Thursday 27 June 2013

TEKS PENGACARA PERASMIAN DAN PENUTUPAN KEJOHANAN SUKAN

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG KALI KE 22 TAHUN 2013
SMK DATO’ JAAFAR HASSAN
Teks Juruacara: 
ACARA
SKRIP
CATATAN
Aluan
Assalamualaikum wrt wbkth, Salam Sejahtera dan salam 1 Malaysia
* Yang berusaha Encik Aminudin bin Mustafa, Pengetua SMK DJH
* Yang Berusaha, Encik Abdul Jamil bin Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran, SMK DJH
* Yang Dihormati En Ahmad Fauzi b Ibrahim, Penolong kanan Hal Ehwal Murid,
*Yang Dihormati Encik Mohsin b Ibrahim, Penolong Kanan Kokurikulum,
* Guru-guru Kanan, guru-guru cemerlang, guru-guru dan para pelajar  seterusnya sidang hadirin sekalian.

SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH ATAS KOMITMEN SEMUA UNTUK MENJAYAKAN KEJOHANAN TREK DAN BALAPAN KALI KE 22 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN  DATO’ JAAFAR HASSAN  bagi TAHUN 2013.

Perarakan kontijen
Hadirin yang dihormati,

Marilah kita saksikan perarakan masuk kontijen-kontijen rumah sukan yang akan mengambil bahagian dalam KARNIVAL OLAHRAGA pada kali ini.

(lintas hormat kontinjen)




Lintas Hormat




(kontinjen dekat dengan VIP)
Majlis menjemput Yang Dihormati En Mohsin B Ibrahim, PK Kokurikulum  untuk mempersila dan mengiringi Yang berusaha En Aminudin  bin Mustafa, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’Jaafar Hassan  untuk menerima lintas hormat daripada  kontingen-kontingen  yang mengambil bahagian. Dipersilakan.

Hadirin sekalian,

1.                  Mendahului perarakan ialah pasukan yang tampil dengan warna UNGU iaitu kontingen dari rumah LAKSAMANA . Kontigen ini di bawah bimbingan _________________________________  dan diketuai oleh _____________________________________________________. Dengan motto BETTER STRIVE THAN NEVER, Rumah Laksamana bertekad untuk merebut gelaran juara pada tahun ini.

2.                  Berikut pula, ialah kontigen dari Rumah Panglima yang mengunakan warna hijau sebagai simbol perjuangan. Kontigen ini dipimpin oleh _______________________________________________ dan diketuai oleh ______________________________________________. Motto PANGLIMA HEBAT  diharap dapat menjadi penguat semangat Rumah Panglima untuk terus mengejar kejayaan dalam kejohanan kali ini.

3.                    Seterusnya ialah kontigen dari Rumah Temenggung. Kontigen ini dibimbing oleh _________________________________________  dan diketuai oleh ______________________________________________. Dengan motto, KUNING MELANGKAH MEGAH, kita percaya Rumah Temenggung mampu membuat kejutan dalam kejohanan kali ini.

4.                     Berikut pula tampil dengan warna merah hati ialah kontigen dari rumah Syahbandar. Rumah Syahbandar dipimpin oleh  __________________ ____________________________________. Kontigen yang diketuai  oleh _________________________________________________ selaku pembawa bendera ini setia dengan motto BERSAMA MENUJU KEGEMILANGAN.

5.                    Merah Berani, itulah kontigen dari rumah Pendekar. Kontigen ini dibimbing oleh _________________________________________ dan diketuai oleh ______________________________________________. GAGAH BERANI BERJUANG ialah motto kebanggaan Rumah Pendekar.

6.                     Kontigen terakhir dalam perbarisan Karnival Olahraga kali ini ialah kontigen dari Rumah Bendahara yang menggunakan warna biru sebagai lambang perjuangan. Kontigen ini mendapat bimbingan daripada __________________________________________________ dan diketuai oleh __________________________________________  selaku pembawa bendera. FIKIRAN POSITIF TERAS KEJAYAAN ialah motto kontigen yang diharap akan membawa tuah kepada Rumah Bendahara pada tahun ini.


Ikrar Kejohanan
Selepas semua masuk padang

Hadirin yang dihormati,
Seterusnya, majlis mempersilakan Saudara______________________________  untuk mengetuai lafaz ikrar kejohanan . Dipersilakan

Terima kasih saudara _____________________________________________. Begitulah tadi sempurnanya acara pembacaan ikrar kejohanan sebagai tanda komitmen para atlet dalam kejohanan ini.


Ucapan Perasmian
Hadirin yang dihormati.
Tidak sempurna majlis  kita pada hari ini tanpa mendengar  ucapan perasmian.  Untuk itu majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Dihormati Encik Mohsin Bin Ibrahim, PK Kokurikulum  untuk mempersila dan mengiringi Yang Berusaha En Aminudin bin Mustafa Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Jaafar Hassan  untuk menyampaikan ucapan dan merasmikan Kejohanan Trek dan Balapan kali ke 22. Dengan segala hormatnya dipersilakan……

(selepas selesai ucapan….)

Sekali lagi majlis mempersilakan Yang dihormati Encik Mohsin Bin Ibrahim, untuk  mengiringi Yang Berusaha En Aminudin bin Mustafa untuk diperkenalkan kepada kontigen-kontigen yang mengambil bahagian. Dipersilakan

(bertemu dengan kontigen)

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik En Aminudin bin Mustafa atas kesudian menyampaikan ucapan dan  berkenalan dengan kontigen-kontigen yang mengambil bahagian dalam karnival olahraga kali ini.


Perarakan Keluar
Hadirin yang dihormati,

Demikian tadi selesainya upacara perasmian Kejohanan Trek dan Balapan SMK DJH pada tahun ini. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis perasmian kejohanan ini. 
Sekarang dipersilakan semua kontingen yang mengambil bahagian untuk bergerak keluar meninggalkan arena.

Perhatian- Diminta semua pegawai kejohanan yang  bertugas di padang untuk bersedia  kerana acara olahraga akan dimulakan sebentar saja lagi.




ACARA-ACARA SUKAN PERINGKAT SEKOLAH (Rujuk Buku Aturcara)



  

PENGUMUMAN ACARA BALAPAN

Hadirin yang dihormati,
Sebentar lagi akan berlangsung acara  ……………………….  Peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam acara ini ialah
Di lorong yang pertama …………………………

Peserta-peserta bagi acara ………………………………… sedia untuk dilepaskan.

PENGUMUMAN ACARA PENYAMPAIAN HADIAH

Tuan-tuan dan puan-puan,
Sebentar lagi akan berlangsung penyampaian hadiah bagi acara ……………………..
Untuk itu, dengan segala hormatnya dipersilakan
Encik/Puan/Cik ………………………………………………………..
untuk menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.

(kalau banyak hadiah sebut acara dahulu……)

Tempat ketiga/pingat gangsa dimenangi oleh ………………….. dari rumah …………
Tempat kedua/pingat perak dimenangi oleh ……………………. dari rumah………
Dan johan/pemenang pingat emas acara …………………Ialah …………… dari rumah………………………..

Tahniah kepada para pemenang.
Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik/Puan/ Cik ………………………………………. atas kesudian menyampaikan hadiah.


  
TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG
 SMK DATO’ JAAFAR HASSAN KALI KE 22.


ACARA
SKRIP
CATATAN
Alu-aluan
Dijemput semua peserta dan pelajar bagi semua kontijen masuk ke padang, dan berada di hadapan pentas utama untuk acara penyampaian hadiah dan majlis penutupan kejohanan.

Assalamualaikum wrt wbkth, Salam Sejahtera dan salam 1 Malaysia
·          Yang berusaha Encik Aminudin bin Mustafa, Pengetua SMK DJH
·          Yang Berusaha, Encik Abdul Jamil bin Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran, SMK DJH
·          Yang Dihormati En Ahmad Fauzi b Ibrahim, Penolong kanan Hal Ehwal Murid,
·           Yang Dihormati Encik Mohsin b Ibrahim, Penolong Kanan Kokurikulum,
·          Guru-guru Kanan, guru-guru cemerlang, guru-guru dan para pelajar  seterusnya sidang hadirin sekalian.

Alhamdulillah kita telah selesai melaksanakan semua acara sukan pada kejohanan balapan dan padang  tahun ini. Kepada atlet yang berjaya tahniah diucapkan dan kepada yang tidak berjaya tahun hadapan cuba lagi.


PENYAM- PAIAN HADIAH & CENDERAMATA

Para pelajar dan hadirin sekalian,

Bagi mengiktiraf kejayaan para atlet yang telah berjaya pihak majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En Abdul Jamil bin Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran  SMK DJH, dengan diiringi oleh En. Mohsin bin Ibrahim, Penolong Kanan Kokurikulum, SMK  DJH  untuk menyampaikan hadiah.
Majlis dengan ini mempersilakan.

(JIKA BANYAK KATEGORI – BAHAGI KEPADA BEBERAPA ORANG PENYAMPAI)

Diumumkan pula pemenang bagi pertandingan perarakan perbarisan bagi kategori rumah sukan pada hari ini.
- tempat ketiga disandang oleh pasukan Rumah__________.
-Seterusnya tempat kedua berjaya jatuh kepada pasukan Rumah________.
-Dan Johan berjaya disandang oleh pasukan Rumah___________.

Hadirin sekalian,

-Seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang Olahragawati dan Olahragawan Sekolah pada tahun ini.
-Peserta yang telah berjaya merangkul gelaran Olahragawati Sekolah ialah ____________________________.
Untuk makluman semua, beliau telah memenangi acara___________________________________________________

  -Kini diumumkan pula Olahragawan Sekolah pada tahun ini. Olahragawan Sekolah pada tahun ini ialah  ____________________.
Beliau telah meraih pingat__________________________________.

-Kini tibalah saat-saat yang dinantikan, kita akan umumkan secara rasmi kedudukan bagi Rumah-Rumah Sukan yang telah bertanding.

-Tempat ketiga berjaya dirampas oleh pasukan Rumah____________ dengan __________ pingat emas, ______ pingat perak dan ___________ pingat gangsa . Dipersilakan Ketua Rumah Sukan________________________ untuk menerima hadiah.

-Seterusnya Naib Johan, berjaya dirangkul oleh pasukan Rumah______ dengan __________ pingat emas, ______ pingat perak dan ___________ pingat gangsa. Dipersilakan Ketua Rumah Sukan________________________ untuk menerima hadiah.

-Dan johan keseluruhan Rumah Sukan bagi Kejohanan Balapan dan Padang kali ke 22 jatuh kepada:
Rumah __________________________ dengan __________ pingat emas, ______ pingat perak dan ___________ pingat gangsa. Dipersilakan Ketua  Rumah Sukan________________________ untuk menerima hadiah.
.
- Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha, Encik Abdul Jamil B AbdullahTuan Pengetua atas kesudian menyempurnakan majlis sebentar tadi.


UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN

Hadirin dan hadirat sekalian,
Untuk menyempurnakan penutupan kejohanan Balapan dan Padang pada kali ini, majlis sekali lagi menjemput En Abdul Jamil Bin Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran SMK DJH untuk memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Balapan dan Padang SMK Dato’ Jaafar Hassan Kali ke.22.
Majlis dengan ini mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

Dengan itu,maka berakhirlah kejohanan Balapan dan Padang kali 22 Sekolah Menengah Dato’ Jaafar Hassan tahun 2013
.
Tahniah dan syabas kepada pasukan dan peserta-peserta yang berjaya. Kepada yang masih gagal teruskan usaha ,jangan putus asa.

YAKIN BOLEH, ANDA BOLEH DAN SEMEMANGNYA TOK PAQ BOLEH....INSYAALLAH!!

SEKIAN, WABILLAHI TAUFIQ WALHIDAYAH, WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TA’ALA WABARAKATUH.


Saturday 30 March 2013

NOVEL 6.20


Novel 6.20

Nota daripada BPK

Tema
Novel ini membawa tema perjuangan golongan muda dalam menentang anasir-anasir barat yang mempengaruhi jiwa mereka. Perjuangan ini diwakili oleh Sukma, Rafiq dan Teja yang berusaha gigih untuk menyelamatkan golongan remaja (pelajar sekolah menengah dan universiti) daripada terus hanyut dengan pengaruh pemikiran barat yang menuntut kebebasan hidup seperti menganggotai kumpulan ‘black metal’ yang telah dilakukan oleh Jerry.


PERSOALAN

i. Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anaknya.
Contoh: Ibu Sukma berasa sangat bimbang apabila Sukma ingin berjumpa dengan tetamu-tetamu misteri di hadapan rumahnya pada jam 6:20 kerana baginya tindakan Sukma akan membawa bahaya kepada dirinya.

ii. Konflik dalam keluarga.
Persoalan ini dipaparkan melalui konflik yang berlaku antara ibu dengan Sukma. Ibu beranggapan Sukma mengalami tekanan perasaan dan telah membelikannya sebuah buku untuk mengurangkan masalahnya.

iii. Tanggungjawab seorang sahabat.
Contoh: Jerry sanggup membantu Sukma dengan memberitahu segala maklumat kelab WX2 walaupun Jerry tahu bahawa nyawanya terancam.

iv. Berani menegakkan kebenaran
Contoh: Sukma,Teja dan Rafi berusaha mencari lebih banyak bahan bukti dan maklumat berkaitan kelab WX2. Sukma sanggup pergi ke Kelab WX2 seorang diri untuk mengetahui keadaan sebenar kelab tersebut.

v. Menunaikan ketaatan terhadap perintah Tuhan.
Contoh: Tuan Haji Syaqir dan Sukma tidak lupa menunaikan solat walaupun mereka sibuk dengan urusan masing-masing.

vi. Prihatin terhadap masalah orang lain.
Contoh: Tuan Haji Syaqir berusaha mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantung dan merawat penyakit kulit Ehsan.

vii. Remaja yang mudah terpengaruh.
Contoh: Iskandar, Jerry dan Reny menyertai kumpulan WX2 yang memperjuangkan kebebasan mutlak akibat dipengaruhi pemikiran barat.

NILAI
i.Nilai kasih sayang
Contoh: Ibu Sukma menghadiahkan Sukma sebuah buku kerana risau tentang diri Sukma yang dikatakan mengalami tekanan perasaan.

ii. Nilai prihatin
Contoh: Tuan Haji Syaqir berjaya mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantung dan rawatan kulit Ehsan.

iii. Nilai setiakawan
Sukma dan Rafiq sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan baik mereka iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi dengan pemikiran barat.

iv. Nilai tanggungjawab
Contoh: Sukma masih lagi sempat mengikuti kuliah dan mengadakan perbincangan kumpulan walaupun dia dibelenggui dengan pelbagai persoalan tetamu misteri.

v. Nilai saling menghormati
Contoh; Ibu Sukma menyuruhnya menyediakan minuman kepada kawan-kawan Sukma ketika mereka berkunjung ke rumahnya.

vi. Nilai kejujuran
Contoh; Reny berterus-terang kepada Sukma bahawa dia mengenali Sukma daripada Iskandar dan mempunyai hubungan yang lebih daripada seorang kawan dengan Iskandar.

vii. Nilai pengorbanan
Contoh: Jerry sanggup memberi maklumat kepada pihak polis walaupun nyawanya terancam.

viii. Nilai patriotik
Contoh: Sukma dan Kak Ros saling membantu untuk membanteras ahli kumpulan WX2 yang akan menggugat keamanan negara.

ix. Nilai keimanan/ketaaatan
Contoh: Sukma dan Hj Syaqir taat menunaikan kewajipan solat sebagai umat Islam.

x. Nilai kecintaan 
Contoh: Sukma, Reny dan Kumpulan Waris Cinta melibatkan diri dalam seni tarian tradisi walaupun mereka merupakan golongan remaja.

xi. Nilai kerjasama
Contoh: Sukma, Rafiq, Iskandar, Jerry dan Kak Ros saling bekerjasama untuk membanteras ahli kumpulan WX2.

PENGAJARAN

i. Kita hendaklah menghormati golongan yang lebih tua daripada kita
Contoh: Sukma menghormati ibunya dengan tidak pergi menemui tetamu-tetamu misteri yang berkunjung ke rumahnya apabila dia ditegah oleh ibunya kerana bimbang akan keselamatannya.

ii. Kita tidak harus mudah terpengaruh oleh anasir luar 
Contoh: Sukma dan Rafiq mampu menangkis pengaruh pemikiran barat meskipun rakan-rakannya sendiri telah terlibat dengan kumpulan WX2.

iii. Seorang sahabat hendaklah mempunyai sikap setiakawan
Contoh: Sukma dan Rafiq sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan baik mereka iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi dengan pemikiran barat.

iv. Kita hendaklah mempunyai semangat patriotik terhadap tanah air sendiri
Contoh: Rafiq masih kekal dengan budaya dan cara hidup Melayu meskipun dia dibesarkan di luar negara.

v. Kita mestilah bertanggungjawab melaksanakan amanah
Contoh; Tuan Haji Syaqir bertanggungjawab melaksanakan tugasnya sebagai pengerusi jawatankuasa di kampungnya.

vi. Kita hendaklah menunaikan kewajipan sebagai umat Islam
Contoh: Haji Syaqir dan Sukma tidak culas menunaikan tanggungjawab mereka sebagai umat Islam.

vii. Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan dan cabaran 
Contoh: Nenek dan Aim tabah menghadapi dugaan dengan menjual buah manggis untuk menyara kehidupan mereka berdua, selepas anaknya (ayah Aim) meninggal dunia, ditambah lagi ibu Aim yang lari meninggalkan dia dan Aim.

viii. Rakyat hendaklah sanggup berkorban demi kedaulatan negara
Contoh: Ibu Sukma sanggup berkorban nyawa untuk menyelamatkan golongan muda daripada terus terjerumus dalam pemikiran barat yang menggugat keamanan negara.

LATAR
Latar Masa
i. 6:20 pagi 
Contoh: Sukma melihat seorang wanita tua, kanak-kanak dan seorang pemuda yang tidak dikenali di hadapan rumahnya.

ii. Petang
Contoh: Aim mengejutkan Sukma daripada tidur kerana hari sudah petang.

iii. Senja 
Contoh: Sukma masih berjalan mundar- mandir di selatan kelab, senja hampir berlabuh.

iv. Malam
Contoh: Ibu menghadiri Majlis Makan Malam Bollywood

LATAR TEMPAT

i. Banglo Taman Megah 
Contoh: Rumah kediaman Tuan Haji Syaqir bersama-sama keluarganya. 

ii. Di Dewan Kuliah
Contoh:Profesor Darul sedang menyampaikan pengajaran kepada pelajar-pelajarnya. 

iii. Balkoni kamar 
Contoh: Perbualan antara ibu dengan Sukma. 

iv. Rumah Ehsan 
Contoh: Sukma dan ayahnya menziarahi Ehsan yang baru menjalani pembedahan jantung. 

v. Kafe Flora 
Contoh: Kumpulan Waris Cinta mengadakan persembahan tarian tradisi dari Sarawak yang diketuai oleh Erman. 

vi. Di pintu pagar rumah 
Contoh: Aim datang menemui Sukma dan menyatakan bahawa dia lapar. Dewan peperiksaan 
Contoh: Sukma bersama-sama beberapa teman sekuliahnya menduduki ujian.

vii. Tempat rehat 
Contoh: Sukma, Teja dan Rafiq mengadakan perbincangan untuk menyelesaikan kerja kumpulan mereka. 

viii. Kelab WX2 
Contoh: Sukma berada di Kelab WX2 untuk melihat keadaan sebenar kelab tersebut. 

ix. Warung Pak Alias 
Contoh: Sukma dan Reny minum teh tarik di warung yang terletak di seberang jalan. 

x. Rumah Aim 
Contoh: Nenek menceritakan hubungannya dengan ibu Sukma. 
xi. Rumah Tuk Siak 
Contoh:Sukma dan Rafiq bertemu dengan Abang Aim. 

xii. Kawasan tanah perkuburan 
Contoh: Nenek mengajak Sukma pergi ke kubur anak lelakinya iaitu bapa Aim yang telah meninggal dunia dua tahun lepas. 

xiii. Bangunan biru di hujung daerah 
Contoh: Tempat ahli-ahli WX2 berkumpul dan pihak polis telah berjaya membuat tangkapan terhadap mereka.

xiv. Hospital 
Contoh: Ibu Sukma (Puan Delia) masih koma di hospital akibat terkena tembakan ahli.


LATAR MASYARAKAT
i. Masyarakat pelajar universiti. 
Contoh: Sukma, Teja, Rafiq, Jerry dan Alvin merupakan penuntut dalam Jurusan Sains dan Falsafah di institusi pengajian tinggi awam. 

ii. Masyarakat yang mengambil berat terhadap golongan muda.
Contoh: Puan Delia ibu kepada Sukma menyamar sebagai salah seorang ahli kumpulan WX2 dengan menjadi pemerhati dalam kumpulan tersebut untuk mengetahui pergerakan kumpulan tersebut. 

iii. Masyarakat yang beriman kepada Tuhan.
Contoh: Tuan Haji Syaqir menunaikan solat Asar selepas pulang dari kerja. 

iv. Masyarakat yang cenderung menggunakan kekerasan dalam perjuangan
Contoh: Beberapa jenis suntikan turut digunakan yang boleh membuatkan para pengikut bertindak ganas.

v. Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan dan cabaran. 
Contoh: Nenek dan Aim tabah menghadapi dugaan dengan menjual buah manggis untuk menyara kehidupan mereka berdua, selepas anaknya (ayah Aim) meninggal dunia, ditambah lagi ibu Aim yang lari meninggalkan dia dan Aim. 

vi. Masyarakat yang berdikari. 
Contoh: Nenek Aim bekerja di pasar malam dan pasar basah setiap hari, berjual buah untuk menyara kehidupan. 

vii. Masyarakat yang mudah terpengaruh oleh golongan pemikiran Barat.
Contoh: Iskandar, Jerry dan Reny yang menyertai kumpulan WX2 yang memperjuangkan kebebasan mutlak akibat dipengaruhi pemikiran Barat.

WATAK & PERWATAKAN

Watak Utama 
NUR SUKMA BT HJ SYAQIR

i. Anak perempuan tunggal pasangan Tuan Haji Syaqir dan Puan Delia yang berusia 19 tahun.
ii. Penuntut Jurusan Sains dan Falsafah di sebuah institusi pengajian tinggi awam.
iii. Seorang guru tarian zapin (Pada masa lapang, Sukma mengajar budak-budak berumur lima hingga dua belas tahun di kawasan perumahan tempat tinggalnya).

iv. Seorang yang bersimpati terhadap orang lain (Sukma berasa simpati kepada wanita tua yang berada di luar pagar rumahnya).

v. Seorang yang taat kepada perintah ibu (Sukma menurut perintah ibunya yang melarangnya daripada berjumpa dengan tetamu-tetamu misteri yang berada di luar rumahnya).

vi. Seorang yang merendah diri (Sukma memohon maaf kepada ibunya setelah dia berlaku kasar terhadap ibunya).

vii. Seorang yang taat kepada perintah Tuhan (Walaupun sibuk dengan urusan harian, Sukma tetap menunaikan solat setiap waktu).

viii. Seorang yang berani (Sukma pergi ke Kelab WX2 seorang diri untuk melihat keadaan sebenar kelab tersebut).

ix. Seorang yang memiliki sifat setiakawan (Sukma sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan baiknya iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi dengan pengaruh pemikiran barat).

x. Seorang yang degil (Sukma tidak mahu mendengar arahan ayahnya supaya menunggu di dalam kereta ketika operasi dijalankan).

xi. Seorang yang baik hati (Sukma mengambil makanan untuk Aim yang lapar ketika Aim datang ke rumahnya).

xii. Seorang yang gigih berusaha (Sukma tidak berputus asa untuk mencari bukti dan maklumat berkaitan Kelab WX2).

xiii. Seorang yang prejudis (Sukma berburuk sangka terhadap tingkah laku ibunya).

WATAK SAMPINGAN
1.       Puan Delia
- Ibu Sukma dan isteri Haji Syakir
- Seorang yang berdisiplin, amanah, baik hati dan cantik.

·           Seorang yang berhati-hati
Cth: Ibu Sukma melarang Sukma daripada berjumpa dengan wanita tua, kanak-kanak dan isteri muda di hadapan pagar rumahnya. 
·           Menghormati tetamu
Cth: Puan Delia menyuruh Sukma menyediakan kuih dan air kepada Rafiq.
·           Penyayang
Cth: Ibu Sukma menghadiahi Sukma sebuah buku kerana risau akan diri Sukma yang dikatakan mengalami tekanan perasaan. 
·            Penghidap penyakit darah tinggi
Cth: Doktor menasihati Puan Delia agar berehat di rumah.
·           Seorang perisik
Cth: Puan Delia menyamar sebagai salah seorang ahli kumpulan WX2 dengan menjadi pemerhati dalam kumpulan tersebut untuk mengetahui pergerakan kumpulan tersebut.

2.       Tuan Haji Syakir

·         Seorang yang bertanggungjawab
Cth: Melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pengerusi jawatankuasa kampung dengan penuh amanah.
·         Bersikap prihatin
Cth: Beliau berjaya mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantung dan rawatan kulit Ehsan.

·          Taat akan perintah Tuhan
Cth: Walaupun sibuk akan urusan harian, beliau tetap menunaikan solat pada setiap waktu.

·         Berjasa kepada rakyat
Cth: Beliau dihormati oleh masyarakat sekeliling kerana jasanya terhadap mereka.

·          Seorang yang tidak emosional
Cth: Beliau sentiasa tenang dalam menyelesaikan perselisihan faham yang berlaku antara Sukma dan Puan Delia.

·          Bertolak ansur
Cth: Beliau tidak memarahi Sukma apabila mengetahui bahawa Sukma pergi ke kelab WX2 seorang diri.

·          Pandai memujuk
Cth: Beliau menyuruh Sukma agar memohon maaf kepada ibunya dengan segera setelah Sukma berlaku kasar dengan ibunya.

3.                     ISKANDAR
. Sahabat Sukma di sekolah menengah
. Gemar memberontak ddan pesimistik
. Seorang lelaki yang ego
. Tertarik akan Sukma
. Bertaubat dengan kesalahan yang telah dilakukan
. Boleh bekerjasama dalam mengatasi kumpulan WX2

4.                     Kak Ros
. Jiran keluarga Sukma
. Seorang Inspektor polis
. Berusia dalam lingkungan 30-an
. Seorang yang cekal dan tabah
. Hidup bersendirian tanpa ibu bapanya
. Berani menjalankan tugas


5.                     Rafiq
. Berasal dari Washington
. Pelajar cemerlang dari Amerika
. Pelajar baharu di universiti Sukma
. Berperwatakan sederhana
. Lelaki yang menyenangkan dan berwajah ceria
. Ikut ayahnya berpindah ke Malaysia
. Bersemangat setia kawan
. Tertarik akan Sukma
. Baik hati
. Mudah dibawa berbincang
. Bersikap rendah diri


6.                     Teja
. Mahasiswa di institut pengajian tinggi awam
. Teman karib kepada Sukma sejak berusia 13 tahun
. Sedikit nakal dan gila-gila bahasa
. Sahabat yang prihatin akan masalah yang dihadapi oleh sahabatnya
. Taat akan kedua-dua ibu bapanya


7.                     Remy
. Berketurunan Iban
. Seorang penari daripada Kumpulan Waris Cinta
. Mahir segala jenis tarian tradisional
. Tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tertinggi
. Menimba ilmu hanya daripada pembacaan
. Lemah-lembut, berbudi bahasa dan terlibat dengan kumpulan WX2


8.                     Jerry
. Berusia 19 tahun dan sahabat kepada Sukma
. Ayahnya pernah bekerja dengan ayah Sukma
. Taat akan perintah kedua-dua ibu bapanya
. Hidupnya diatur oleh kedua-dua ibu bapanya
. Seorang pemuda yang ingin mencari kebebasan
. Baik, boleh dipercayai, tidak pernah menyusahkan keluarga dan terlibat dengan kumpulan WX2


9.                     Wanita Tua
. Wanita tua yang berdikari
. Sayang akan cucunya
. Bidan kepada Sukma
. Pernah mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga Sukma
. Ada seorang anak lelaki yang sudah meninggal dunia
. Menjual buah di pasar untuk menyara kehidupannya
. Tabah membesarkan anak seorang diri
. Berperanan penting dalam mempengaruhi pandangan Sukma terhadap ibunya

10.                 Abang Aim
. Kurus badannya, melengkung, berkulit gelap dan lemah
. Penghidap Aids dan bekas kumpulan WX2
. Pernah bekerja dengan ayah Rafiq di ladang
. Tinggal di belakang rumah Tok Siak
. Menceritakan pergerakan WX2 yang menggunakan pati 1 dan dadah untuk mempengaruhi
pengikut mereka


11.                 Aim Kecil
. Anak yatim piatu yang berusia 5 tahun
. Tinggal bersama dengan neneknya sejak berumur 2 tahun
. Matang walaupun masih kecil
. Mendengar kata dan sayang akan neneknya


12.                 Su Ani
. Ibu saudara Teja
. Pemilik kafe flora
. Berkahwin dengan Su Rawi
. Pemurah dan baik hati
. Mesra dengan kanak-kanak


13.                 Pak Rashid
. Pemandu kepada ayah Sukma selama 6 tahun
. Berpakaian kemas, berbaju kemeja putih dan berseluar hitam
. Pandai menyimpan rahsia
. Prihatin akan diri Sukma
. Baik hati


14.                 Erman
. Ketua kumpulan Waris Cinta
. Kumpulan penari tradisional Sarawak
- Seorang yang peramaha

Friday 8 February 2013

TINDAKAN AWAL STROKE

Alat yang diperlukan ialah jarum suntikan ataupun jarum jahit yang kebiasaanya ada di rumah. Ianya adalah satu kaedah yang terbukti berkesan dengan izin Allah dan merupakan cara yang agak luar biasa untuk sembuh dari penyakit angin ahmar yang boleh membawa kepada lumpuh jika tidak dirawat dengan segera. Risalah ini diterjemah dari risalah asal berbahasa Inggeris. Bacalah untuk pengetahuan anda dan mungkin ianya berguna jika ditakdirkan ada antara ahli keluarga, jiran dan rakanrakan anda terkena penyakit ini suatu hari nanti. Ianya amat menakjubkan jika berhasil, luangkan masa anda untuk membacanya dengan teliti dan simpan risalah ini sebab mungkin ada nyawa seseorang yang boleh diselamatkan dengan izin Allah melalui tip-tip yang akan dibincangkan.


Bapa saya meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar 3 tahun lalu setelah terlantar lumpuh selama sebulan. Masa itu saya tidak tahu apa-apa tentang rawatan kecemasan untuk pesakit angin ahmar. Walau bagaimanapun masih belum terlewat untuk kita kongsi bersama. Sila baca dan sampaikan kepada saudara-mara serta rakan-rakan anda. Yayasan AMAL tidak mempunyai ramai sekarelawan perubatan bagi memenuhi permintaan rawatan dari masyarakat setempat. Semoga rencana seumpama ini boleh membantu anda melakukannya sendiri.


Apabila serangan angin ahmar mengenai seseorang, kapilari darah di dalam otaknya menghadapi risiko untuk pecah. Bila anda berhadapan dengan seseorang yang baru terkena angin ahmar dan tidak sedarkan diri, pertama sekali anda jangan panik dan bawa bertenang. Tidak kira di mana sahaja mangsa itu berada, jangan alihkan ke tempat lain. Kerana pergerakan pada ketika itu boleh menyebabkan kapilari darah di otak mangsa terus pecah. Bantu mangsa untuk duduk dan sokong badannya supaya tidak terjatuh. Jika mangsa terjatuh semula, keadaan mungkin akan bertambah buruk.


Jika di rumah anda ada jarum suntikan (alat yang terbaik), jarum jahit atau pin baju yang tidak berkarat, segera panaskan dengan api untuk disterilkan. Kemudian dengan berhati-hati cucuk kesemua hujung jari-jari tangan mangsa kira-kira 1 mm dalamnya, seperti rawatan akupuntur. Cucuklah sehingga menitiskan darah, jika perlu picitlah jari-jarinya sehingga mengeluarkan darah. Apabila kesemua 10 jari mengeluarkan setitis darah tunggu beberapa minit sehingga mangsa sedar semula.

Jika berlaku perubahan bentuk mulut, tarik telinganya sehingga kemerahan. Kemudian cucuk kedua belah telinga dengan jarum sehingga mengeluarkan 2 titis darah. Beberapa minit kemudian Insya Allah, mangsa akan sedar semula.
Tunggu sehingga mangsa benar-benar sedar kemudian bawa dia ke hospital. Memanggil ambulans semasa mangsa pengsan dan mengejarkannya ke hospital

secara tergesa-gesa sebenarnya boleh menyebabkan kapilari darah di otak mangsa pecah dan berlaku pendarahan. Sukar untuk mangsa dipulihkan apabila keadaan ini berlaku. Ada kemungkinan daya ingatan mangsa akan hilang sepenuhnya, walaupun dia mampu berjalan semula.


”Saya belajar tentang menitiskan darah bagi menyelamatkan nyawa dari seorang doctor tradisional Cina bernama Ha Bu-Tung yang tinggal di Sun-Juke. Selain itu, saya juga berpengalaman mempraktikkannya. Sebab itu saya yakin cara ini adalah berkesan 100%” menurut seorang pengamal kaedah rawatan ini.

Tambah beliau lagi, ”Pada tahun 1979, ketika itu saya sedang mengajar di Kolej Fung-Gaap dekat Tai-Chung. Tiba-tiba seorang guru lain berlari ke kelas saya dan mengadu; “En. Liu, penyelia kami diserang angin ahmar!.” Saya pun bergegas ke bilik beliau di tingkat 3. Saya lihat penyelia kami, En.Chen Fu- Tien, telah menjadi pucat, percakapannya tak difahami, dan ada tanda-tanda serangan angin ahmar. Saya segera menyuruh pelajar saya membeli jarum suntikan di farmasi dan terus menyuntik jari-jarinya. Apabila kesemua 10 jarinya menitiskan darah, (setiap jari setitis darah), selang beberapa minit muka En Chen kembali kemerahan dan dia membuka matanya.


Malangnya mulut beliau masih belum normal, jadi saya menarik telinganya untuk mengalirkan darah ke situ. Bila telinganya kemerahan, saya menyucuk kedua-dua telinganya sehingga menitiskan 2 titik darah. Selepas 3-5 minit, bentuk mulutnya kembali normal dan percakapannya kembali jelas. Kami memberikan dia secawan the panas, merehatkannya seketika sebelum membawanya ke Hospital Wei Wah. Dia ditahan semalaman dan dibenarkan keluar keesokan harinya untuk terus bertugas di sekolah. Keadaan beliau kembali seperti biasa, tiada apa-apa kesan angin ahmar.


Kebiasaanya mangsa angin ahmar yang mengalami pendarahan di otak dalam
perjalanan ke hospital adalah sukar untuk dipulihkan seperti sediakala. Angin ahmar adalah antara penyebab utama kematian. Mereka yang bernasib baik dipanjangkan umur tetapi kebanyakannya lumpuh sehingga akhir hayat.
Penyakit angin ahmar ini ada kemungkinan untuk mengenai sesiapa sahaja. Jika semua di antara kita boleh mengingati kaedah penitisan darah ini dan memulakannya segera, dalam jangka masa pendek, mangsa-mangsa boleh kita selamatkan dengan izin Allah dan ada harapan pulih seperti sediakala. Diharapkan kaedah bantuan kecemasan mangsa angin ahmar ini dapat dihebahkan supaya penyakit ini tidak tersenarai sebagai penyebab utama kematian di kalangan kita.


SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA KECUALI MAUT DAN SETIAP YANG
BERNYAWA PASTI AKAN MENGHADAPI MAUT
 *dah lupa kat mana dapat rencana ni.... tapi terima kasih kat penulisnya. Saya 'upload' semula untuk dikongsi bersama....

KARANGAN B : CARA MEMANFAATKAN CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah merupakan momen yang paling ditunggu-tunggu oleh semua orang terutamanya para pelajar. Semua golongan masyarakat tidak kira mud...