Friday 23 September 2022

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN

 

SKRIP PENGACARA PERASMIAN PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN KE 65

TAHUN 2022

1

2.15

UCAPAN PENGERUSI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

-BACAAN DOA

SEMUA GURU DAN PELAJAR MENGAMBIL TEMPAT

 Bismilahhirahmanirahim...

Assalammualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam #09Educators dan salam Keluarga Malaysia

Hadirin diminta bersedia untuk nyanyian

1.NEGARAKU

2.NEGERI PERLIS

3.LAGU SEKOLAH

4.LAGU SEKOLAHKU SEJAHTERA

********************************************************

Terima kasih. Hadirin dipersilakan duduk.

 

 

Bagi memberkati majlis pada hari ini, dipersilakan  al fadzil Ustaz ……………………...............................................……. untuk mengetuai bacaan doa.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

 

 Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis kita berlangsung dengan jayanya hingga usai segala-galanya.


2

 

SOLUTASI

Ayam Selasih di dahan kuini,

Memagut serangga mencari makan;

Terima Kasih berkampung di sini,

Penutup Bulan Kebangsaan kita raikan

 

Yang  Berusaha Cg Nor Shahida Son bt Abdullah

Pengetua SMK DATUK JAAFAR HASSAN

 

Yg Dihormati, Cg Mohd Depi Bin Omar 

Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

 

Yg Dihormati Cg Rasidi Bin Md Janis,

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

 

Yg Dihormati Cg Syarmila Bt Ahmad

Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

 

Yang Dihormati Cg Ahmad Syukri B Awang Sidek,

Guru Penolong Kanan PPKI


 Yang dihormati barisan guru kanan mata pelajaran,

Ahli jawatankuasa Program Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2022

 Rakan-rakan guru seterusnya para pelajar yang dikasihi sekalian.

 Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi,  kerana pada hari ini kita diberikan kesempatan untuk kita berkumpul di dewan ini bagi memeriahkan majlis Penutupan Bulan Kebangsaan 2022 peringkat sekolah.

 

4.

UCAPAN PENGETUA

- PERASMIAN PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN

 

Rakan-rakan guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian,

Acara pada hari ini kita mulakan dengan ucapan perasmian penutupan bulan kebangsaan. Untuk itu, majlis dengan penuh sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Cikgu Nor Shida Son bt Abdullah, Pengetua SMK Datuk Jaafar Hassan untuk menyampaikan bingkisan kata, dan sekali gus merasmikan penutupan Bulan  Kebangsaan SMK Datuk Jaafar Hassan 2022. Tuan dipersilakan.

 -       Majlis merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Pengetua atas ucapan yang telah disampaikan..


5.

TAYANGAN VIDEO MAT KILAU

 

Meneruskan kelangsungan acara, sama-sama kita saksikan tayangan video Mat Kilau yang menyertai pertandingan anjuran JPN baru-baru ni.

 

Macam mana? Hebat / menarik bukan.

 

6.

PERSEMBAHAN PELAJAR

-          NYANYIAN

-          LAKONAN

 

Hadirin yang dimuliakan,

 

Mari kita teruskan lagi kemeriahan hari ini dengan beberapa persembahan. Semua dah bersedia?

Ayuh, kita saksikan...

  Terima kasih..

 Persembahan seterusnya...

 

7.

2.45

PENYAMPAIAN HADIAN

Hadirin dan hadirat sekalian,

Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu acara penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi setiap pertandingan yang telah dilaksanakan sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan.

Bagi tujuan itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan 

Yang Berusaha Yang  Berusaha Cg Nor Shahida Son bt Abdullah, Pengetua SMK DATUK JAAFAR HASSAN diiringi oleh Yg Dihormati Cg Rasidi bin Janis, Guru Penolong Hal Ehwal Murid

untuk menyempurnakan acara penyampaian hadiah. Dipersilakan.

 -       Tahniah kepada para pemenang dan terima kasih kepada Tuan Pengetua dan Cg Rasidi kerana sudi menyampaikan hadiah.

 

8

3.40

BERSURAI

Tenang-tenang air di kali,
Tempat mandian putra puteri;
Sempurna sudah majlis dirai,
Salah dan silap harap dimaafi.

 

Sekian,  Wabillahi Taufik Walhidayah.
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

 

No comments:

Post a Comment

KARANGAN B : CARA MEMANFAATKAN CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah merupakan momen yang paling ditunggu-tunggu oleh semua orang terutamanya para pelajar. Semua golongan masyarakat tidak kira mud...