Friday 23 September 2022

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN

 

SKRIP PENGACARA PERASMIAN PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN KE 65

TAHUN 2022

1

2.15

UCAPAN PENGERUSI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

-BACAAN DOA

SEMUA GURU DAN PELAJAR MENGAMBIL TEMPAT

 Bismilahhirahmanirahim...

Assalammualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam #09Educators dan salam Keluarga Malaysia

Hadirin diminta bersedia untuk nyanyian

1.NEGARAKU

2.NEGERI PERLIS

3.LAGU SEKOLAH

4.LAGU SEKOLAHKU SEJAHTERA

********************************************************

Terima kasih. Hadirin dipersilakan duduk.

 

 

Bagi memberkati majlis pada hari ini, dipersilakan  al fadzil Ustaz ……………………...............................................……. untuk mengetuai bacaan doa.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

 

 Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis kita berlangsung dengan jayanya hingga usai segala-galanya.


2

 

SOLUTASI

Ayam Selasih di dahan kuini,

Memagut serangga mencari makan;

Terima Kasih berkampung di sini,

Penutup Bulan Kebangsaan kita raikan

 

Yang  Berusaha Cg Nor Shahida Son bt Abdullah

Pengetua SMK DATUK JAAFAR HASSAN

 

Yg Dihormati, Cg Mohd Depi Bin Omar 

Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

 

Yg Dihormati Cg Rasidi Bin Md Janis,

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

 

Yg Dihormati Cg Syarmila Bt Ahmad

Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

 

Yang Dihormati Cg Ahmad Syukri B Awang Sidek,

Guru Penolong Kanan PPKI


 Yang dihormati barisan guru kanan mata pelajaran,

Ahli jawatankuasa Program Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2022

 Rakan-rakan guru seterusnya para pelajar yang dikasihi sekalian.

 Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi,  kerana pada hari ini kita diberikan kesempatan untuk kita berkumpul di dewan ini bagi memeriahkan majlis Penutupan Bulan Kebangsaan 2022 peringkat sekolah.

 

4.

UCAPAN PENGETUA

- PERASMIAN PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN

 

Rakan-rakan guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian,

Acara pada hari ini kita mulakan dengan ucapan perasmian penutupan bulan kebangsaan. Untuk itu, majlis dengan penuh sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Cikgu Nor Shida Son bt Abdullah, Pengetua SMK Datuk Jaafar Hassan untuk menyampaikan bingkisan kata, dan sekali gus merasmikan penutupan Bulan  Kebangsaan SMK Datuk Jaafar Hassan 2022. Tuan dipersilakan.

 -       Majlis merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Pengetua atas ucapan yang telah disampaikan..


5.

TAYANGAN VIDEO MAT KILAU

 

Meneruskan kelangsungan acara, sama-sama kita saksikan tayangan video Mat Kilau yang menyertai pertandingan anjuran JPN baru-baru ni.

 

Macam mana? Hebat / menarik bukan.

 

6.

PERSEMBAHAN PELAJAR

-          NYANYIAN

-          LAKONAN

 

Hadirin yang dimuliakan,

 

Mari kita teruskan lagi kemeriahan hari ini dengan beberapa persembahan. Semua dah bersedia?

Ayuh, kita saksikan...

  Terima kasih..

 Persembahan seterusnya...

 

7.

2.45

PENYAMPAIAN HADIAN

Hadirin dan hadirat sekalian,

Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu acara penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi setiap pertandingan yang telah dilaksanakan sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan.

Bagi tujuan itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan 

Yang Berusaha Yang  Berusaha Cg Nor Shahida Son bt Abdullah, Pengetua SMK DATUK JAAFAR HASSAN diiringi oleh Yg Dihormati Cg Rasidi bin Janis, Guru Penolong Hal Ehwal Murid

untuk menyempurnakan acara penyampaian hadiah. Dipersilakan.

 -       Tahniah kepada para pemenang dan terima kasih kepada Tuan Pengetua dan Cg Rasidi kerana sudi menyampaikan hadiah.

 

8

3.40

BERSURAI

Tenang-tenang air di kali,
Tempat mandian putra puteri;
Sempurna sudah majlis dirai,
Salah dan silap harap dimaafi.

 

Sekian,  Wabillahi Taufik Walhidayah.
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

 

Siri Webinar eZ-learning|Menarikkah Aktiviti PdP Anda?|Perkongsian Aktiv...

Wednesday 10 August 2022

SKRIP PENGACARA PERASMIAN BULAN KEBANGSAAN KE 65

 

1

UCAPAN PENGERUSI

- NYANYIAN LAGU

1.NEGARAKU

2.NEGERI PERLIS

3.LAGU SEKOLAH

4.LAGU SEKOLAHKU SEJAHTERA

 -BACAAN IKRAR

-BACAAN DOA

 

2

Kata Alu-aluan Pengacara Majlis

Bismilahhirahmanirahim...

Assalammualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam #09Educators dan salam Keluarga Malaysia

Ceria wajah terserlah manis,

            Hati berkobar semangat dibawa,

Sambutan merdeka penyeri majlis,

            Sematkan gagah di dalam jiwa


Yang  Berusaha Cg Nor Shahida Son bt Abdullah

Pengetua SMK DATUK JAAFAR HASSAN

Yg Dihormati, Cg Mohd Depi Bin Omar 

Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

 Yg Dihormati Cg Rasidi Bin Md Janis,

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

 Yg Dihormati Cg Syarmila Bt Ahmad

Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

 Yang Dihormati Cg Ahmad Syukri B Awang Sidek,

Guru Penolong Kanan PPKI

 Yang dihormati barisan guru kanan mata pelajaran,

Ahli jawatankuasa Program Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2022

 Rakan-rakan guru seterusnya para pelajar yang dikasihi sekalian.

 Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi,  kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan kesempatan untuk kita sama-sama berkumpul di dewan ini bagi Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan 2022 peringkat sekolah.

 Kali ke 65. Tema : KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA

3

UCAPAN PKKO

 

NEGERI PERLIS AMAN SENTOSA,

PENDIDIKAN GEMILANG MISI UTAMA,

DENGAN TIADA MELENGAHKAN MASA,

KITA MULAKAN ATUR CARA PERTAMA.

 

Hadirin yang dimuliakan,

Sepanjang bulan kebangsaan ini berlangsung, pihak jawatankuasa sambutan telah menyediakan pelbagai aktiviti untuk semua pelajar.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Pn Syarmila bt Ahmad, GPK Koko untuk memberikan taklimat  tentang aktiviti-aktiviti tersebut. Dipersilakan.

 -        Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn Syarmila atas taklimat yang diberi.

-      Bersama-samalah kita memastikan penyertaan dalam pertandingan -pertandingan yang dianjurkan  bersempena Bulan  Kebangsaan sepanjang tempoh ini berjalan lancar.

  

4.

UCAPAN PENGETUA

- PELANCARAN DAN PERASMIAN BULAN KEBANGSAAN

 

Rakan-rakan guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian,

Majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Cikgu Nor Shahida Son bt Abdullah, Pengetua SMK Datuk Jaafar Hassan untuk menyampaikan bingkisan kata, dan sekali gus melancarkan Bulan  Kebangsaan SMK Datuk Jaafar Hassan 2022. Tuan dipersilakan.

 Dengan ucapan itu tadi, maka bulan Kebangsaan SMK Datuk Jaafar Hassan telahpun dilancarkan dengan rasminya.

-       Majlis merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Pengetua atas ucapan yang telah disampaikan.


5.

GIMIK

 

Meneruskan kelangsungan acara, sama-sama kita saksikan dan berikan tumpuan terhadap gimik pelancaran Bulan Kebangsaan SMK Datuk Jaafar Hassan Tahun 2022.  Sama-sama kita saksikan.

 Hadirin sekalian,

Gimik pelancaran sebentar tadi secara keseluruhannya telah diberi sentuhan oleh …………………………..

  

6.

NYANYIAN LAGU PATRIOTIK

 

Hadirin yang dimuliakan,

 Mari kita meriahkan lagi pagi ini dengan nyanyian 3 buah lagu patriotik. Semua dah bersedia?

Ayuh, kita nyanyi bersama dengan penuh semangat.

           1.      LAGU TANGGAL 31

2.      LAGU JALUR GEMILANG

3.      LAGU KERANAMU MALAYSIA


7.

LAUNGAN MERDEKA 3X

Hadirin yang dihormati,

Kita semarakkan lagi pagi ini dengan laungan keramat MERDEKA yang akan dipimpin oleh cikgu Izham Afendy.

Dipersilakan.

 

8

BERSURAI

Begitulah tadi meriahnya majlis pelancaran “Bulan Kebangsaan” Ingatlah ini baru sahaja permulaan. Diharapkan sambutan ini akan sentiasa bersemangat dan hangat sepanjang sambutan bermula pada hari ini hinggalah pada penutupnya pada 16 September nanti.


Majlis kita telah tiba di penghujungnya. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua guru dan pelajar atas kehadiran dan kerjasama anda dalam merealisasikan majlis pelancaran sambutan bulan kebangsaan pada hari ini.

Sekian.

Assalamualaikum W.B.T dan selamat sejahtera

Friday 24 June 2022

SKRIP JURUACARA MESYUARAT AGONG PIBG

        

1

Nyanyian

Lagu Negaraku, Lagu Negeri Perlis dan Lagu Sekolah

Sidang Hadirin yang dihormati,

Marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnya menyanyikan lagu Negaraku, lagu negeri Perlis  dan lagu Sekolah.

.....Selesai nyanyian lagu..........

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

2

Kata Alu-aluan Pengacara Majlis

Bismilahhirahmanirahim...

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam Keluarga Malaysia.

Kapur gambir di dalam puan,

Menggobek sirih tepi serambi,

Selamat datang hadirin dan taulan,

Tambah sempurna majlis kami.

Yang Berusaha Pn. Salini binti Said, Yang Dipertua PIBG SMK DATUK JAAFAR HASSAN

Yang  Berusaha Cg Nor Shahida Son bt Abdullah, Pengetua SMK DATUK JAAFAR HASSAN

Yg dihormati En. Abdul Hamid b Mat Isa, Naib Yang Dipertua PIBG SMK DATUK JAAFAR HASSAN

Yg Dihormati, Cg Mohd Depi Bin Omar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

Yg Dihormati Cg Rasidi Bin Md Janis, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yg Dihormati Cg Syarmila Bt Ahmad, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

Yang Dihormati Cg Ahmad Syukri B Awang Sidek, Guru Penolong Kanan PPKI

Ahli-Ahli Jawatankuasa PIBG, Ibu Bapa, Guru-guru dan hadirin yang dirahmati Allah sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin serta limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-32  tahun 2022.

Pihak majlis turut sama merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh hadirin dan hadirat yang sudi meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan Mesyuarat Agung PIBG yang kita rencanakan pada hari ini.

3

Bacaan Doa

Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Mohd Saifuddin bin Hassan.  Dengan segala hormatnya dipersilakan.

 ............  SELESAI BACAAN DOA ...........

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz atas pimpinan bacaan doa itu sebentar tadi.

4.

Ucapan YDP PIBG

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Pn Salini binti Said,  Yang Dipertua PIBG SMK Datuk Jaafar Hassan untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan puan.

.......SELESAI UCAPAN YDP PIBG..........

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn Salini atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

5.

Ucapan Perasmian

Kini tibalah masa untuk kita mendengar amanat dan ucapan yang akan disampaikan oleh Yang  Berusaha Cg Nor Shahida Son bt Abdullah, Pengetua SMK DATUK JAAFAR HASSAN dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SMK Datuk Jaafar Hassan kali ke-32  tahun 2022

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

…….SELESAI UCAPAN PERASMIAN.......

Majlis mrakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Cg Nor Shahida Son bt Abdullah atas ucapan dan perasmian itu tadi.

 6.

Penyampaian

Sijil/

Cenderamata

Kepada AJK

PIBG 2021/2022

Hadirin yang Dimuliakan,

Bagi menghargai jasa dan sumbangan Jawatankuasa PIBG SMK DJH Sesi 2021/2022, majlis sekali lagi mempersilakan Yang berusaha, Cg Nor Shahida Son bt Abdullah untuk menyampaikan cenderahati dan sijil penghargaan. Dipersilakan.

(SENARAI AJK PIBG 2021/2022)

Malis merakamkan setinggi penghargaan kepada Yang Berusaha Tuan Pengetua atas kesudian menyampaikan sijil dan cenderahati sebentar tadi.

7.

Mesyuarat Agung PIBG

Hadirin yang dihormati sekalian.

Mesyuarat PIBG ini tidak lain menjadi medan pertemuan dan percambahan idea, maklum balas dan pandangan dalam usaha melahirkan murid yang berketerampilan bukan sahaja dalam bidang akademik, kokurikulum, bahkan sahsiah diri yang cemerlang. Semoga anak-anak kita akan menjadi insan yang cemerlang, bukan sahaja cemerlang di dunia malah cemerlang di akhirat.

Jadi, tanpa melengahkan masa, majlis diserahkan kepada Yg Berusaha Pn Salini bt Said, YDP PIBG SMK DJH untuk meneruskan agenda mesyuarat. Dipersilakan.

SELEPAS MESYUARAT AGUNG SELESAI....

8

Cabutan bertuah

 Seterusnya kita akan membuat beberapa sesi cabutan bertuah. Diharap para hadirin dapat kekal di dalam dewan sehingga selesai majlis.

1.   Cabutan 1

Penyampai hadiah :______________

 

2.    Cabutan 2

Penyampai hadiah :______________

 

3.    Cabutan 3

      Penyampai hadiah :______________

9

Penutup

Dengan berakhirnya cabutan bertuah itu tadi, maka tamatlah Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 32 pada pagi ini.

Kami bagi pihak majlis merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada ibu bapa, guru-guru dan para hadirin atas kesudian hadir memeriahkan majlis pada hari ini.

Pihak majlis juga memohon kemaafan seandainya berlaku sebarang kepincangan sepanjang pengendalian majlis hari ini.

Semoga kita berjumpa lagi dalam majlis-majlis lain anjuran sekolah pada masa akan datang.

Sekian, Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh…..

 

               

         

KARANGAN B : CARA MEMANFAATKAN CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah merupakan momen yang paling ditunggu-tunggu oleh semua orang terutamanya para pelajar. Semua golongan masyarakat tidak kira mud...