Tuesday 17 July 2018

SURAT PERMOHOHAN LATIHAN INDUSTRI


Nurmastura binti Mahadi
28 Jalan Mawar 1,
Taman Mawar,
02500 Arau,
Perlis.
(Tel : 019-473XXXX)
_____________________________________________________________________________

Kepada:
Pengurus Kanan
(Training Administration)
HR Shared Service Centre,
Bahagian Sumber Manusia Kumpulan TNB
Aras 10, Bangunan Ibu Pejabat TNB,
129 Jalan Bangsar,
59200 Kuala Lumpur.                                                                                            16 OGOS  2017.

Melalui dan salinan :
Ketua Jabatan Matematik,
Jabatan Matematik,
Fakulti Sains dan Matematik,
35900 Tanjung Malim,
Perak.
(Tel: 015-4811XXXX)

Tuan,

PERMOHONAN PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI

Merujuk kepada perkara di atas, saya Nurmastura binti Mahadi,  ingin memohon jasa baik pihak tuan agar dapat memberi peluang kepada saya untuk menjalani  latihan industri di syarikat tuan selama lapan (8) minggu bermula dari 17 November 2017 sehingga 9 Januari 2018.

2. Untuk maklumat tuan, saya merupakan pelajar jurusan Diploma Sains (Matematik) di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak . Saya telah menyempurnakan empat semester pengajian dan kini mencari tempat untuk menjalani latihan industri di mana-mana jabatan kerajaan atau syarikat swasta . Hal ini merupakan salah satu syarat bagi kami untuk menamatkan pengajian.

3. Hasil pemerhatian saya mendapati bahawa syarikat tuan menepati ciri-ciri organisasi yang mampu menyediakan latihan industri berkualiti bagi saya mempelajari cara menguruskan sesebuah organisasi. Saya juga yakin bahawa saya mampu untuk memberi sumbangan dan kerjasama untuk kemajuan dan pembangunan syarikat tuan ke arah yang lebih cemerlang. Saya percaya saya akan dapat menimba  pengalaman dan ilmu melalui latihan di organisasi tuan.

4.  Saya amat berbesar hati jika dapat membuat latihan di sekitar negeri Perlis atau di kawasan utara Kedah.

5. Bersama-sama ini saya sertakan resume / CV untuk penilaian pihak tuan. Diharapkan permohonan ini akan mendapat perhatian dan pertimbangan sewajarnya daripada pihak tuan dan segala kerjasama saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.


Yang benar,


……………………………….
(NURMASTURA BINTI MAHADI)

No comments:

Post a Comment

KARANGAN B : CARA MEMANFAATKAN CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah merupakan momen yang paling ditunggu-tunggu oleh semua orang terutamanya para pelajar. Semua golongan masyarakat tidak kira mud...