Wednesday 10 August 2022

SKRIP PENGACARA PERASMIAN BULAN KEBANGSAAN KE 65

 

1

UCAPAN PENGERUSI

- NYANYIAN LAGU

1.NEGARAKU

2.NEGERI PERLIS

3.LAGU SEKOLAH

4.LAGU SEKOLAHKU SEJAHTERA

 -BACAAN IKRAR

-BACAAN DOA

 

2

Kata Alu-aluan Pengacara Majlis

Bismilahhirahmanirahim...

Assalammualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam #09Educators dan salam Keluarga Malaysia

Ceria wajah terserlah manis,

            Hati berkobar semangat dibawa,

Sambutan merdeka penyeri majlis,

            Sematkan gagah di dalam jiwa


Yang  Berusaha Cg Nor Shahida Son bt Abdullah

Pengetua SMK DATUK JAAFAR HASSAN

Yg Dihormati, Cg Mohd Depi Bin Omar 

Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

 Yg Dihormati Cg Rasidi Bin Md Janis,

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

 Yg Dihormati Cg Syarmila Bt Ahmad

Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

 Yang Dihormati Cg Ahmad Syukri B Awang Sidek,

Guru Penolong Kanan PPKI

 Yang dihormati barisan guru kanan mata pelajaran,

Ahli jawatankuasa Program Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2022

 Rakan-rakan guru seterusnya para pelajar yang dikasihi sekalian.

 Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi,  kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan kesempatan untuk kita sama-sama berkumpul di dewan ini bagi Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan 2022 peringkat sekolah.

 Kali ke 65. Tema : KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA

3

UCAPAN PKKO

 

NEGERI PERLIS AMAN SENTOSA,

PENDIDIKAN GEMILANG MISI UTAMA,

DENGAN TIADA MELENGAHKAN MASA,

KITA MULAKAN ATUR CARA PERTAMA.

 

Hadirin yang dimuliakan,

Sepanjang bulan kebangsaan ini berlangsung, pihak jawatankuasa sambutan telah menyediakan pelbagai aktiviti untuk semua pelajar.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Pn Syarmila bt Ahmad, GPK Koko untuk memberikan taklimat  tentang aktiviti-aktiviti tersebut. Dipersilakan.

 -        Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn Syarmila atas taklimat yang diberi.

-      Bersama-samalah kita memastikan penyertaan dalam pertandingan -pertandingan yang dianjurkan  bersempena Bulan  Kebangsaan sepanjang tempoh ini berjalan lancar.

  

4.

UCAPAN PENGETUA

- PELANCARAN DAN PERASMIAN BULAN KEBANGSAAN

 

Rakan-rakan guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian,

Majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Cikgu Nor Shahida Son bt Abdullah, Pengetua SMK Datuk Jaafar Hassan untuk menyampaikan bingkisan kata, dan sekali gus melancarkan Bulan  Kebangsaan SMK Datuk Jaafar Hassan 2022. Tuan dipersilakan.

 Dengan ucapan itu tadi, maka bulan Kebangsaan SMK Datuk Jaafar Hassan telahpun dilancarkan dengan rasminya.

-       Majlis merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Pengetua atas ucapan yang telah disampaikan.


5.

GIMIK

 

Meneruskan kelangsungan acara, sama-sama kita saksikan dan berikan tumpuan terhadap gimik pelancaran Bulan Kebangsaan SMK Datuk Jaafar Hassan Tahun 2022.  Sama-sama kita saksikan.

 Hadirin sekalian,

Gimik pelancaran sebentar tadi secara keseluruhannya telah diberi sentuhan oleh …………………………..

  

6.

NYANYIAN LAGU PATRIOTIK

 

Hadirin yang dimuliakan,

 Mari kita meriahkan lagi pagi ini dengan nyanyian 3 buah lagu patriotik. Semua dah bersedia?

Ayuh, kita nyanyi bersama dengan penuh semangat.

           1.      LAGU TANGGAL 31

2.      LAGU JALUR GEMILANG

3.      LAGU KERANAMU MALAYSIA


7.

LAUNGAN MERDEKA 3X

Hadirin yang dihormati,

Kita semarakkan lagi pagi ini dengan laungan keramat MERDEKA yang akan dipimpin oleh cikgu Izham Afendy.

Dipersilakan.

 

8

BERSURAI

Begitulah tadi meriahnya majlis pelancaran “Bulan Kebangsaan” Ingatlah ini baru sahaja permulaan. Diharapkan sambutan ini akan sentiasa bersemangat dan hangat sepanjang sambutan bermula pada hari ini hinggalah pada penutupnya pada 16 September nanti.


Majlis kita telah tiba di penghujungnya. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua guru dan pelajar atas kehadiran dan kerjasama anda dalam merealisasikan majlis pelancaran sambutan bulan kebangsaan pada hari ini.

Sekian.

Assalamualaikum W.B.T dan selamat sejahtera

KARANGAN B : CARA MEMANFAATKAN CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah merupakan momen yang paling ditunggu-tunggu oleh semua orang terutamanya para pelajar. Semua golongan masyarakat tidak kira mud...