Sunday 8 February 2015

SKRIP JURUACARA KEJOHANAN MERENTAS DESA TAHUN 2015




Assalamualaikum WBT dan Salam Satu Malaysia.

Yang berusaha,
EN AMINUDDIN BIN MUSTAFA, Pengetua SMK DJH
EN ABDUL JAMIL BIN ABDULLAH, Penolong Kanan Pentadbiran
EN AHMAD FAUZI B IBRAHIM, Penolong Kanan HEM
PN RHUZAIMAH B RAMLI Penolong Kanan Kokurikulum
PN JAMILATUL RABAIE BT HARIS, Penolong Kanan T6

Yang dihormati,
Ketua-ketua Bidang 
Guru-guru, para pelajar SMKDJH  dan hadirin sekalian.

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama menjayakan Kejohanan Merentas Desa SMK DJH bagi tahun 2015 pada pagi ini.

Bacaan Doa
Hadirin sekalian,

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah kita bersama-sama memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Alias untuk memimpin bacaan doa…

Amin ya rabbal allamin… majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Alias  di atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Ucapan Aluan Pengetua
Tanpa melengahkan masa, bagi meneruskan acara, majlis, dengan ini mempersilakan EN AMINUDDIN BIN MUSTAFA, Pengetua, SMK DJH, untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Merentas Desa SMK DJH bagi tahun 2014. Majlis dengan hormatnya mempersilakan…

Demikian tadi ucapan aluan oleh EN AMINUDDIN BIN MUSTAFA, Pengetua, SMK DJH, majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Penyampaian hadiah
Hadirin sekalian,
Kini tibalah waktu yang dinanti-nantikan… majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang Kejohanan Merentas Desa Tahun 2015

Bagi menyempurnakan acara penyampaian hadiah, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan _____________________________________________
Untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan.

Bagi kategori _______________________.
Pemenang tempat ke ……………. Dimenangi oleh
Tempat ke ……………….. Dimenangi oleh
Dan Johan Bagi kategori ___________________ jatuh kepada:…….
(ulang sampai habis nama pemenang)

 Majlis merakamkan ucapan  terima kasih kepada ------------------------------ atas kesudian menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Penutup

Dengan ini berakhirlah sudah Majlis Kejohanan Merentas Desa SMK DJH KALI TAHUN 2015.
Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan terima kasih.

SKRIP PENGACARA PERJUMPAAN WARIS

ü  Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Salam sejahtera dan, salam 1Malaysia.
ü  Yang berusaha EN AMINUDDIN BIN MUSTAFA,
Pengetua SMK DJH
ü  Yang berusaha EN AHMAD FAUZI B IBRAHIM,
Penolong Kanan HEM
ü  Yang berusaha PN RHUZAIMAH B RAMLI
Penolong Kanan Kokurikulum
ü  Yang dihormati,
Ketua-ketua Bidang, guru-guru tingkatan 5,
Tuan-tuan dan puan-puan para ibu bapa dan waris serta para pelajar tingkatan 5 SMK DJH yang dikasihi sekalian

ü  Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapat kita berkumpul di dalam Dewan SERI Jernih pada pagi yang penuh barakah ini untuk sama sama menjayakan satu agenda dalam acara takwim sekolah iaitu penetapan target bagi pelajar-pelajar yang bakal menduduki SPM pada tahun ini.

ü  Saya selaku wakil pihak majlis pada pagi ini, ingin sama merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh hadirin warga dewan kerana telah sudi meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan majlis yang kita rencanakan pada hari ini.

ü  Justeru, menjadi harapan kami warga pendidik agar majlis ini menjadi tonggak bagi memulakan anjakan paradigma dan pencetus revolusi dalam meningkatkan lagi mutu pencapaian anak-anak kita dalam bidang akademik..insyaAllah.

ü  Sebagai pembuka tirai acara, majlis menjemput Al-fadhil Ustaz Alias bin Khalib utk memimpin bacaan doa, dipersilakan.
(DOA)
Amin amin yarabbal alamin.  Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Al-fadhil Ustaz Alias bin Khalib atas pimpinan doa sebentar tadi.

ü  Warga dewan yang dimuliakan,
ü  Kini, tibalah masa untuk kita mendengar taklimat yang bakal disampaikan oleh Yang Berusaha Encik Aminudin bin Mustafa selaku Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Jaafar Hassan.
ü  Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Tuan  Pengetua.
(UCAPAN)

ü  Begitulah berakhirnya taklimat yang begitu padat berinformasi buat renungan dan panduan semua warga dewan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua atas kesudian  menyampaikan taklimat.

ü  Agenda seterusnya pada pagi ini, adalah sesi dialog ibu bapa dan penjaga bersama para guru. Dalam sesi ini, tuan-tuan akan menerima keputusan peperiksaan akhir tahun 2014. Selepas itu,  tuan-tuan dan puan-puan boleh bertanya tentang prestasi anak tuan-tuan kepada guru yang mengajar anak tuan-tuan. Sebarang cadangan dan pandangan para waris penjaga amat dialu-alukan untuk kebaikan bersama, malahan juga tidak lain tidak bukan bermotifkan strategi peningkatan pencapaian anak-anak menjelang SPM pada tahun ini. InsyaAllah....


ü  Sebelum tuan-tuan ke sesi dialog,. Saya selaku wakil pihak majlis dengan takzimnya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang khilaf tanpa sedar sepanjang saya mengendalikan rostrum pengacaraan pada hari ini. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T, yang kurang itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri.

       Buah selasih buah kelubi
       Di dalam dulang hidangan pagi
       Terima kasih daun keladi
       Bila diundang datanglah lagi.


      Sekian, Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi             wabarakatuh dan terima kasih.
(Sesi Soal Jawab & Dialog)

LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN MUTU SUKAN NEGARA

        Sukan memainkan peranan penting kepada sesebuah negara. Sukan dapat meningkatkan perpaduan dalam kalangan rakyat dan mampu melonjakkan imej sesebuah negara. Selain itu, sukan juga boleh memberikan pulangan yang lumayan untuk negara. Persoalannya, apakah langkah-langkah untuk memajukan sukan di negara kita?

        Langkah primer untuk memajukan sukan ialah dengan menambah kemudahan sukan. Sebagai contoh, kerajaan perlu menambah bilangan kompleks sukan yang mengandungi pelbagai peralatan sukan yang moden dan canggih. Hal ini penting untuk membolehkan orang ramai menjalani aktiviti sukan dengan mudah dan selesa. Dengan itu, lebih ramai ahli sukan yang berbakat dapat dilahirkan.

        Selain itu, pelbagai program dan pertandingan sukan juga perlu ditingkatkan. Hal ini dapat memberi banyak pengalaman kepada atlit-atlit Negara kita. Atlit yang berpengalaman tidak mudah mengalah apabila bertanding di Negara luar. Sebagai contoh, kejohanan SUKMA yang diadakan setiap dua tahun dapat memberi banyak pengalaman kepada atlit-atlit muda negara kita.

        Langkah seterusnya ialah dengan melantik jurulatih yang bertauliah untuk mengajar pelajar-pelajar di sekolah. Hal ini penting kerana jurulatih yang bertauliah dapat mengajar pelajar tentang cara dan teknik yang betul untuk bersukan. Dengan cara ini, barulah kita dapat melahirkan ahli-ahli sukan yang berkualiti. Di peringkat negara pula, kita boleh melantik jurulatih dari luar negara untuk meningkatkan kualiti atlit sukan negara.


         Berdasarkan huraian di atas, jelaslah bahawa terdapat banyak cara untuk meningkatkan mutu sukan di negara kita. Sesungguhnya tidak ada yang mustahil jika kita terus berusaha tanpa jemu kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Pelbagai pihak terutamanya sektor swasta boleh membantu kerajaan untuk menyediakan kemudahan sukan, melantik jurulatih luar ataupun menaja atlit-atlit yang berbakat. Dengan itu, negara kita akan terkenal dengan atlit sukan yang hebat seperti Dato’ Nicol David dan Dato’ Lee Chong Wei 

KARANGAN B : CARA MEMANFAATKAN CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah merupakan momen yang paling ditunggu-tunggu oleh semua orang terutamanya para pelajar. Semua golongan masyarakat tidak kira mud...