1 |
Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Perlis dan Lagu Sekolah |
Sidang Hadirin yang dihormati, Marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnya menyanyikan lagu Negaraku, lagu negeri Perlis dan lagu Sekolah. .....Selesai nyanyian lagu.......... Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk. |
2 |
Kata Alu-aluan Pengacara Majlis |
Bismilahhirahmanirahim... Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam Keluarga Malaysia. Kapur gambir di dalam puan, Menggobek sirih tepi serambi, Selamat datang hadirin
dan taulan, Tambah sempurna majlis kami. Yang Berusaha Pn. Salini binti Said, Yang Dipertua PIBG SMK DATUK JAAFAR HASSAN Yang Berusaha Cg Nor Shahida Son bt Abdullah, Pengetua SMK DATUK JAAFAR HASSAN Yg dihormati En. Abdul Hamid b Mat Isa, Naib Yang Dipertua PIBG SMK DATUK JAAFAR HASSAN Yg Dihormati, Cg Mohd Depi Bin Omar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Yg Dihormati Cg Rasidi Bin Md Janis, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Yg Dihormati Cg Syarmila Bt Ahmad, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Yang Dihormati Cg Ahmad Syukri B Awang Sidek, Guru Penolong Kanan PPKI Ahli-Ahli Jawatankuasa PIBG, Ibu Bapa, Guru-guru dan hadirin yang dirahmati Allah sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin serta limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-32 tahun 2022. Pihak majlis turut sama merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh hadirin dan hadirat yang sudi meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan Mesyuarat Agung PIBG yang kita rencanakan pada hari ini. |
3 |
Bacaan Doa |
Bagi memberkati majlis, marilah
sama-sama kita menadah tangan untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh
Ustaz Mohd Saifuddin bin Hassan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. ............ SELESAI BACAAN DOA ........... Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz atas pimpinan bacaan doa itu sebentar tadi. |
4. |
Ucapan YDP PIBG |
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Pn Salini binti Said, Yang Dipertua PIBG SMK Datuk Jaafar Hassan untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan puan. .......SELESAI UCAPAN YDP PIBG.......... Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn Salini atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi. |
5. |
Ucapan Perasmian |
Kini tibalah masa untuk kita mendengar amanat dan ucapan yang akan disampaikan oleh Yang Berusaha Cg Nor Shahida Son bt Abdullah, Pengetua SMK DATUK JAAFAR HASSAN dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SMK Datuk Jaafar Hassan kali ke-32 tahun 2022 Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. …….SELESAI UCAPAN PERASMIAN....... Majlis mrakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Cg Nor Shahida Son bt Abdullah atas ucapan dan perasmian itu tadi. |
6. |
Penyampaian Sijil/ Cenderamata Kepada AJK PIBG 2021/2022 |
Hadirin
yang Dimuliakan, Bagi menghargai jasa dan sumbangan Jawatankuasa PIBG SMK DJH Sesi 2021/2022, majlis sekali lagi mempersilakan Yang berusaha, Cg Nor Shahida Son bt Abdullah untuk menyampaikan cenderahati dan sijil penghargaan. Dipersilakan. (SENARAI AJK PIBG 2021/2022) Malis merakamkan setinggi penghargaan kepada Yang Berusaha Tuan Pengetua atas kesudian menyampaikan sijil dan cenderahati sebentar tadi. |
7. |
Mesyuarat Agung PIBG |
Hadirin yang dihormati sekalian. Mesyuarat PIBG ini tidak lain menjadi medan pertemuan dan percambahan idea, maklum balas dan pandangan dalam usaha melahirkan murid yang berketerampilan bukan sahaja dalam bidang akademik, kokurikulum, bahkan sahsiah diri yang cemerlang. Semoga anak-anak kita akan menjadi insan yang cemerlang, bukan sahaja cemerlang di dunia malah cemerlang di akhirat. Jadi, tanpa melengahkan masa, majlis diserahkan kepada Yg Berusaha Pn Salini bt Said, YDP PIBG SMK DJH untuk meneruskan agenda mesyuarat. Dipersilakan. |
SELEPAS
MESYUARAT AGUNG SELESAI.... |
||
8 |
Cabutan bertuah |
Seterusnya kita akan membuat beberapa sesi cabutan bertuah. Diharap para hadirin dapat kekal di dalam dewan sehingga selesai majlis. 1. Cabutan
1 Penyampai hadiah :______________
2.
Cabutan
2 Penyampai hadiah :______________
3. Cabutan 3 Penyampai hadiah :______________ |
9 |
Penutup |
Dengan berakhirnya cabutan bertuah itu tadi, maka tamatlah Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 32 pada pagi ini. Kami bagi pihak majlis merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada ibu bapa, guru-guru dan para hadirin atas kesudian hadir memeriahkan majlis pada hari ini. Pihak majlis juga memohon kemaafan seandainya berlaku sebarang kepincangan sepanjang pengendalian majlis hari ini. Semoga kita berjumpa lagi dalam majlis-majlis lain anjuran sekolah pada masa akan datang. Sekian,
Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum
warahmatullahiwabarakatuh….. |
No comments:
Post a Comment