Monday, 17 January 2022

TEKS PENGACARA MAJLIS PERSARAAN

 

TEKS PENGACARA MAJLIS LESTARI INGATAN SEJUTA KASIH

Tarikh           : O9 JANUARI 2022
Masa             : 11.30 pagi
Tempat         : Dewan Seri Jernih, SMK Dato’ Jaafar Hassan

 

PERKARA/ PEMBACA

BUTIRAN

CATATAN

 

Ketibaan Tetamu

 

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

 

Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana majlis kita akan bermula sebentar lagi.

 

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Pn Siti Rukiah Bt Hj Ikhsan dengan diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan. Dipersilakan mengambil tempat.

 

Daun Selasih Di Tengah Gurun

Nampak Jalur Pohon Cemara

Tradisi Melayu Turun Temurun

Pantun Ditutur Pembuka Bicara

 

Pagi yang indah penuh ceria

Hari yang berbahagia penuh bermakna

Kami bawakan kepada anda Majlis “Lestari Ingatan Sejuta Kasih” sempena persaraan Pn Siti Rukiah Bt Hj Ikhsan Penolong Kanan HEM SMK Dato’ Jaafar Hassan.

 

Bacaan Doa

 

 

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam Keluarga Malaysia, salam #09Educators dan Salam Tok Paq Sentiasa Di hati.


Hadirin yang dimuliakan,

Bunga Mawar Cantik Tersemat

Dipetik Gadis Di Tepi Titi

Doa Dibaca Memohon Rahmat

Moga majlis Sentiasa Diberkati

 

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita  mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh: Al Fadil Ustaz Mohd Saipuddin bin Hassan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)**********

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Mohd Saipuddin bin Hassan atas bacaan doa itu tadi.

SALUTASI

Awal Bismillah Pembuka Bicara

Ucapan Alu-Aluan Pemula Acara

Selamat Datang Kata Disua

Lestari Ingatan Sejuta Kasih” Majlis Bernama

 

Yang Diraikan

Cikgu Siti Rukiah bt Hj Ikhsan

Penolong Kanan Hal-ehwal Murid

 

Yang Berusaha Cikgu Nor Shahida Son bt Abdullah

Pengetua SMK Dato’ Jaafar Hassan

 

Yang Berusaha Cikgu Norihan bt Ibrahim

Penolong Kanan Kokurikulum

 

Yang Berusaha Cikgu Ahmad Shukri bin Awang Sidek

Penolong Kanan PPKI

 

Yang dihormati barisan pentadbir sekolah, rakan-rakan guru dan staf-SMK DJH, para pelajar yang dikasihi, seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

 

Sarung ketupat berisi inti

Dibawa budak sambil berlari

Kehadiran semua sangat dihargai

Moga Majlis bertambah seri

 

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, kita dapat bersama-sama pada pagi ini dalam satu majlis penghargaan untuk meraikan Cikgu Siti Rukiah bt Hj Ikhsan yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai seorang penjawat awam.

 

 

 

KATA-KATA ALUAN PENGACARA

 

Hadirin yang dikasihi,.

 

Pagi-Pagi Makan Halwa

Halwa Manis Dari Istana

Pagi Ini Kita Bersua

Raikan Majlis Penuh Bermakna

 

Selak Tabir Ambil Geliga

Belati Tajam Letak Di Riba

Gelak Bibir Tampak Gembira

Hati Di Dalam Sayu Dan Hiba

 

Sudah menjadi adat dan lumrah kehidupan, setiap pertemuan pasti mengundang perpisahan.

Sekalung penghargaan diucapkan buat Cikgu Siti yang diraikan atas kesudian menghadirkan diri. Tidaklah seberapa majlis ini untuk meraikan cikgu yang hebat dan sangat dedikasi.

 

UCAPAN WAKIL ASPURA / ASPURI

Pulau Pandan Jauh Ke Tengah

Gunung Daik Bercabang Tiga

Aluan Sudah Doapun Sudah

Tiba Masa Ke Acara Seterusnya

 

Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan hormatnya mempersilakan …………………………………………………………. Wakil ASPURA / ASPURI untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

 

******UCAPAN******

 

Terima kasih ……………………………………………………. atas ucapan yang disampaikan tadi.

 

 

UCAPAN PENGERUSI BKGK

Hadirin yang dikasihi,

 

Pergi ke kota beli selasih,

        Sayang si dara buat halwa,

Berilah kata simpulan kasih,

      Sulamkan mesra satukan jiwa.

 

Majlis diteruskan dengan menjemput Yang dihormati, Encik Zainul Akramin bin Matt Saman, Pengerusi BKGK SMK DJH untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.

 

**** UCAPAN ****

 

–       Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

 

 

 

UCAPAN PENGETUA

 

Hadirin yang dikasihi,

 

Tak Sempurna Kata Tanpa Bicara

Tak Sempurna Bicara Tanpa Bahasa

Tak Sempurna Perjalanan Majlis Kita

Jika Tiada Ucapan Dari Pengetua

 

Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan, Yang berusaha, Pn Nor Shahida Son binti Abdullah, Pengetua SMK Dato’ Jaafar Hassan  untuk menyampaikan sepatah dua kata. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

 

**** UCAPAN ****

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha  Pn Nor Shahida Son atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Ucapan

Yang Dirai

PK HEM

Hadirin yang dikasihi,

 

Tak Molek Jika Ada Alu Tiada Lesungnya

Tak Berguna Jika Ada Dayung Tiada Perahunya

Tak Lengkaplah Majlis Jika

Yang Diraikan Tidak Berbicara

 

 Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan.

 

Pihak majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Yang Diraikan, Cikgu Siti Rukiah binti Hj Ikhsan untuk menyampaikan ucapan beliau. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

 

*******UCAPAN**********

Kain Berlipat Dalam Istana

Pakaian Puteri Raja Kayangan

Sepatah Nasihat Ilmu Yang Berguna

Secubit Budi Jadi Kenangan

 

Buah Longan Beli Sekati

Buat Makan Di Atas Titi

Pesanmu Puan Kami Ingati

Jadi Azimat Di Dalam Hati

 

–       Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

 

 

 

Persembahan Multimedia

 

Para Hadirin yang kami muliakan,

 

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan

Itu adat, itu lumrah kehidupan

Begitulah rentetan perjalanan

Walau sukar untuk ditelan

Tapi kaki tetap mengorak jalan

Selagi hayat dikandung badan

 

Gaharu Bukan Sebarang Gaharu

Baunya Harum Sampai Ke Rusia

Guru Bukan Sebarang Guru

Izinkan Kami Membuka Rahsia

 

Untuk itu, marilah kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan Cikgu Siti Rukiah bt Hj Ikhsan.

 

*** Persembahan multimedia *****

 

Tabur Bunga Harum Kasturi

Beras Kunyit Berselang-Seli

Pelajar Dididik Kasih Diberi

Pendidik Cemerlang Pemimpin Misali

 

Begitulah tadi persembahan memori terindah Cikgu Siti Rukiah bt Hj Ikhsan yang pasti terpahat kukuh dalam ingatan kita semua. Mudah-mudahan persembahan tadi dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua

 

Terima kasih kepada team unit ict iaitu Pn Zuraida bt Mukhtar  yang telah menjayakan persembahan tersebut. 

 

 

Penyampaian Hadiah & cenderamata

 

Kuning emas masaknya padi

Mawar merah dalam jambangan

Terima kasih daun keladi

Budi tuan jadi kenangan

 

Sumbangan tuan tidak bertepi

Mengorban diri menyemai bakti

Ganjaran terbaik hanya dari Ilahi

Dari kami terimalah cenderamata ini

 

Majlis mempersilakan Cikgu Siti Rukiah bt Hj Ikhsan untuk menerima cenderamata tanda kenang kenangan dari kami.

 

Acara   penyampaian   cenderamata   pada   pagi   ini   kita   akan   mulakan   dengan hadiah daripada...

 

RUJUK SENARAI PENYAMPAI HADIAH

1.

2.

.....

 

 

PENUTUP

 

 

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Cikgu Siti Rukiah bt Hj Ikhsan.

atas kesudian menerima cenderamata itu tadi.

 

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata sebentar tadi.

 

Umpama memanjat dah sampai ke puncak
Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima

 

Kita telah pun berada di hujung acara.

Untuk Cikgu Siti Rukiah ….

 

Guru umpama bintang cemerlang
Walau bersara jasa dikenang

 

Raut wajah damai dan tenang,

Tiada terkalam kasih dijunjung,

Jasa baktimu tetap dikenang,

Budi baikmu tetap disanjung.

 

Tuai padi antara masak

Esok jangan layu-layuan

Intai kami antara nampak

Esok jangan rindu-rinduan

 

 

PENUTUP

Hadirin yang dihormati,

 

Hari ini menanam jagung

Hari esok menanam serai

Hari ini kita berkampung

Hari esok kita bersurai 

 

Waktu terasa cepat berlalu. Tiada kata secantik bahasa untuk menggambarkan beratnya hati melepaskan pergi. Namun, yang tersirat telah pun tersurat. Kami mendoakan semoga Cikgu Siti Rukiah akan sentiasa sihat dan menikmati hari-hari bahagia bersama keluarga tercinta.

 

Selamat bersara Cikgu. Segala kenangan akan terpahat menjadi memori sepanjang zaman.

 

Hadirin,

Dengan itu, berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini.

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menyempurnakan majlis pada hari ini.

 

Sekian. Assalammualaikum w.b.t.

No comments:

Post a Comment

seyogia atau seyogianya

[se.yo.gia] | سيوݢيا Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, seyogia bermaksud sepatutnya, selayaknya, semestinya: Seyogia ialah kata terbitan dar...