[se.yo.gia] | سيوݢيا
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, seyogia bermaksud sepatutnya, selayaknya, semestinya: Seyogia ialah kata terbitan daripada perkataan yogia yang bersinonim dengan patut, padan, layak, sesuai, pantas, baik, wajar;
yogia ialah kata adjektif.
Contoh ayat:
Seyogia sukan sememangnya alemen penting
dalam pembentukan insan seimbang dan pembentukan negara jaya.
Seyogia golongan remaja tidak terlibat dengan aktiviti subversif yang akan mencalarkan imej negara.
Sebelum menduduki peperiksaan, seyogia kita perlu membuat persediaan yang lengkap.
Berdasarkan ayat-ayat ini, perkataan seyogia tidak perlu ditambah dengan kata penekan -nya.
Perkataan seyogianya sering digunakan dalam bahasa Indonesia :
Contoh: Di depan orang-orang tua hendaklah engkau berlaku seyogianya.
No comments:
Post a Comment