi Lili, mereka ialah manusia biasa yang
memerlukan bantuan untuk berubah.
|
1. Kepincangan
masyarakat yang berprasangka buruk terhadap orang lain
Sebagai contohnya, Aton dan Nek Kiah berprasangka buruk terhadap
keluarga Dahlia. Nek Kiah suka menghina Dahlia dan
keluarganya disebabkan kemiskinan mereka. Aton suka
menabur fitnah tehadap Dahlia dengan mengatakan bahawa Dahlia sudah ditebuk
tupai kerana lelaki datang ke rumahnya silih berganti.
2. Kepincangan masyarakat yang
terlibat dalam gejala sosial
Sebagai contohnya,Abu Bakar suka
berfoya-foya dengan rakan-rakannya sehingga sanggup mencuri kambing milik
bapanya sendiri.
3. Kepincangan masyarakat yang suka menghina
Sebagai contohnya, Mak Aton
yang suka menghina Dahlia dan keluarganya disebabkan kemiskinan mereka. Mak
Aton juga suka menabur fitnah tehadap Dahlia dengan mengatakan bahawa Dahlia
sudah ditebuk tupai kerana lelaki datang ke rumahnya silih berganti.
4. Kepincangan masyarakat
yang mempunyai hasad dengki
Sebagai contohnya, Dahlia, Abu Bakar, Kiambang dan Melati menjumpai
bungkusan telur yang sudah busuk. Telur itu berisi jarum peniti, cincin akik,
butiran pasir dan dua batang paku yang dijumpai mereka dibawah rumah.
Bungkusan itu ditanam oleh seseorang yang dengki akan mereka.
5.Kepincangan masyarakat yang memandang serong
tentang kemiskinan orang lain
Sebagai contohnya, Nek Kiah tidak
suka akan menantunya Embong dan cucu-cucunya kerana hidup dalam kemiskinan
sedangkan anak-anaknya yang lain berjaya dalam kehidupan.
6.
Kepincangan masyarakat yang tidak mahu menerima ketentuan takdir
Sebagai
contohnya, Aton telah menuduh Dahlia yang menyebabkan anaknya, Said mati
lemas walaupun Dahlia sanggup berkorban nyawa dengan terjun ke sungai untuk
menyelamatkan Said.
|
KELANTAN
(a)
Bahagian
permulaan sebuah novel memainkan peranan peranan yang penting kepada pembaca
untuk meneruskan pembacaan.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan
dua sebab bahagian permulaan
novel itu menarik minat anda.
[7 markah]
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
1.Ibu menyuruh Lili
pulang bercuti di rumah datuknya di Dungun Terengganu.
Pembaca ingin tahu
sama ada Lili menurut arahan ibunya atau tidak kerana dia sudah mempunyai
perancangan yang lain.
2.Lili
berkenalan dengan seorang gadis India bernama Geetha semasa di dalam bas
menuju ke Terengganu.
Pembaca
ingin tahu lanjutan hubungan Lili dan Geetha.
|
1.Azhari
menunggu Dahlia di kantin sekolahnya. Dia ingin menyatakan hasrat hatinya
untuk membawa keluarga dating ke rumah Dahlia dan berbincang tentang hubungan
mereka.
Pembaca
ingin tahu reaksi Dahlia terhadap hasrat Azhari, sama ada Dahlia bersetuju
atau tidak.
2.Dahlia mendapati
ibunya keluar rumah dan tidak pulang dari tadi. Dia mendapati ibunya berada
di kebun getah dan bercakap sendirian.
Pembaca ingin tahu sebab
ibu Dahlia berkeadaan demikian dan kesudahannya.
|
(b) Berdasarkan dua
buah novel yang anda pelajari, huraikan satu latar masyarakat yang
terdapat dalam setiap novel tersebut.
[8 markah]
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Ema
|
1.
Masyarakat
yang prihatin terhadap isu keganasan rumah tangga.
Contohnya, selaku penolong pegawai di Jabatan
Kebajikan Masyarakat, kak MImah dan
Nadia berusaha membantu Che Jah menyelesaikan isu keganasan umah tangga yang
dialaminya.
2.
Masyarakat
yang berani mengambil tindakan.
Contohnya, Danel berjaya menyelamatkan Lili yang
diculik dan diikat oleh Haziq dan Rafik di sebuah rumah usang
3.
Masyarakat
yang menghormati tetamu
Contohnya, Che Jah melayan Lili dan Rashid dengan
baik walaupun itu mereupakan kunjungan pertama mereka.
|
1.Masyarakat yang
mengamalkan nilai kasih sayang dalam kehidupan.
Contoh: Dahlia sayang
akan ibu bapanya. Dia berusaha melawat ibunya yang sedang menerima rawatan di
hospital.
2.Masyarakat yang
rajin dan tekun menimba ilmu.
Contoh: Dahlia rajin
dan tekun belajar. Dia tetap mengulang kaji pelajaran walaupun terpaksa
tinggal di pusat pemindahan banjir.
3.Masyarakat
yang sabar menghadapi tuduhan yang tidak benar.
Contoh:
Embong sabar dengan tuduhan dan kata-kata kesat Aton yang mendakwa Dahlia
yang menyebabkan kematian anaknya, Said.
|
No comments:
Post a Comment