Wednesday 9 August 2023

TEKS PENGACARA MAJLIS PERSARAAN PK PENTADBIRAN

 Simpan kat sini teks emcee, majlis bertemakan kesultanan Melayu..

CUE

ANN.

PERARAKAN MASUK

-       ASYRAF DAN AFIFI

 

 

Mengumumkan keberangkatan tiba,

 Duli Yang Maha Mulia Sultan Mohd Depi Ibni Sultan Omar Al Haj, Paduka Seri Sultan Kerajaan Tok Paq Darul Kayangan dan mamanda-mamanda menteri masuk ke Balairung Seri Jernih.

 

TARIAN SELAMAT DATANG KALUNGAN SELEPANG

K INA

SALUTASI

Bismillahirrahmanirrahim,

 Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Semoga majlis bertambah seri

 Selamat ke majlis SEJAMBAK KASIH SEKALUNG BUDI sempena persaraan Penolong Kanan Pentadbiran SMK Datuk Jaafar Hassan

Majlis hari ini bertemakan Kesultanan Melayu Melaka. Jadi, izinkan kami berbahasa istana untuk menyerikan suasana.

 Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

 Assalammualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Menjunjung kasih ke bawah Duli Sultan Yang Dipertua Negeri, mamanda-mamanda menteri dan seluruh rakyat jelata. Patik memohon izin dan restu memulakan acara.

Duli Yang Maha Mulia,
Sultan Mohd Depi Ibni Sultan Omar Al Haj
Paduka Seri Sultan Kerajaan Tok Paq Darul Kayangan
 
Yang Berbahagia
Puan Salini binti Said
Yang Dipertua PIBG
SMK Dato’ Jaafar Hassan
 
Yang Amat Berbahagia,
Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja
Dato’ Seri Diraja Rasidi bin Md Janis
 
Yang Amat Berbahagia,
Orang Kaya Temenggung Paduka Raja
Dato’ Paduka Syarmila binti Ahmad,
 
Yang Amat Berbahagia
Orang Kaya Menteri Paduka Tuan
Dato’ Ahmad Syukri bin Awang Sidek
 
Yang dihormati mamanda-mamanda menteri
Seterusnya, sekalian rakyat jelata yang dikasihi dan jajahan takluk Kerajaan Tokpaq Darul Kayangan.
 

 MIEZAH

UCAPAN ALU-ALUAN MC

 

 Ampun Tuanku Beribu Ampun, Sembah Patik Mohon Diampun.

Gundah sungguh hamba sahaya, sembah kasih paduka yang mulia. Syahadan, belum sepurnama paduka bonda permaisuri berangkat turun dari takhta kerajaan, kini rakyat Tokpaq Darul Kayangan sekali lagi dirundung duka kerana Paduka yang mulia juga akan menamatkan perkhidmatan dan meninggalkan istana.

Sesungguhnya, benarlah kata pujangga nan sakti, setiap yang bermula pasti ada pengakhirannya, setiap pertemuan pasti tiba jua detik perpisahan. 

K INA

BACAAN DOA

Bersarang merbah di sebalik pohon,
Berapit dengan pohon jati,
Majlis dimula doa dipohon,
Semoga rahmat berkat menanti.

 Berpaksikan Islam, bersendikan adat, demikian jua sekalian hamba rakyat negeri merafakkan kesyukuran ke hadrat Tuhan Sekalian Alam.

 Dengan penuh takzimnya dipersilakan Al-Fadhil Ustaz Mohd Saifuddin bin Hassan, Mamanda Mufti Kerajaan Tokpaq Darul Kayangan untuk mengetuai permintaan doa dan hajat. Dipersilakan.

-Amin, amin ya rabbal a’lamin. Menjunjung kasih Al fadil Ustaz atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi. Mudah-mudahan permohonan sekalian beroleh berkat Allah s.w.t. hendaknya. 

MIEZAH

UCAPAN

WAKIL MURID

 

Seisi istana yang dikasihi,

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tidak ada yang berbicara

 Sebagai pembuka tirai ucapan, patik dengan penuh sukacita mempersilakan paduka anakanda PUTRA NUR LUQMAN AL SHAFIK BIN SAAD untuk mengungkapkan bait bicara. Dipersilakan.

--------------------

Penghargaan dan kasih buat anakanda PUTRA NUR LUQMAN AL SHAFIK atas bicara yang disampaikan sebentar tadi.

K INA

UCAPAN

YDP PIBG

 

Sekalian rakyat jelata nan dikasihi,

Dengan penuh takzimnya hamba memohon PUAN SALINI BINTI SAID pula untuk menitipkan bingkisan buat seisi negeri. Mohon bicara PUAN.

-------------------------

TERBANG MELAYANG SI ANAK KEDIDI, TERIMA KASIH  DAUN KELADI DIUCAPKAN KEPADA YANG BERUSAHA PN SALINI BINTI SAID ATAS UCAPAN SEBENTAR  TADI.

MIEZAH

UCAPAN

PENGERUSI BKGK

 

Sekalian Mamanda Menteri dan rakyat jelata yang ada,

Dengan penuh takzimnya hamba memohon Orang Kaya Syahbandar Paduka Indera, Pengiran Mohd Nor Zeli bin Sulaiman pula untuk menitipkan bingkisan buat seisi negeri. Mohon bicara pengiran.

 Penghargaan serta kasih dilebarkan buat Yang Berbahagia  Orang Kaya Syahbandar Paduka Indera, atas keramat kata-kata yang penuh hikmah.  

K INA

TAYANGAN MUTIMEDIA

 

Wahai sekalian rakyat jelata,  

Walau sebak terasa membanjiri dada, namun sudi kiranya seisi negeri menyaksikan persembahan di anjung istana… dipersilakan

 Begitulah tadi perjalanan kehidupan Paduka Sultan. Mudah-mudahan dapat memberikan inspirasi kepada rakyat jelata. 

MIEZAH

UCAPAN YG DIRAIKAN

CIKGU DEPI

Ampun tuanku beribu ampun, sembah patik mohon diampun.

 Dalam majlis yang gilang-gemilang ini, patik ingin memohon perkenan Duli Yang Maha Mulia, Sultan Mohd Depi ibni Sultan Omar Alhaj, Paduka Seri Sultan Kerajaan Tok Paq Darul Kayangan mencemar duli, menutur titah sebagai paksi pedoman buat sekalian rakyat jelata. Dengan takzimnya, dipersilakan Paduka Tuanku.

 –       Salam Kasih buat Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan atas nasihat serta mutiara pemikiran yang dititahkan.

K INA

PERSEMBAHAN NYANYIAN 1

 

 

 

 

 

Sekalian penghuni kerajaan Tok Paq Darul Kayangan,

Walau hati terasa pilu namun ada bingkisan buat Tuanku dan seisi istana.

Dengan itu,  patik mempersilakan anakanda Putra Mohamad Zarith Haikal dan anakanda Putra Amjad Wafi tampil di anjung istana untuk mengalunkan gurindam. Dipersilakan.

Salam kasih buat anakanda berdua...

 Seterusnya, anakanda Putri Nur Qurratul Ain dan anakanda Puteri Rahimah Sakryyah juga ingin membuat persembahan khusus untuk paduka ayahanda yang dikasihi. Dipersilakan.

 Salam kasih buat anakanda puteri.

 Warga istana yang budiman,

Tidak lengkap rasanya jika hari yang istimewa ini, rakyat tidak mendengar alunan suara Datuk Penghulu Sheikh Azlikamal. Kali ini Datuk akan berpadu suara dengan adinda kesayangannya Dayang Maisarah. Dipersilakan Datuk.

 Salam kasih Datuk Penghulu dan adinda Dayang.

MIEZAH

PENYAMPAIAN HADIAH 1

 

Pisang abu pisang berangan
Di kebun, Ahmad Albab yang punya
Oleh-oleh tanda kenangan
Sudilah terima buat seadanya
 

Dengan izin yang Maha Esa, patik mohon perkenan Tuanku untuk menerima bingkisan dari kami rakyat jelata di seluruh pelosok negeri.

Dipersilakan Yang Amat Berbahagia,

Orang Kaya Temenggung Paduka Raja

Dato’ Paduka Syarmila binti Ahmad,

untuk mengiringi Paduka Sultan bagi menyempurnakan acara.

 *BACA SENARAI PEMBERI HADIAH*

Menjunjung kasih tuanku dan salam kasih Datuk Paduka.

 

K INA

PERSEMBAHAN NYANYIAN 2

 

Seisi istana yang disanjungi,

Kini tiba pula giliran anakanda Putra Mohamad Zahirudin pula untuk mengalunkan gurindam. Dipersilakan

Salam kasih buat anakanda Putra Zahirudin.

Seterusnya, patik ingin mempersilakan tiga bersaudara, Dayang Syuhada, Pengiran Afifi dan Pengiran Asyraf untuk mengambil giliran membuat persembahan di anjung istana. Dipersilakan.

Setinggi-tinggi penghargan dan salam kasih buat adinda bertiga.

MIEZAH

PENYAMPAIAN HADIAH 2

 

Sekalian penghuni kerajaan Tok Paq Darul Kayangan,

Sekali lagi patik mohon perkenan Tuanku Sultan untuk menerima bingkisan dari kami rakyat seluruh desa. Dipersilakan Yang Amat Berbahagia,

Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja

Dato’ Seri Diraja Rasidi bin Md Janis

untuk mengiringi Paduka Sultan menyempurnakan acara.

(BACA SENARAI PEMBERI HADIAH)

Menjunjung kasih tuanku dan salam kasih orang kaya bendahara.

KEJUTAN

Ampun tuanku beribu ampun, sembah patik mohon diampun.

Semoga tiada kemurkaan baginda tuanku, kami hadirkan di sini permaisuri hati tuanku, Permaisuri

 

K INA

PERSEMBAHAN NYANYIAN 3

 

 

Warga Tokpaq yang disanjungi,

Seterusnya patik ingin mempersilakan 3 orang pembesar istana untuk menyampaikan gurindam seloka.

Dipersilakan Datuk Paduka Setia Amran Ali, Datuk Seri Amar di Raja Ridzuan dan Datuk Seri Lela Paduka Ahmad Shaari.

Salam kasih buat datuk-datuk bertiga.

Warga Tokpaq yang dikasihi...

Kami tampilkan sekarang

Yang Amat Berbahagia,

Orang Kaya Temenggung Paduka Raja

Dato’ Paduka Syarmila binti Ahmad untuk mendeklamasikan sajak. Dipersilakan.

Salam kasih datuk paduka.

MIEZAH

PERSEMBAHAN TARIAN

Warga Tokpaq yang dikasihi,

Seterusnya adalah persembahan tarian daripada Kumpulan Tari Istana. Dipersilakan.

Salam kasih buat Kumpulan Tari Istana.

 

 

K INA

SESI BERSALAMAN GURU DAN STAF

 

 

 

 

 

 

 

 

Sekalian mamanda menteri dan rakyat jelata,

BAK AIR YANG MENGALIR
TIBA JUA KIRANYA DI MUARA WAKTU
DI SINI KAMI PASTI MERINDU
HAKIKAT SEORANG INDIVIDU
BERNAMA MOHD DEPI BIN OMAR
JELINGLAH KAMI JIKA MASIH ADA RINDU BERTAMU
SAPALAH KAMI ANDAI MESRA AKRAB BERPADU.

 

Maka, dalam majlis yang gilang-gemilang ini, sesi bersalaman akan dimulakan oleh mamanda-mamanda menteri yang berada di sebelah kiri. Kemudian, mamanda menteri di sebelah kanan pula akan merakam kasih kepada paduka yang mulia.

-Penghargaan yang tertinggi buat sekalian memanda menteri. Dipersilakan kembali ke asal duduknya.

MIEZAH

UCAPAN WAKIL MURID L/P

Warga dewan yang dikasihi,

Bagi mewakili seluruh rakyat jelata, dengan penuh takzim dipersilakan Anakanda Putra Mohamad Zahirudin untuk

memimpin sekaliannya menuturkan semangat dan mengucapkan selamat berangkat kepada Duli Paduka. Dipersilakan.

K INA

BERSURAI

Sungguh benar kata pujangga,
Umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi
Awan mendung citra berkisah
Ukiran sukma kilauan bernyala
Majlis perpisahan tamatlah sudah
Hilang di mata di hati tak lupa

Dengan ini, majlis melabuhkan tirainya di sini, izinkan kami berundur diri, salah dan silap mohon diampuni.

Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

SESI BERGAMBAR BERAMAI-RAMAI

 

PUNCH CARD

SEND OFF



KARANGAN B : CARA MEMANFAATKAN CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah merupakan momen yang paling ditunggu-tunggu oleh semua orang terutamanya para pelajar. Semua golongan masyarakat tidak kira mud...