SINOPSIS BAB DEMI BAB
Bab
1: Kalaulah Engkau Mengerti
Setelah
penat berlatih bola jaring untuk bertanding dengan pelajar tingkatan enam
rendah,
Dahlia berbual-bual dengan Siti Wangi, rakan karibnya mengenai kertas kerja
yang
disuruh
oleh Cikgu Hisyam.Dia memberitahu Siti Wangi, isi telah dicari tetapi
fakta-fakta
masih
tidak lengkap.
Kemudian,Kavita
datang menemui Dahlia dengan membawa pesanan seorang lelaki
mahu
bertemunya di kantin.Dahlia pergi bertemu dengan lelaki itu yang bernama
Azhari.
Lelaki
itu memberitahu Dahlia ,dia telah habis belajar dan akan mendapat segulung
ijazah
pada
bulan Ogos nanti. Azhari juga memaklumkan keluarganya akan datang ke rumah
Dahlia
untuk tujuan merisik.Dahlia meminta Azhari mengerti bahawa dia masih belajar
dan
ingin
membantu keluarganya kerana dia merupakan anak sulung.
Bab
2: Detik-detik Hati Tersentuh
Pada
petang itu, Azhari menghantar Dahlia pulang ke kampungnya tetapi sehingga
ke
jambatan sahaja.Jirannya yang bernama Aton telah menegurnya semasa dia turun
dari
kereta
Azhari. Aton juga menyindir Dahlia yang selalu balik dengan mengatakan bahawa
dia
tidak
suka tinggal di asrama. Dahlia membalas sindiran Aton dengan mengatakan bahawa
orang
tuanya masih ada. Dahlia tidak suka akan Aton kerana Aton mengatakan emaknya
“tak
betul”.
Sewaktu
sampai di rumahnya,Dahlia terdengar adiknya, Anggerik menangis
kelaparan.
Melati memberitahu emak mereka telah keluar rumah dan belum pulang lagi.
Dahlia
terus mendapatkan Anggerik dan memarahi Melati kerana membuat susu yang
terlalu
cair. Sebenarnya, susu telah habis. Dahlia telah menyiapkan makan malam
manakala
Melati disuruh pergi ke kedai Tauke Lim untuk membeli susu dan gula pasir
sekilo
secara hutang.
Selepas
itu, Dahlia pergi mencari emaknya di kebun getah. Dahlia terdengar
emaknya
bercakap sendirian dan tidak mempedulikan panggilannya.Hati Dahlia benar-benar tersentuh
apabila melihat ibunya sebegitu. Emaknya juga tidak mengenalinya menyebabkan
Dahlia
menangis.Tiba-tiba, abahnya Embong muncul dan bertanyakan sebab Dahlia di situ
kerana
sudah masuk waktu Maghrib. Dahlia menuding ke arah emaknya. Embong cuba
memujuk
Saleha balik ke rumah tetapi Saleha mengatakan rumahnya di tengah kebun getah itu
dan dia tidak mahu diganggu. Dahlia mencadangkan abahnya supaya mendapatkan bantuan
orang kampung sebelum emaknya pergi lebih jauh ke dalam kebun.
Bab
3: Jangan Tinggalkan Kami
Selepas
solat Isyak,Dahlia asyik befikir tentang penyakit emaknya itu. Dia
tertanyatanya
sama
ada emaknya terkena buatan orang. Akan tetapi, Dahlia tidak tahu orang yang
berhasad
dengki dengan keluarganya. Akhirnya, Dahlia pasrah dan mengakui bahawa
semua
yang berlaku itu adalah ketentuan Allah.Dahlia berdoa agar Allah menguatkan
imannya,
memberi ketabahan dan kekuatan untuk melalui hari-hari yang mendatang.Dia
juga
berdoa agar emaknya pulih seperti sediakala. Setelah habis berdoa, Dahlia
terdengar
suara
Nek Kiah,ibu kepada emaknya.
Nek
Kiah memarahi Embong kerana mengikat Saleha. Abah Dahlia memberitahu,
beliau
terpaksa berbuat sedemikian kerana takut Saleha lari. Nek Kiah memang tidak
suka
akan
keluarga Dahlia kerana mereka hidup dalam kemiskinan.Nek Kiah membandingkan
keluarga
Dahlia dengan anak-anaknya yang lain yang semuanya hidup senang-lenang.Haji
Sulaiman
selaku Ketua Kampung Parit Haji Rais datang membawa orang dari Hospital Batu
Pahat.
Tujuan kedatangan mereka adalah untuk membawa Saleha mendapatkan
rawatan.Walaupun
anak-anak dan Nek Kiah melarang Saleha untuk dibawa ke hospital
namun Embong serba salah menghadapi
situasi itu.
Bab
4: Dibuai Kenangan Indah
Dahlia
menyelesaikan kerja rumah, kerja sekolah dan membantu Melati menyiapkan
latihan
Matematik. Dahlia merebahkan dirinya di sebelah Anggerik.Dahlia mengimbas
kembali
pantun yang diungkapkan oleh Azhari sewaktu menghantarnya pulang pada hari
Khamis
yang lalu.Dahlia tidak sanggup untuk melukakan hati sesiapa. Dia meminta agar
Azhari
mengerti keadaan keluarganya yang belum sempurna. Dahlia juga meminta izin
Azhari
untuk membaiki diri sendiri dan keluarganya.
Pada
petang Khamis itu, dia dihantar oleh Azhari pulang ke kampung tetapi Dahlia
meminta
Azhari memberhentikannya jauh dari rumahnya untuk mengelakkan salah faham
orang
kampung. Pada keesokan paginya,Dahlia dikejutkan oleh abahnya yang
menyuruhnya
pergi ke sekolah. Embong memberitahu Dahlia bahawa beliau akan
menguruskan
hal berkaitan adik-adik Dahlia walaupun sebenarnya beliau sendiri tidak tahu
akan
cara untuk menyelesaikan masalah tersebut kerana beliau terpaksa bekerja
mencari
nafkah
keluarga. Perkara inilah yang menjadi punca beliau tidak mahu menghantar
isterinya
ke
hospital. Embong pasrah memikirkan masalah tersebut, beliau menyerahkan
segala-galanya kepada
Tuhan.
Embong
megimbas kembali perbualannya dengan Saleha mengenai ibu mentuanya,
Nek
Kiah yang tidak suka akan keluarga mereka. Nek Kiah tidak suka keluarga mereka
disebabkan
mereka hidup miskin tidak seperti anak-anaknya yang lain. Anak-nak Salehadan
Embong tidak diumpamakan sebagai cucu oleh Nek Kiah. Embong juga teringat
semula
peristiwa isterinya pernah memberitahu bahawa sejak kebelakangan ini beliau
terasa
ada bayang-bayang mengejarnya.Telinganya juga sering terdengar suara yang
pelik-pelik. Badannya
juga terasa lemah.
Embong
dikejutkan oleh suara Dahlia yang disangkakan isterinya. Embong
memberitahu
Dahlia doktor memaklumkan emaknya hanya rungsing, Embong tidak
menceritakan
perkara sebenar yang berlaku kepada Saleha di bilik kurungan di hospital itu
kerana
bimbang Dahlia tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajarannya.Embong
juga
memberitahu bahawa beliau akan memetik buah kelapa sawit Haji Sulaiman pada
keesokannya.Mereka
dikejutkan oleh Abu Bakar, adik Dahlia yang sudah tiga hari tidak balik ke
rumah dan rela menjadi gelandangan setelah mendapat gred tiga dalam SPM.
Bab
5: Kata Setajam Pedang
Dahlia
menaiki bas JMBC berjalur merah untuk ke sekolah.Dia yang sepatutnya
pulang
pada hari Sabtu ke asrama tidak berbuat demikian kerana adiknya, Anggerik asyik
menangis.Dahlia
tidak rela dituduh mementingkan diri sendiri oleh sebab itu dia pergi ke
sekolah
pada hari Ahad itu dari rumahnya. Dahlia sampai lewat ke Sekolah Menengah
Kebangsaan
Temenggong Ibrahim iaitu lima minit pukul lapan pagi. Pintu pagar telah
berkunci.
Dahlia ternampak Cikgu Salwani, warden asramanya sedang menuju ke bilik guru. Dahlia
ditanya oleh Cikgu Salwani punca kelewatannya dan meminta Dahlia berjumpa
dengannya
pada petang itu.
Dahlia
tidak dapat menumpukan perhatiannya di dalam kelas. Dia asyik teringat
emak,
Anggerik dan abahnya. Siti Wangi mengingatkan Dahlia, mereka ada janji temu
pada
pukul
2:00 petang untuk membincangkan kertas kerja yang akan dibentangkan pada hari
Khamis.
Dahlia memberitahu dia tidak bersedia dan pada petang itu dia hendak melawat
emaknya
di hospital. Pada petang itu, Dahlia tidak bertemu dengan Cikgu Salwani kerana
dia
risau akan ditanya macam-macam. Dahlia telah keluar dari asrama tanpa kebenaran
wardennya
dan terus pergi ke hospital untuk berjumpa emaknya. Dahlia terserempak
dengan
Haji Sulaiman ketika di hospital.Haji Sulaiman memaklumkan emaknya telah dibawa ke Hospital Permai, Johor Bahru.
Bab
6: Ditelan Arus Deras
Dahlia
telah dihantar oleh Haji Sulaiman ke rumahnya. Haji Sulaiman telah memberitahu
abahnya tentang Saleha yang telah dihantar ke Hospital Permai. Abah seolah-olah menyalahkan
nasibnya yang sebegitu.Pada petang itu Nek Kiah telah datang ke
rumahnya
bertanyakan emaknya yang dikatakan telah dihantar ke rumah orang gila. Dahlia
amat
terpukul dengan perkataan “ orang gila” yang dilafazkan oleh Nek Kiah, nenek
yang
melahirkan
emaknya. Nek Kiah memberitahu beliau geram apabila semua orang bercakap
mengenai
emak Dahlia di balai raya.Beliau memberitahu punca emak Dahlia gila kerana
rumah
itu dilanggar hantu dan penuh syaitan dan selepas ini mungkin ahli keluarga
yang
lain
pula akan terkena.Nek Kiah telah mengeluarkan kapur dan menggores pintu rumah
dan
pintu
tengah dengan tanda campur supaya hantu tidak masuk rumah. Dahlia mengucap dua
kalimah
syahadah beberapa kali kerana tidak percaya dengan tindakan neneknya itu.
Segala yang berlaku adalah ketentuan
Tuhan.
Tiba-tiba
Dahlia dikejutkan dengan jeritan di tebing sungai yang mengatakan Said
telah
hilang dibawa arus sungai.Dahlia terus terjun ke dalam sungai untuk mencari
Said.
Akhirnya,
Dahlia telah menemui Said setelah dibantu oleh seorang pemuda yang bukan
daripada
penduduk kampung itu. Malangnya, denyutan jantung Said sudah terhenti. Nek
Kiah
telah menyuruh pemuda itu membawa Said keliling rumah tujuh kali kerana
dikatakan
nyawanya
boleh kembali tetapi malangnya Said telah meninggal dunia.
Bab
7: Berbudi Berbalas Nista
Dahlia
menangis setelah pulang daripada menziarahi mayat Said. Embong kehairanan
kerana selama ini Dahlia telah dididik berjiwa kuat dan mampu menghadapi setiap
dugaan. Selepas itu, Embong ke rumah Aton untuk menziarahi mayat Said. Said merupakan
anak tunggal Aton. Aton mencari Embong dan memarahinya dengan mengatakan anaknya,Dahlialah yang menyebabkan Said mati dan Embonglah yang mahu
Said
mati. Embong terdiam mendengar kata-kata Aton.Embong turun ke bawah dan masuk
ke
dalam kelompok orang ramai di halaman di bawah pokok-pokok getah. Embong
membiarkan
Aton berkata-kata tentang dirinya dan Dahlia, beliau yakin kebenaran akan
terbukti
kelak. Embong terdengar suara-suara yang mempersoalkan kematian Said dan
percakapan
mereka yang semakin menyakitkan hatinya. Namun, Embong tetap bersabar
dan
beliau tidak mahu mencari musuh.
Dalam
perjalanan pulang ke rumahnya, Embong bertemu dengan Tauke Lim. Tauke
Lim
memuji keberanian Dahlia yang cuba menyelamatkan Said. Embong sudah tahu punca
Dahlia
menangis setelah pulang dari rumah Aton. Memandangkan masa baru pukul 10.25
pagi
, Embong pergi memotong buah kelapa sawit di Parit Haji Kadir. Embong mengimbas
kembali
peristiwa pada petang semalam ketika Dahlia sedang memasak di dapur dalam
keadaan
yang lemah selepas menyelamatkan Said.Tersentuh hati Embong kerana
sepatutnya
masa remaja Dahlia dihabiskan dengan buku-buku pelajaran dan bukan kerja-kerja dapur.
Embong bertekad untuk bekerja kuat demi masa depan anak-anaknya. Setelah
tiba
di kebun kelapa sawit itu, Embong terbau sesuatu.Beliau ternampak ular sawa
sebesar
paha
melingkari pokok kelapa sawit. Sewaktu Embong pergi mencari buluh, ular sawa
itu
telah
hilang. Tanpa diduga, ular itu menjatuhkan tubuh ke arah Embong hingga
menyebabkan Embong panik.
Bab
8: Bayang-bayang Kecelakaan
Dahlia
bermimpi buruk tentang ular sawa itu yang cuba membelitnya. Dahlia tersedar
apabila terdengar tangisan Anggerik. Anggerik demam panas. Dahlia bercadang
untuk
membawa Anggerik ke klinik pada petang itu. Dahlia ternampak dua orang lelaki
bersongkok
ke rumah Aton.Dia teringat semula kata-kata orang yang menuduhnya lambat
menyelamatkan
Said.
Dahlia
melakukan kerja-kerja di dapur sambil mendukung adiknya. Melati meluahkan
kata-kata
untuk berhenti sekolah dan mahu Dahlia yang meneruskan persekolahannya.
Melati
bertindak sedemikian kerana malu apabila ada orang yang mengatakan emak mereka gila.
Dahlia menasihati Melati supaya tidak mendengar kata-kata orang kerana orang
itu tidak akan menyenangkan kehidupan
mereka.
Embong
pulang membawa ular sawa di atas pungkis.Dahlia ketakutan. Embong
kehairanan
apabila melihat Dahlia menggeletar ketakutan dan menyuruhnya membuang ular itu.
Embong membawa ular itu pulang sebagai bukti beliau telah berjuang dengan maut
untuk
menyelamatkan dirinya. Embong cuba mendapatkan Dahlia untuk mengetahui punca
dia
ketakutan. Dahlia memberitahu akan mimpinya itu. Embong keluar dari rumah dan
pergi
memerhatikan
aliran sungai yang deras berhampiran rumahnya itu, dia memikirkan
kesanggupan
Dahlia berjuang menyelamatkan nyawa orang lain sehingga sanggup
mengetepikan
nyawa sendiri. Tiba-tiba, Embong dikejutkan dengan kehadiran seorang
pemuda
Melayu bersama-sama gadis India yang merupakan kawan Dahlia.
Bab
9: Apabila Tamak Menguasai Jiwa
Najib
telah datang bersama dengan Kavita untuk berjumpa dengan Dahlia. Najib
melihat
kedaifan hidup keluarga Dahlia. Kini barulah dia memahami punca Dahlia menolak
hasratnya
untuk datang pada Hari Raya Aidilfitri. Najib mempelawa Dahlia untuk membawa
adiknya
ke klinik.
Pada
ketika itu, bapa saudara Dahlia, Pak Cik Seman pergi ke rumah Nek Kiah.
Seman
memberitahu Nek Kiah dia malu apabila orang bercakap tentang adiknya Saleha
yang
telah dibawa ke hospital di Johor Bahru. Seman menuduh Embong mempelajari ilmu
sehingga
Leha sanggup berkahwin dengannya yang tidak diketahui asal usulnya. Seman
mencadangkan
agar tanah yang diduduki oleh keluarga Dahlia dijual. Seman berjanji
dengan
emaknya untuk mencari pembeli. Nek Kiah bersetuju dengan cadangan Seman
apabila mendengar nilai tanah itu yang
dapat dijual dengan harga RM15,000.
Bab
10: Selamat Tinggal,Asrama Puteri!
Cikgu
Salwani memarahi Dahlia yang telah mengambil keputusan untuk keluar dari
asrama.
Beliau memaksa Dahlia untuk memberitahu puncanya tetapi Dahlia hanya
memberitahu
bahawa dia ada masalah keluarga. Dahlia tidak mahu menceritakan perkara
sebenar.
Cikgu Salwani meminta Dahlia agar jangan keluar dari asrama kerana STPM
tinggal
hanya empat bulan sahaja .Dahlia menenangkan dirinya di perpustakaan.
Tiba-tiba
dia disergah oleh Kavita yang memberitahu bahawa Cikgu Hisyam, guru
kelasnya
ingin berjumpa dengan Dahlia di Bilik Kerjaya. Cikgu Hisyam telah mengetahui
masalah
Dahlia daripada Kavita yang pernah berkunjung ke rumah Dahlia. Cikgu Hisyam
mengatakan bahawa Dahlia berpotensi
untuk lulus dengan cemerlang dalam STPM.
Bab
11: Pedihnya Melayan Kerenah Anak
Embong
marah akan Abu Bakar,anak lelaki tunggal yang tidak boleh diharap dan
suka
berseronok sahaja. Abu Bakar kerap tidak pulang ke rumah. Kemarahan Embong
semakin
membara apabila Bakar tidak mempedulikan kata-katanya dan terus menunggang
motosikal.
Embong teringat kembali ular sawa yang telah diberikan kepada Tauke
Lim.Tiba-tiba Embong
berasa kesal dan takut. Lamunan Embong terhenti apabila Mawar,anaknya
yang
bersekolah di Sekolah Menengah Sains Johor di Kluang, pulang bercuti. Mawar
memberitahu
bahawa dia balik kerana rindu akan emaknya. Mawar bertanya tentang
emaknya
tetapi Embong mengatakan nanti Mawar akan tahu sendiri. Pada hari itu, Dahlia
pergi
menziarahi emaknya di Hospital Permai. Embong tidak pergi kerana masalah kewangan.
Beliau tidak sanggup lagi untuk meminjam daripada Haji Sulaiman dan Tauke
Lim
lagi walaupun mereka berdua sangat baik dan suka membantunya.
Bab
12: Air Mata Menitis di Hospital Permai
Dahlia
menaiki teksi ke Hospital Permai. Dahlia tiba di situ pada pukul 3:15 petang.
Dia
membayangkan kedatangannya disambut oleh emaknya dengan baik. Lamunan Dahlia
dikejutkan
oleh seorang wanita berusia 30-an yang bertanya tentang tujuan kedatangannya.
Wanita
itu mencadangkan agar Dahlia berjumpa dengan doktor yang merawat emaknya.
Doktor
Ridhuan memberitahu Dahlia penyakit ibunya sudah sampai ke tahap berbahaya dan ingin
mengetahui hal-hal yang menyebabkan emaknya menjadi sebegitu. Beliau juga
menjelaskan
kemungkinan penyakit emak Dahlia berpunca daripada tekanan.
Doktor
Ridhuan memanggil Azhari untuk membawa Dahlia melawat emaknya di bilik
16.
Dahlia terkejut kerana Azhari bekerja di situ. Azhari memberitahu bahawa dia
bekerja
sementara
di situ baru dua minggu. Azhari ingin mengetahui punca Dahlia berada di situ.
Dahlia
dan Azhari pergi melawat emaknya, tetapi Saleha tidak mengenali anaknya itu dan
dikatakan
Dahlia sebagai pengutip hutang. Keadaan tersebut sangat menyedihkan Dahlia.
Emaknya
juga menyuruh Dahlia pergi dari situ.
Bab
13: Pahitnya Menelan Kenyataan
Embong
terkejut apabila melihat Dahlia pulang dengan kereta yang dipandu oleh
seorang
lelaki. Embong berprasangka yang bukan-bukan terhadap Dahlia.Pada malam itu,
Dahlia
memberitahu keluarganya supaya tidak risau akan keadaan Saleha yang sedang
dirawat.
Apabila Dahlia melihat abahnya keseorangan di pintu barulah Dahlia menceritakan
perkara
sebenar. Dahlia tidak mahu adik-adiknya risau akan keadaan emak mereka.
Tambahan
pula, Mawar akan menghadapi peperiksaan SRP tidak lama lagi.Dahlia juga
memberitahu
abahnya bahawa dia telah keluar dari asrama.Tiba-tiba, Embong terdengar
sesuatu
di kandang kambingnya. Embong terkejut apabila melihat dua ekor kambing
peliharaannya telah hilang.
Bab
14: Hilang dari Kandang
Tauke
Lim datang kerana mahu membeli kambing Embong.Dia berasa hampa
apabila
mendapat tahu kambing tersebut telah hilang.Embong meluahkan rasa kesal kerana kambing
itu menjadi harapannya.Embong yakin kambing peliharaannya telah dicuri orang. Embong
meminta Tauke Lim memberitahu kepadanya jika ada orang yang ingin menjual kambing
kepada Tauke Lim kerana dia ingin memastikan sama ada kambing itu miliknya atau
milik orang lain.
Dahlia
teringat akan Azhari yang tetap ingin melamarnya walaupun telah mengetahui
keadaan
emaknya. Azhari masih ingin mengikat tali pertunangannya dengan Dahlia kerana
ibu
bapanya mendesaknya berbuat sedemikian. Kemudian, Dahlia dikejutkan dengan
kedatangan
tetamu. Rupa-rupanya yang datang itu ialah rombongan keluarga Azhari yang
ingin merisiknya.
Bab
15: Ingin Mempersunting Bunga di Taman
Keluarga
Azhari telah datang merisik Dahlia.Embong berasa berat untuk menerima
lamaran
tersebut kerana Dahlia merupakan anak sulung yang menjadi harapan keluarga.
Embong
sangat berharap Dahlia dapat belajar hingga ke universiti dan dapat membantu
keluarga.
Walau bagaimanapun,ibu Azhari yang mengetuai rombongan itu kerana suaminya
ke
Kuala Lumpur. Beliau mengatakan bahawa perkara itu tidak menjadi halangan
kepada
ikatan
Azhari dan Dahlia. Mereka sanggup menunggu Dahlia hingga tamat pengajiannya.
Akhirnya,
Embong menyerahkan keputusan itu kepada Dahlia, cincin merisik diletakkan dia
atas
meja. Selepas itu, Embong bersiap-siap untuk menunaikan solat di masjid. Semasa
mandi,Embong
telah dipatuk oleh seekor ular di pahanya.
Bab
16: Bisa Ular Tedung
Embong
terpaksa dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan.Semasa
ketiadaan
abahnya, Dahlia terpaksa menguruskan banyak perkara.Melihatkan keadaan itu,
Mawar
menyuarakan hasratnya untuk berhenti sekolah agar dapat menjaga adik-adiknya.
Dahlia
melarang hasrat Mawar kerana Mawar pernah berjanji kepada emak mereka untuk
memperoleh
keputusan yang cemerlang dalam SRP.
Sewaktu
Dahlia melawat abahnya di Hospital Batu Pahat, dia terserempak dengan
Cikgu
Hisyam dan Kavita yang kebetulan menghantar Siti Wangi yang pengsan semasa
menjalani
latihan bola jaring. Kemudian,Cikgu Hisyam dan Kavita menziarahi abah Dahlia.
Cikgu
Hisyam meminta Kavita untuk membuat salinan nota-nota sepanjang Dahlia tidak
hadir
ke sekolah supaya dia tidak ketinggalan dalam pelajaran.
Pada
petang itu,Nek Kiah dan Seman datang melawat Embong.Nek Kiah
memberitahu
Dahlia sangkaannya bahawa rumah itu berhantu adalah benar kerana seorang demi
seorang keluarga Dahlia mendapat bencana. Nek Kiah juga memberitahu tanah itu akan
dijual dan menyuruh keluarga Dahlia duduk di kebun di hujung kampung . Dahlia
tidak bersetuju dengan cadangan neneknya.
Bab 17: Kupertahankan Tanah Sekangkang
Kera
Dahlia tertekan kerana banyak perkara yang difikirkannya.
Antaranya ialah
pelajarannya yang banyak ketinggalan disebabkan dia kerap
ponteng sekolah, emaknya
yang masih dirawat di hospital, abahnya dipatuk ular
sedang dirawat di Hospital Batu Pahat,
adiknya, Abu Bakar tidak boleh diharap untuk membantunya
dan juga hasrat Azhari yang
ingin melamarnya. Semasa Abu Bakar balik ke rumah untuk
menukar pakaian,Dahlia
memeriksa dompet milik adiknya, dia terkejut apabila
terdapat RM120 di dalam dompet
tersebut sedangkan adiknya tidak bekerja.
Azhari datang ke rumah Dahlia untuk mengambil pakaian
emak Dahlia.Azhari
terkejut apabila dimaklumkan bahawa abah Dahlia
dimasukkan ke Hospital Batu Pahat
kerana dipatuk ular.Selepas Azhari pergi, Nek Kiah datang
untuk bertanya tentang
rancangannya untuk menjual tanah tempat tinggal keluarga
Dahlia.Jika keluarga Dahlia
mahu terus tinggal di situ mereka perlu membayar sebanyak
RM15000 kepadanya. Dahlia
tidak dapat
membuat sebarang keputusan.
Bab 19 : Apabila Dua Jejaka Bertemu
Cikgu Hisyam dan Kavita menasihati Dahlia supaya tidak
berhenti sekolah
sebaliknya terus bertahan lebih kurang empat lima bulan
sahaja lagi sebelum menghadapi
peperiksaan. Namun begitu, Dahlia terasa amat sukar untuk
ke sekolah semula kerana
memikirkan adik-adiknya yang memerlukan penjagaannya.
Najib datang ke rumah Dahlia. Najib melihat ada beberapa
orang sedang mengukur
tanah di kawasan itu. Dahlia memaklumkan tanah itu akan
dijual. Najib bersedia untuk
membayar harga tanah tersebut tetapi Dahlia menolak
tawaran Najib. Kemudian, Azhari
pula datang ke rumah Dahlia. Timbul pelbagai persoalan
dalam hati Azhari mengenai
hubungan Najib dan Dahlia.
Kedatangan Najib dan Azhari ke rumah Dahlia telah
menyebabkan Nek Kiah
memandang serong akan cucunya.Nek Kiah telah memberitahu
Dahlia, tanah tersebut telah
ada
pembelinya.Oleh itu, Dahlia perlulah bersiap sedia untuk berpindah.
Bab 20 : Ingin Kujunjung Langit
Nek Kiah datang lagi untuk mengingatkan Dahlia tentang
tanah tersebut yang akan
dijual. Nek Kiah terkejut apabila melihat Embong ada di
rumah. Apabila Nek Kiah bertanya
kepada Dahlia sama ada dia telah memberitahu abahnya
tentang hal tanah, Embong
menggunakan kesempatan itu untuk mengenakan Nek Kiah
dengan menggunakan parang
yang sedang dipegangnya dengan mengatakan parang itu
tajam dan senang hendak potong leher. Selepas itu,Nek Kiah pulang ke rumah. Dahlia
memberitahu abahnya dia ingin bekerja bagi membantu meringankan beban abahnya.Akan tetapi,
Embong tidak bersetuju kerana beliau mahu Dahlia belajar hingga ke universiti.
Tauke Lim datang ke rumah Embong dan menyatakan
kesanggupannya untuk
membayar harga tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah
supaya Embong dan keluarganya
dapat terus tinggal di situ. Menurut Tauke Lim, beliau
ikhlas membantu demi kebaikan
bersama-sama.
Bab 21: Hijrah Remaja Harapan
Pada pagi itu Dahlia pergi ke balai raya. Pada ketika
itu, tidak ramai yang datang ke
balai raya untuk bergotong-royong bagi majlis sambutan
Maulidur Rasul yang akan
diadakan malam nanti . Dahlia membantu kerja-kerja
memasak di situ. Tauke Lim turut
menyumbangkan barang-barang untuk sambutan tersebut.Haji
Sulaiman selaku ketua
kampung amat risau akan hal ini kerana kurang sambutan.
Aton dan Abu Bakar turut berada di balai raya itu. Kedatangan Abu Bakar mengejutkan
Dahlia kerana dia tidak menyangka adiknya akan membantu kerja-kerja tersebut.
Aton banyak bercakap daripada melakukan kerja. Dia
memberitahu Mak Aji, isteri
Haji Sulaiman bahawa Dahlia membawa lelaki silih berganti
ke rumahnya. Kata-kata Aton
telah menyebabkan Dahlia bersedih. Abu Bakar yang
terdengar akan kata-kata Aton itu
telah hilang sabar dan hampir-hampir memukul Aton tetapi
dihalang oleh Haji Sulaiman.
Dahlia terus pulang ke rumah selepas peristiwa itu. Abu
Bakar telah memujuk Dahlia.
Dahlia memberitahu telah banyak dugaan yang ditempuhinya.
Abu Bakar juga telah
memeluk
abahnya dan memberitahu dialah yang telah mencuri kambing milik abahnya.
Bab 22: Kain Merah yang Reput
Abu Bakar telah insaf akan perbuatannya yang terpengaruh
oleh kawan-kawannya
yang datang daripada keluarga yang senang. Dia banyak
membantu dalam melakukan
kerja-kerja rumah.Abu Bakar bertekad untuk memberi
sumbangan kepada keluarganya.
Sewaktu mengemas barang-barang di bawah rumahnya, Abu
Bakar terjumpa kain
merah yang hampir reput membalut dua biji telur ayam yang
mengandungi jarum peniti,
cincin akik, butiran pasir, dan dua batang paku.
Barang-barang ini menunjukkan selama ini
ada orang yang berhasad dengki terhadap keluarga mereka.
Abu Bakar ingin menunjukkan
barang-barang itu kepada Embong tetapi dilarang oleh
Dahlia. Dahlia menyuruh Abu Bakar
membuangnya ke sungai. Dahlia melarang adiknya menyimpan
perasaan dendam.
Dahlia mendapati Nek Kiah sudah beberapa hari tidak
kelihatan di rumahnya atau di
mana-mana di kampung itu. Keadaan ini merisaukan Dahlia.
Dahlia telah pergi ke rumah
Nek Kiah dan didapati neneknya sedang sakit. Namun
begitu, Nek Kiah telah
menghalaunya.
Bab 23: Sinar Kebahagiaan
Dahlia kembali semula ke sekolah. Kehadiran dahlia
disambut dengan gembira oleh
kawan-kawannya.Kavita memberitahu Dahlia bahawa Najib
begitu berharap agar Dahlia
dapat menerima cintanya. Akan tetapi, Dahlia hanya
menganggap Najib sebagai sahabat
sahaja, tidak lebih daripada itu.
Semasa pulang ke rumah, Dahlia amat gembira apabila
mendapati emaknya telah
pulang dari hospital. Saleha telah pulih daripada
penyakitnya.Azhari juga ada bersamasama
ketika itu. Dahlia mengajak Azhari pergi ke rumah
neneknya.Nek Kiah terbaring
dalam keadaan
mata yang terpejam. Panggilan Dahlia juga tidak disahutnya.
Bab 24: Runtuhnya Tembok Kesombongan
Nek Kiah tinggal di rumah Embong selepas dimasukkan ke
wad selama dua hari.
Nek Kiah berasa bersalah terhadap keluarga Embong. Mereka
melayan Nek Kiah dengan
baik. Anak-anak dan cucunya yang lain, termasuk Seman
langsung tidak menziarahinya
ketika beliau sakit.
Pada hari itu, hujan turun dengan lebat. Air sungai sudah
mula melimpah. Abu Bakar
memaklumkan jambatan telah patah dan orang kampung telah
mula mengemas barang-barang untuk berpindah ke balai raya.Embong dah ahli keluarganya
turut berkemas untuk
berpindah ke balai raya.
Dahlia dan keluarganya berpindah dengan menaiki bot ke
balai raya. Terdengar
rungutan penduduk tentang keadaan yang berlaku itu. Bagi
Haji Sulaiman, banjir yang
berlaku itu ada hikmah yang tersendiri.
Bab 25: Inilah Kampungku!
Banjir telah menyebabkan rumah Embong roboh . Nek Kiah
telah mengajak Embong
sekeluarga tinggal di rumahnya. Mereka bersyukur akan
perubahan Nek Kiah. Nek Kiah
juga tidak
lagi menyebut tentang tanah yang hendak dijual itu.
Sebelum semua mangsa banjir pulang ke rumah
masing-masing, Haji Sulaiman telah
menyampaikan ucapan kepada penduduk Kampung Parit Haji
Rais. Beliau menyeru agar
penduduk kampung saling membantu antara satu sama lain
dan prihatin akan masalah jiran
tetangga.Beliau juga berharap supaya penduduk kampung
bersatu dan bersama-sama
menjayakan apa-apa projek di kampung itu keran mereka
hidup bermasyarakat.
Kesan daripada kata-kata Haji Sulaiman,penduduk kampung
itu mulai insaf dan
mereka telah bergotong-royong membina rumah Embong semula
dengan wang sumbangan
parti. Haji Sulaiman bangga akan perubahan sikap penduduk
kampungnya. Begitu juga
dengan Tauke Lim.Dahlia amat terharu dan terasa dirinya
tidak disisihkan. Tauke Lim
mengusik
Dahlia, rumah baharu nanti bolehlah dia naik pelamin.
Bab 26: STPM,akan Kugapai
Kecemerlangan
Dahlia sibuk membuat persiapan terakhir sebelum
peperiksaan STPM
menjelang.Dalam kesibukan itu, Azhari telah dating dengan
ibunya bagi membincangkan
tarikh pertunangan mereka. Keputusan dibuat pada 30
Disember, iaitu selepas Dahlia tamat
peperiksaannya.Dahlia hanya menurut sahaja kehendak
keluarga Azhari dan keluarganya.
Selepas tamat peperiksaan,Dahlia berasa sedih kerana
terpaksa berpisah dengan
kawan-kawannya.Dahlia juga memberitahu Siti Wangi dan
Kavita tentang pertunangannya.
Dahlia juga
bercadang untuk bekerja di kilang untuk mencari pengalaman.
Bab 27: Bunga-bunga Kejayaan dalam Genggaman
Cikgu Daim telah datang ke rumah Embong untuk memberitahu
bahawa Dahlia telah
terpilih untuk mengikuti pengajian di salah sebuah
universiti di Jepun selama empat tahun.
Pemilihan Dahlia dibuat atas cadangan sekolahnya dan
Jabatan Pelajaran Johor
berdasarkan pencapaiannya dalam peperiksaan. Sebelum
bertolak ke Jepun Dahlia akan
belajar bahasa Jepun di Universiti Malaya selama enam
bulan.
Azhari terdengar berita itu ketika dia datang untuk
membeli cincin pertunangan
mereka.Dia mengucapkan tahniah dan merelakan Dahlia
belajar di Jepun.Dahlia akan
mendaftar di
Universiti Malaya sehari selepas dia bertunang dengan Azhari.
Bab 28 : Koi-bito
Dahlia amat gembira kerana hubungan keluarganya dengan
Nek Kiah semakin
rapat. Akan tetapi, Dahlia rasa sedikit berduka kerana
dia akan ke Kuala Lumpur selepas
pertunangannya.Nek Kiah telah menghadiahkan gelang pusaka
kepada Dahlia.
Dahlia teringat kembali kenangannya sewaktu pergi membeli
cincin dengan Azhari.
Kawan –kawan Dahlia dan Cikgu Hisyam turut hadir sewaktu
majlis pertunangannya. Bas
ke Kuala Lumpur akan bertolak pukul 5:00 petang tetapi
rombongan keluarga Azhari belum
juga sampai.Dahlia semakin risau. Abahnya menyuruh Dahlia
berkemas untuk bertolak ke
Kuala Lumpur. Haji Sulaiman menyerahkan sumbangan orang
kampung kepada Dahlia
sebanyak RM500 termasuk yang diberi oleh Tauke Lim
sebanyak RM300.
Akhirnya, Dahlia tiba di stesen bas Bandar Penggaram yang
jauhnya kira-kira 17
kilometer dari kampungnya. Azhari datang berjumpa dengan
Dahlia dan memberitahu punca kelewatannya kerana jurucakap majlis yang merupakan pak
ciknya lambat sampai.Sebelum menaiki bas, Azhari telah menghadiahkan sehelai songket
berbenang emas berwarna merah kepada Dahlia.Azhari juga menyebut “Koi-bito” yang
tidak diketahui maksudnya. Azhari meminta Dahlia agar menjaga jati diri sebagai
orang Melayu walau berada di mana-mana pun.
No comments:
Post a Comment