Himpunan zikir ..... simpan kat sini,
blog cikgu harlina
Thursday, 26 June 2025
Wednesday, 8 May 2024
seyogia atau seyogianya
[se.yo.gia] | سيوݢيا
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, seyogia bermaksud sepatutnya, selayaknya, semestinya: Seyogia ialah kata terbitan daripada perkataan yogia yang bersinonim dengan patut, padan, layak, sesuai, pantas, baik, wajar;
yogia ialah kata adjektif.
Contoh ayat:
Seyogia sukan sememangnya alemen penting
dalam pembentukan insan seimbang dan pembentukan negara jaya.
Seyogia golongan remaja tidak terlibat dengan aktiviti subversif yang akan mencalarkan imej negara.
Sebelum menduduki peperiksaan, seyogia kita perlu membuat persediaan yang lengkap.
Berdasarkan ayat-ayat ini, perkataan seyogia tidak perlu ditambah dengan kata penekan -nya.
Perkataan seyogianya sering digunakan dalam bahasa Indonesia :
Contoh: Di depan orang-orang tua hendaklah engkau berlaku seyogianya.
Friday, 29 December 2023
KARANGAN B : CARA MEMANFAATKAN CUTI SEKOLAH
Cuti sekolah merupakan momen yang paling ditunggu-tunggu oleh semua orang terutamanya para pelajar. Semua golongan masyarakat tidak kira muda mahupun tua sangat menantikan hari tersebut untuk setelah penat dengan rutin harian mereka. Hal in kerana, musim cuti sekolah merupakan waktu untuk masyarakat meluangkan masa sama ada dengan anak-anak mahupun keluarga. Oleh itu, cuti yang panjang ini haruslah diisi dengan aktiviti yang berfaedah agar para pelajar tidak leka dan terlibat dengan kegiatan jenayah. Persoalannya, apakah cara yang boleh dilakukan oleh seseorang murid untuk memanfaatkan cuti sekolah mereka?
Bagi mengupas persoalan di atas, antara aktiviti yang harus
dilakukan ketika cuti sekolah adalah menziarahi ahli keluarga. Setelah hampir
berbulan-bulan sibuk dengan tugasan masing-masing, cuti sekolah merupakan waktu
yang tepat untuk menjenguk ahli keluarga yang tinggal berjauhan. Sebagai
contoh, ibu bapa boleh membawa anak-anak pulang ke kampung untuk berjumpa
datuk, nenek dan saudara mara yang lain. Hal ini penting agar tali persaudaraan
menjadi erat. Jelaslah bahawa, menziarahi ahli keluarga merupakan perkara yang
bermanfaat untuk dilakukan semasa cuti persekolahan.
Seterusya, cuti sekolah juga dapat dimanfaatkan dengän pergi
melancong. Melancong bukan sahaja dapat menenangkan fikiran tetapi juga dapat
menambahkan ilmu pengetahuan. Misalnya, dengan melancong ke Bandar Hilir Melaka,
pelajar boleh mengetahui Sejarah silam Melaka yang pernah dijajah oleh
Portugis, Belanda dan British. Di samping itu, kita juga dapat menghilangkan
stres apabila melihat pulau-pulau yang indah dan pemandangan yang menarik
sewaktu melancong sama ada di dalam atau di luar negara. Sesuai dengan aforisme
jauh berjalan luas pemandangan, melancong dapat memberikan banyak
manfaat kepada para pelajar.
Selain itu, minhaj seterusnya yang dapat dilakukan untuk memanfaatkan
cuti persekolahan adalah dengan mengulang kaji pelajaran. Walaupun ramai
pelajar beranggapan cuti sekolah adalah masa untuk berehat tetapi sebenarnya
inilah waktu yang sesuai untuk pelajar memantapkan lagi ilmu pengetahuan.
Sebagai contoh, pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM boleh menggunakan
masa cuti ini dengan menghadiri kelas tambahan atau tuisyen untuk meningkatkan
lagi pemahaman tentang topik-topik pembelajaran. Jelaslah bahawa, memanfaatkan
cuti sekolah dengan mengulang kaji adalah hal yang paling signifikan boleh
dilakukan oleh sesorang pelajar.
Di samping itu, cuti sekolah depat dimanfaatkan dengan melakukan
kerja-kerja di rumah. Sebagai contoh, murid boleh membantu ibu bapa mereka dengan
melakukan kerja-kerja rumah seperti menyapu sampah, menjemur pakaian dan
melipatnya apabila kering. Hal ini ibarat sambil menyelam minum air
kerana murid bukan sahaja dapat memahirkan diri dengan kerja-kerja rumah malah
dapat meringankan beban ibu bapa. Malah, ibu bapa sudah tentu akan gembira
apabila ada anak-anak yang rajin membantu mereka. Benarlah, melakukan
kerja-kerja rumah merupakan uslub terbaik untuk menghabiskan masa cuti sekolah.
Bulan kian terang, bayang kian jelas bahawa banyak cara boleh
dilakukan oleh seseorang murid agar masa terluang tidak dihabisi dengan perkara
yang tidat bermanfaat. Guru-guru seharusnya memberi bimbingan kepada
murid-murid supaya bijak merancang aktiviti masa cuti mereka kerana masa itu
emas. Ibu bapa pula haruslah memastikan anak-anak tidak terlalu bersuka ria
semasa cuti sehingga mengabaikan pelajaran mereka. Sebagai konklusinya,
pendayung sudah di tangan, perahu sudah di air, murid-murid sendirilah yang
menentukan pendekatan terbaik untuk mengisi masa cuti sekolah agar mereka menjadi
lebih berdisiplin dan bertanggungjawab.
(497 patah perkataan)
Tuesday, 5 December 2023
TEKNIK MENJANA IDEA : PERANAN / USAHA / LANGKAH
INDIVIDU |
SEKOLAH |
KERAJAAN |
belajar bersungguh-sungguh mentaati perintah agama mentaati ibu bapa memilih rakansebaya memanfaatkan masa lapang |
ceramah/ bengkel penerapan menerusi subjek aktiviti sekolah menubuhkankelab/ persatuan pameran |
Kempen undang-undang bantuan/ dana/ modal prasarana menyediakan latihan/ bimbingan kajian/ penyelidikan |
IBU BAPA |
MASYARAKAT |
MEDIA MASSA |
suri teladan membawa anak-anak ke…. meluangkan masa didikan agama menyediakan kemudahan/ peralatan |
mengadakan/ menganjurkan aktiviti bergotong-royong melaporkan membentuk jawatankuasa suri teladan |
media sosial dokumentari/ flem iklan menyebarkan sumber maklumat menjadi perantara kerajaan dengan masyarakat |
Monday, 20 November 2023
Karangan A: Langkah Penjagaan Kesihatan Ketika Musim Panas
Dalam meniti arus
kemodenan ini, isu penjagaan kesihatan ketika musim panas sering dipaparkan di
dada-dada akhbar mahupun di media sosial. Hal ini kerana persekitaran suhu atau cuaca yang
terlalu panas boleh mengganggu ketidakseimbangan tubuh dan menyebabkan beberapa
penyakit. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang harus dilakukan untuk
menjaga kesihatan sepanjang musim panas ini?
Pada pendapat saya, antara langkah berjaga-jaga yang boleh
dilakukan oleh orang ramai adalah sentiasa minum air kosong secukupnya. Contohnya,
minum 8 gelas sehari dapat memastikan tubuh kekal terhidrat dalam tempoh yang
sukar ini. Jika perlu berada di luar rumah pula, alternatif yang disarankan ialah
sentiasa memakai topi atau payung untuk melindungi diri daripada panas terik.
Jelaslah bahawa dengan minum air kosong secukupnya dan melindungi diri daripada
panas terik dapat memastikan kita kekal sihat walaupun pada musim panas.
Di samping itu, musim panas juga boleh menyebabkan pelbagai
penyakit. Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan
rawatan dengan segera jika mengalami simptom seperti batuk, selesema, asma,
sakit mata atau jangkitan paru-paru yang kronik. Rawatan awal sangat penting
supaya penyakit yang lebih serius dapat dielakkan bak aforisme mencegah lebih
baik daripada mengubati.
Kesimpulannya, terdapat banyak langkah yang harus dilakukan
bagi menjaga kesihatan diri pada musim panas. Setiap individu perlulah
mengambil inisiatif untuk menjaga kesihatan kerana sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian tidak berguna. Oleh itu, marilah kita sama-sama memainkan
peranan untuk menjaga kesihatan diri dan orang sekeliling agar kekal sihat dan
bertenaga.
Wednesday, 9 August 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS PERSARAAN PK PENTADBIRAN
Simpan kat sini teks emcee, majlis bertemakan kesultanan Melayu..
CUE |
ANN. |
PERARAKAN
MASUK -
ASYRAF DAN AFIFI |
Mengumumkan
keberangkatan tiba, Duli Yang Maha Mulia Sultan Mohd Depi Ibni Sultan Omar Al Haj, Paduka Seri Sultan Kerajaan Tok Paq Darul Kayangan dan mamanda-mamanda menteri masuk ke Balairung Seri Jernih. |
|
TARIAN
SELAMAT DATANG KALUNGAN SELEPANG |
K INA SALUTASI |
Bismillahirrahmanirrahim,
Majlis hari
ini bertemakan Kesultanan Melayu Melaka. Jadi, izinkan kami berbahasa istana
untuk menyerikan suasana.
Menjunjung
kasih ke bawah Duli Sultan Yang Dipertua Negeri, mamanda-mamanda menteri dan
seluruh rakyat jelata. Patik memohon izin dan restu memulakan acara. Duli Yang
Maha Mulia,
|
MIEZAH UCAPAN
ALU-ALUAN MC |
Ampun Tuanku Beribu Ampun, Sembah Patik Mohon Diampun. Gundah sungguh hamba sahaya, sembah kasih paduka yang mulia. Syahadan, belum sepurnama paduka bonda permaisuri berangkat turun dari takhta kerajaan, kini rakyat Tokpaq Darul Kayangan sekali lagi dirundung duka kerana Paduka yang mulia juga akan menamatkan perkhidmatan dan meninggalkan istana. Sesungguhnya,
benarlah kata pujangga nan sakti, setiap yang bermula pasti ada
pengakhirannya, setiap pertemuan pasti tiba jua detik perpisahan. |
K INA BACAAN DOA |
Bersarang
merbah di sebalik pohon,
|
MIEZAH UCAPAN WAKIL MURID
|
Seisi istana
yang dikasihi, Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
|
K INA UCAPAN YDP PIBG |
Sekalian
rakyat jelata nan dikasihi, Dengan penuh
takzimnya hamba memohon PUAN SALINI BINTI SAID pula untuk menitipkan
bingkisan buat seisi negeri. Mohon bicara PUAN. ------------------------- TERBANG MELAYANG SI ANAK KEDIDI, TERIMA KASIH DAUN KELADI DIUCAPKAN KEPADA YANG BERUSAHA PN SALINI BINTI SAID ATAS UCAPAN SEBENTAR TADI. |
MIEZAH UCAPAN PENGERUSI
BKGK |
Sekalian
Mamanda Menteri dan rakyat jelata yang ada, Dengan penuh
takzimnya hamba memohon Orang Kaya Syahbandar Paduka Indera, Pengiran Mohd
Nor Zeli bin Sulaiman pula untuk menitipkan bingkisan buat seisi negeri.
Mohon bicara pengiran. |
K INA TAYANGAN
MUTIMEDIA |
Wahai sekalian rakyat jelata, Walau sebak
terasa membanjiri dada, namun sudi kiranya seisi negeri menyaksikan
persembahan di anjung istana… dipersilakan |
MIEZAH UCAPAN YG
DIRAIKAN CIKGU DEPI |
Ampun
tuanku beribu ampun, sembah patik mohon diampun. – Salam Kasih buat Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan atas nasihat serta mutiara pemikiran yang dititahkan. |
K INA PERSEMBAHAN
NYANYIAN 1 |
Sekalian
penghuni kerajaan Tok Paq Darul Kayangan, Walau hati
terasa pilu namun ada bingkisan buat Tuanku dan seisi istana. Dengan itu,
patik mempersilakan anakanda Putra
Mohamad Zarith Haikal dan anakanda Putra Amjad Wafi tampil di anjung istana
untuk mengalunkan gurindam. Dipersilakan. Salam kasih
buat anakanda berdua... Tidak
lengkap rasanya jika hari yang istimewa ini, rakyat tidak mendengar alunan
suara Datuk Penghulu Sheikh Azlikamal. Kali ini Datuk akan berpadu suara
dengan adinda kesayangannya Dayang Maisarah. Dipersilakan Datuk. |
MIEZAH PENYAMPAIAN
HADIAH 1 |
Pisang
abu pisang berangan
|
K INA PERSEMBAHAN
NYANYIAN 2 |
Seisi
istana yang disanjungi, Kini tiba pula giliran anakanda Putra Mohamad Zahirudin pula untuk mengalunkan gurindam. Dipersilakan Salam kasih
buat anakanda Putra Zahirudin. Seterusnya, patik ingin mempersilakan tiga bersaudara, Dayang Syuhada, Pengiran Afifi dan Pengiran Asyraf untuk mengambil giliran membuat persembahan di anjung istana. Dipersilakan. Setinggi-tinggi
penghargan dan salam kasih buat adinda bertiga. |
MIEZAH PENYAMPAIAN
HADIAH 2 |
Sekalian penghuni kerajaan Tok Paq Darul Kayangan, Sekali lagi
patik mohon perkenan Tuanku Sultan untuk menerima bingkisan dari kami rakyat
seluruh desa. Dipersilakan Yang Amat Berbahagia, Orang Kaya
Bendahara Seri Maharaja Dato’ Seri
Diraja Rasidi bin Md Janis untuk mengiringi Paduka Sultan menyempurnakan acara. (BACA SENARAI PEMBERI HADIAH) Menjunjung kasih tuanku dan salam kasih orang kaya bendahara. |
KEJUTAN |
Ampun
tuanku beribu ampun, sembah patik mohon diampun. Semoga tiada kemurkaan baginda tuanku, kami hadirkan di sini permaisuri hati tuanku, Permaisuri |
K INA PERSEMBAHAN
NYANYIAN 3 |
Warga
Tokpaq yang disanjungi, Seterusnya patik ingin mempersilakan 3 orang pembesar istana untuk menyampaikan gurindam seloka. Dipersilakan Datuk Paduka Setia Amran Ali, Datuk Seri Amar di Raja Ridzuan dan Datuk Seri Lela Paduka Ahmad Shaari. Salam kasih buat datuk-datuk bertiga. Warga Tokpaq
yang dikasihi... Kami
tampilkan sekarang Yang Amat Berbahagia, Orang Kaya Temenggung
Paduka Raja Dato’ Paduka Syarmila binti Ahmad untuk mendeklamasikan sajak. Dipersilakan. Salam kasih datuk paduka. |
MIEZAH PERSEMBAHAN
TARIAN |
Warga
Tokpaq yang dikasihi, Seterusnya adalah persembahan tarian daripada Kumpulan Tari Istana. Dipersilakan. Salam kasih buat Kumpulan Tari Istana. |
K INA SESI
BERSALAMAN GURU DAN STAF |
Sekalian mamanda menteri dan rakyat jelata, BAK AIR YANG MENGALIR
|
MIEZAH UCAPAN
WAKIL MURID L/P |
Warga dewan
yang dikasihi, Bagi
mewakili seluruh rakyat jelata, dengan penuh takzim dipersilakan Anakanda
Putra Mohamad Zahirudin untuk memimpin sekaliannya menuturkan semangat dan mengucapkan selamat berangkat kepada Duli Paduka. Dipersilakan. |
K INA BERSURAI |
Sungguh
benar kata pujangga,
|
SESI
BERGAMBAR BERAMAI-RAMAI |
|
PUNCH CARD SEND OFF |
|
ZIKIR HARIAN
Himpunan zikir ..... simpan kat sini, https://ecentral.my/zikir-harian/#h-apa-itu-zikir
-
TARIKH : 29 OKTOBER 2018 ALUAN BISMILLAH HIRRAHMANIRRAHIM.... ALHAMDULILLAHHIRABBILALAMIN... RABBISSRAHLISADRIWAY...
-
Dalam keghairahan menghambat kemewahan dunia, masyarakat sering alpa dengan isu pembuangan sampah. Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 16 ...
-
Salah satu ciri yang perlu ada dalam diri setiap individu ialah semangat patriotisme. Patriotisme yang juga disebut sebagai semangat patri...