(1) ALUAN PENGERUSI
Bismillahirrahmanirrahim
·
Yang berusaha Encik Aminudin bin Mustafa,
Pengetua SMK DJH
·
Yang Berusaha, Encik Mohd Naseer bin Zainol,
Penolong Kanan Pentadbiran,
·
Yang Dihormati En Ahmad Fauzi b Ibrahim,
Penolong kanan Hal Ehwal Murid,
·
Yang
Dihormati Encik Mohsin b Ibrahim, Penolong Kanan Kokurikulum,
·
Yang Dihormati
Puan Jamilaton Rabaiee binti Haris, Penolong Kanan Tingkatan 6.
Guru-guru Kanan, Guru Cemerlang, kaunselor sekolah, rakan-rakan guru, dan para pelajar yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.
Bersongkok bersampin segak berseri
Berbaju kurung anggun jelita
Majlis ramah mesra aidil fitri
Bersamalah kita meraikannya
Kuih bahulu tradisi kita
Ketupat rendang pembuka selera
Tangan dihulur maaf dipinta
Agar ukhwah terjalin mesra
(3)
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara Syawal setelah sebulan Ramadhan kita berpuasa. Syukur juga kerana kita sama-sama dapat berkumpul di Dewan Seri Jernih yang ceria ini untuk meraikan majlis Sambutan hari raya Aidilfitri peringkat sekolah bagi tahun 2012.
(4) DOA
Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian
Majlis sambutan hari raya Aidilfitri ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon restu dari yang maha Esa. Majlis mempersilakan Ustaz \Mohd Saifuddin b Hassan bagi memimpin pembacaan doa. Dipersilakan al-fadzil ustaz.
…
terima kasih Al Fadzil Ustaz atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis nan berlangsung diberkati oleh Yang Maha Agung.
(5)UCAPAN PENGETUA
Hadirin hadirat , para pelajar yang dikasihi sekalian,
Lemang dihidang enak rasanya
Nasi arab pilihan kita
Bingkisan kata bingkisan raya
Tuan pengetua bermadah kata
Bagi maksud itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan yang berusaha, En. Aminudin bin Mustafa, Pengetua SMK Datuk Jaafar Hassan untuk menyampaikan sepatah dua kata.
Dipersilakan.
Seterusnya, majlis sekali lagi mempersilakan Tuan pengetua, penolong kanan pentadbiran, Penolong kanan HEM dan penolong kanan kokurilulum untuk menyalakan pelita di hadapan pentas sebagai simbolik perasmian acara sambutan hari raya pada tahun ini.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada yang Berusaha. Tuan pengetua, penolong
kanan pentadbiran, penolong kanan HEM dan penolong kanan kokurikulum atas
penyempurnaan acara simbolik sebentar tadi.
(6) JAMUAN
Ketupat lemang nasi impit laksa
Mi kuah bihun sup tidak dilupa
Kek dan biskut tersedia di meja
Tunggu apa lagi jom kita jamu selera
Dipersilakan hadirin hadirat dan semua yang hadir untuk menikmati juadah yang telah sedia dihidangkan.

Tetapi sebelum itu, saya akan serahkan
majlis ini dahulu kepada SITI ROHAYA bt Sabri Goh untuk meneruskan acara.
[Siti Ruhana]
(7)
PERSEMBAHAN:
Awan bersua citra berkisah
Ukiran sukma kilauan kelisa
Sambil berbual nikmati juadah
Persembahan pelajar ceria acara
Marilah kita sama-sama menghayati alunan suara lagu-lagu raya yang akan didendangkan oleh pelajar.
{1}
Terima kasih diucapkan kepada __________________________
{2}
Terima kasih diucapkan kepada __________________________
{3}
[Che Faridah]
Terima kasih diucapkan kepada __________________________
Demikian tadi berakhirnya persembahan pelajar. Terima kasih sekalung budi diucapkan kepada semua pelajar yang menjayakan persembahan itu tadi.
(8) PENUTUP
Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan bunga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah ini dapat dilangsung dengan meriahnya. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pelajar atas kerjasama yang diberikan bagi mengharmonikan majlis ini.
Sekian, Wassalamualakum wbt.dan Selamat hari raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

ok boleh tahan...
ReplyDeleteterima kasih...saya mohon share ye.
ReplyDeletemohon share
ReplyDeleteHebat
ReplyDeleteTerima kasih daun keladi...
ReplyDeletemohon guna. terima kasih
ReplyDeleteMohon guna ye...syukran
ReplyDeleteMohon guna.terima kasih
ReplyDeleteMohon share. Tqvm
ReplyDeleteRingkas dan tepat. Tahniah!
ReplyDeleteMohon kongsi. Terima kasih.
Mohon guna ya cikgu..terima kasihh
ReplyDeletemohon guna.. thanks alot.
ReplyDeleteAlhamdulillah, mohon guna, terima kasih
ReplyDeleteSaya mohon guna, terima kasih
ReplyDeleteSy mohon guna..tq🤗
ReplyDeletemohon guna ya cikgu..trima kasih
ReplyDeletemohon guna
ReplyDeleteAssalamualaikum cikgu, mohon gunakan teks ini ya. Jazakillah khair.
ReplyDelete