Salah satu ciri yang perlu ada dalam diri setiap individu
ialah semangat patriotisme. Patriotisme yang juga disebut sebagai semangat
patriotik ialah semangat cinta akan negara atau kesanggupan seseorang
mempertahankan negara daripada kemusnahan. Rakyat yang patriotik diibaratkan
seorang individu yang sanggup mengorbankan dirinya untuk kepentingan negara
tanpa banyak alasan. Antara tindakan yang dilihat sebagai cinta akan negara
meliputi amalan bekerja dengan rajin, tidak menimbulkan masalah seperti terlibat
dalam jenayah, dan membantu rakyat lain yang miskin. Sebelum negara mencapai
kemerdekaan, semangat patrioisme begitu terserlah dalam diri masyarakat. Namun
kini, semangat tersebut semakin lenyap terutamanya dalam kalangan generasi
muda. Masyarakat kini kurang bersyukur dengan keamanan dan
kemakmuran yang terdapat di negara kita. Oleh itu, sebelum nasi menjadi bubur pelbagai usaha perlu dilakukan oleh pelbagai pihak bagi menyuburkan
semangat patriotik dalam jiwa masyarakat. Persoalannya, apakah peranan ibu
bapa dalam menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak?
Langkah yang paling mudah dilakukan oleh
ibu bapa untuk menerapkan semangat cinta akan negara ialah sering membawa anak
melancong ke tempat bersejarah di negara ini terutama ketika musim cuti
sekolah. Hal ini sesuai dengan aforisme sambil menyelam minum air kerana
melancong dapat mengeratkan hubungan antara keluarga dan apabila melihat tempat
atau bangunan yang bersejarah, anak-anak akan lebih memahami peristiwa yang
telah berlaku. Sebagai contoh, ibu bapa boleh membawa anak-anak melawat Kota
A’Famosa yang terletak di Melaka. Kota yang dibina pada tahun 1511 ini menyimpan
pelbagai maklumat dan pengajaran yang boleh menyuntik semangat cinta akan negara. Lawatan ke muzium juga
memberi faedah.Di Malaysia, terdapat sebuah muzium iaitu Muzium Negara yang
mempunyai pelbagai khazanah orang pada zaman dahulu, pakaian istana,
keris-keris yang digunakan oleh tokoh terdahulu untuk menentang penjajah luar. Anak-anak
bukan sahaja dapat mengenali tokoh-tokoh terdahulu seperti Dato Bahaman dan Mat
Kilau malah menerapkan semangat keberanian perwira-perwira negara yang
mengamalkan peribahasa biar putih tulang, jangan putih mata dalam mempertahankan
negara suatu ketika dulu. Tegasnya, lawatan ke tempat bersejarah boleh
menimbulkan rasa bangga dan berterima kasih atas perjuangan tokoh tersebut
seterusnya meningkatkan semangat cinta akan negara.
Seterusnya, ibu bapa perlu meluangkan masa untuk bercerita mengenai
peristiwa-peristiwa atau kisah yang berkaitan dengan sejarah kepada anak-anak
bagi melahirkan generasi muda yang bersemangat patriotik. Bak kata pepatah, “pemuda harapan bangsa, pemudi
tiang negara”. Sebagai contohnya, sebelum
anak-anak masuk tidur, ibu bapa boleh membacakan cerita mengenai
pejuang-pejuang bangsa kepada anak-anak seperti kisah perjuangan Datuk Bahaman,
Datuk Maharajalela, Mat Kilau, Kapten Hasan dan lain-lain ketika menentang
Inggeris. Ibu bapa boleh juga menceritakan sendiri pengalaman nenek moyang
terdahulu, betapa mereka menderita dizalimi dan didera semasa zaman
penjajahan di negara kita. Anak-anak yang bijak sudah pastinya dapat
membandingkan kehidupan mereka sekarang berbanding dahulu. Hal ini boleh
menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Malah,
ibu bapa zaman moden ini boleh menggunakan teknologi untuk menghuraikan
semangat patriotik kepada anak mereka. Penggunaan teknologi seperti Internet
dan telefon pintar membolehkan ibu bapa menyalurkan lebih banyak informasi
tentang sejarah negara dengan satu sentuhan sahaja. Ibu bapa boleh melayari
internet untuk mendapatkan maklumat tentang sejarah negara yang kadangkala
begitu mengelirukan itu juga. Sesungguhnya, ibu bapa perlu melaksanakan tanggungjawab dengan baik bagi memastikan anak mereka memiliki rasa cinta akan negara
Di samping itu, ibu
bapa juga harus membawa anak-anak untuk menyertai sambutan peristiwa-peristiwa
penting negara seperti sambutan hari kebangsaan
tanggal 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September setiap tahun.
Biasanya, kawasan sambutan ini akan dipenuhi dengan pelbagai acara yang cuba
meniupkan semangat cinta akan negara ini dalam hati mereka yang hadir itu.
Suasana yang penuh dengan semangat nasionalisme ini pasti menimbulkan rasa
bangga dalam hati anak yang menontonnya itu. Sebagai contoh, ibu bapa dan
anak-anak boleh sama-sama mengibarkan Jalur Gemilang dan menyanyikan lagu-lagu
patriotik agar semangat cinta kepada negara terus bersemarak dalam jiwa. Sambutan
hari kebangsaan juga biasanya disertai oleh pelbagai kaum yang ada di negara
kita. Justeru, ibu bapa dan anak-anak akan mendapat
peluang untuk melihat persembahan daripada kaum lain dan berkenal-kenalan
antara satu sama lain. Secara tidak langsung, perpaduan antara kaum akan
tercapai dan wujudlah masyarakat yang harmoni yang bersemangat patriotik.
Jelaslah bahawa, jika ibu bapa dapat membawa anak-anak menyambut hari Kebangsaan
setiap tahun sejak mereka kecil lagi sudah pasti semangat patriotik dapat
dipupuk dengan mudah kerana melentur
buluh biarlah dari rebungnya.
Selain itu, pada masa ini ramai ibu bapa
yang membimbing anak-anak mereka dalam menguasai subjek Sejarah. Bagi segelintir
pelajar, subjek Sejarah amat sukar dikuasai kerana banyak fakta yang perlu
dihafal dan diingati. Tambahan pula, mereka tidak pernah
merasai keperitan tokoh-tokoh terdahulu yang bermati-matian memperjuangkan
tanah air yang bertuah ini. Oleh itu, ibu bapa tidak boleh memberi
tekanan kepada anak-anak dengan memaksa dan memarahi mereka jika gagal dalam
subjek sejarah. Hal ini kerana, anak-anak umpama kain putih, ibu bapalah yang
perlu mencorakkannya dengan menerapkan semangat cinta akan negara.
Bertitik tolak daripada itu, ibu bapa perlu menyokong anak-anak mereka agar
mereka tidak berasa tertekan malah semangat bersemangat dalam mempelajari
subjek Sejarah. Selain itu, ibu bapa boleh menghantar anak-anak mereka
menghadiri kelas tuisyen untuk menguasai subjek Sejarah demi meningkatkan
prestasi anak dalam subjek tersebut. Rentetan itu, penguasaan dalam subjek ini
akan membibitkan rasa cinta terhadap subjek Sejarah seterusnya melahirkan
kecintaan terhadap negara.
Lanjutan daripada huraian yang telah
dinyatakan di atas, langkah yang seterusnya ialah ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak- anak. Berdasarkan peribahasa, bapa borek, anak
rintik, ibu bapa perlu menjadi ikon kepada anak-anak dalam
menerapkan semangat cinta akan negara. Dalam konteks ini, ibu bapa tidak
sewajarnya menunjukkan etika yang bertentangan dengan semangat patriotisme itu
sendiri. Perlakuan yang pernah menjadi isu suatu ketika dahulu iaitu
seorang warga Malaysia yang mempersendakan lagu Negaraku malah ada yang berani
memijak bendera Jalur Gemilang tidak seharusnya dilakukan. Malah ibu bapa
perlu menunjukkan semangat cinta akan negara melalui kibaran Jalur
Gemilang dengan bangga untuk diteladani oleh anak-anak. Secara tidak
langsung, perbuatan ini akan menjadi ikutan kerana di mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Dengan cara ini juga, anak-anak akan sedar betapa pentingnya semangat
patriotisme ini. Tambahan pula, ibu bapa boleh bercerita tentang
perjuangan tokoh-tokoh tanah air yang berjuang hingga titisan darah yang
terakhir demi mempertahankan negara yang tercinta daripada ancaman
penjajah. Sememangnya, keluarga memainkan peranan yang sangat signifikan
dalam memupuk semangat cinta akan negara dalam diri anak-anak mereka.
Sebagai menggulung segala yang telah
diperkataan di atas, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam memupuk masyarakat
yang mempunyai semangat cinta akan tanah air. Pepohon pokok tidak akan
berliuk lentuk jikalau tiada angin yang meniupnya oleh itu, ibu bapa
bertanggungjawab memupuk semangat cinta akan negara dalam diri anak-anak.
Sebenarnya, anak-anak merupakan tonggak utama dalam menjayakan visi kudsi Wawasan 2020 pada masa hadapan. Kita
mengakui hakikat bahawa uslub ini perlu
dilakukan dan boleh dimulakan dengan langkah-langkah yang telah disarankan di
atas. Dengan berbuat demikian, anak-anak dapat memupuk malah menguatkan
semangat cinta akan tanah air dalam diri mereka. Nescaya, semangat patriotisme
yang telah sebati dalam diri anak-anak akan dapat melahirkan generasi muda yang
mantap jati diri. Sebagai kesimpulannya, semangat patriotik merupakan asas
kekuatan rakyat untuk terus berbakti kepada negara.
saya nak minta karangan faedah amalan berkerjasama dalam kalangan masyarakat
ReplyDeleteNk mintak izin ambik isi ii karangan ni
ReplyDeleteVery useful...esok paper bm spm 2019
ReplyDeleteSangat berguna
ReplyDeletemintak izin
ReplyDeleteKarangan Yang bagus untuk pelajar
ReplyDeleteTq isi isi karangannya semoga di permudahkan urusan
ReplyDeleteKemah
ReplyDeleteMantap pak abu
ReplyDeleteEsok dh perikso
ReplyDelete😭
Esop dh exam spm 2020 semoga bermanfaat utk esop🤲🏻
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMinta izin :)
ReplyDeleteberape patah perkataan ni?
ReplyDeleteAssalammualaikum cikgu
ReplyDeleteMantappppppppppppppppppppppp
ReplyDeleteAssalamualaikum cikgu saya mintak izin nk study amik bahan yeeee🙆
ReplyDelete