Wednesday, 28 December 2022
Friday, 23 September 2022
TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN
SKRIP PENGACARA
PERASMIAN PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN KE 65
TAHUN 2022
1 |
2.15 UCAPAN PENGERUSI -BACAAN DOA |
SEMUA GURU DAN PELAJAR MENGAMBIL TEMPAT Assalammualaikum w.b.t, salam
sejahtera, salam #09Educators dan salam Keluarga Malaysia Hadirin diminta bersedia untuk nyanyian 1.NEGARAKU 2.NEGERI PERLIS 3.LAGU SEKOLAH 4.LAGU SEKOLAHKU SEJAHTERA ******************************************************** Terima kasih. Hadirin dipersilakan duduk. Bagi memberkati majlis pada hari ini, dipersilakan al
fadzil Ustaz ……………………...............................................……. untuk
mengetuai bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis kita berlangsung dengan jayanya hingga usai segala-galanya. |
2 |
SOLUTASI |
Ayam Selasih di dahan kuini, Memagut serangga mencari makan; Terima Kasih berkampung di sini, Penutup Bulan Kebangsaan kita raikan Yang Berusaha Cg Nor Shahida Son bt Abdullah Pengetua SMK DATUK JAAFAR HASSAN Yg
Dihormati, Cg Mohd Depi Bin Omar Guru
Penolong Kanan Pentadbiran, Yg Dihormati Cg Rasidi Bin Md Janis, Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Yg Dihormati Cg Syarmila Bt Ahmad Guru
Penolong Kanan Kokurikulum, Yang Dihormati Cg Ahmad Syukri B Awang Sidek, Guru Penolong Kanan PPKI Ahli jawatankuasa Program Sambutan
Bulan Kebangsaan Tahun 2022 |
4. |
UCAPAN PENGETUA - PERASMIAN PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN |
Rakan-rakan guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian, |
5. |
TAYANGAN VIDEO MAT KILAU |
Meneruskan
kelangsungan acara, sama-sama kita saksikan tayangan video Mat Kilau yang menyertai
pertandingan anjuran JPN baru-baru ni. Macam mana? Hebat / menarik bukan. |
6. |
PERSEMBAHAN PELAJAR -
NYANYIAN -
LAKONAN |
Hadirin
yang dimuliakan, Mari
kita teruskan lagi kemeriahan hari ini dengan beberapa persembahan. Semua dah
bersedia? Ayuh,
kita saksikan... |
7. |
2.45 PENYAMPAIAN HADIAN |
Hadirin dan
hadirat sekalian, Kini
tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu acara penyampaian hadiah kepada para
pemenang bagi setiap pertandingan yang telah dilaksanakan sepanjang sambutan
Bulan Kebangsaan. Bagi tujuan itu, majlis dengan sukacitanya
mempersilakan Yang Berusaha Yang Berusaha Cg Nor
Shahida Son bt Abdullah, Pengetua SMK DATUK JAAFAR HASSAN diiringi oleh Yg Dihormati Cg Rasidi bin Janis, Guru Penolong Hal Ehwal Murid untuk menyempurnakan
acara penyampaian hadiah. Dipersilakan.
|
8 |
3.40 BERSURAI |
Tenang-tenang air di kali, Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah. |
Thursday, 22 September 2022
Wednesday, 10 August 2022
SKRIP PENGACARA PERASMIAN BULAN KEBANGSAAN KE 65
1 |
UCAPAN PENGERUSI - NYANYIAN LAGU 1.NEGARAKU 2.NEGERI PERLIS 3.LAGU SEKOLAH 4.LAGU SEKOLAHKU
SEJAHTERA -BACAAN DOA |
|
2 |
Kata
Alu-aluan Pengacara Majlis |
Bismilahhirahmanirahim... Assalammualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam #09Educators dan salam
Keluarga Malaysia Ceria wajah terserlah manis, Hati berkobar semangat
dibawa, Sambutan merdeka penyeri majlis, Sematkan gagah di dalam
jiwa Pengetua
SMK DATUK JAAFAR HASSAN Yg Dihormati, Cg Mohd Depi Bin Omar Guru Penolong Kanan
Pentadbiran, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid Guru Penolong Kanan
Kokurikulum, Guru Penolong Kanan
PPKI Ahli jawatankuasa Program Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2022 |
3 |
UCAPAN PKKO |
NEGERI PERLIS
AMAN SENTOSA, PENDIDIKAN
GEMILANG MISI UTAMA, DENGAN
TIADA MELENGAHKAN MASA, KITA
MULAKAN ATUR CARA PERTAMA. Hadirin yang dimuliakan, Sepanjang bulan
kebangsaan ini berlangsung, pihak jawatankuasa sambutan telah menyediakan
pelbagai aktiviti untuk semua pelajar. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Yang Berusaha Pn Syarmila bt Ahmad, GPK Koko untuk memberikan taklimat tentang aktiviti-aktiviti tersebut.
Dipersilakan. - |
4. |
UCAPAN PENGETUA - PELANCARAN DAN
PERASMIAN BULAN KEBANGSAAN |
Rakan-rakan guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian, - Majlis merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Pengetua atas ucapan yang telah disampaikan. |
5. |
GIMIK |
Meneruskan
kelangsungan acara, sama-sama kita saksikan dan berikan tumpuan terhadap
gimik pelancaran Bulan Kebangsaan SMK Datuk Jaafar Hassan Tahun
2022. Sama-sama kita saksikan. Gimik pelancaran
sebentar tadi secara keseluruhannya telah diberi sentuhan oleh ………………………….. |
6. |
NYANYIAN LAGU
PATRIOTIK |
Hadirin yang
dimuliakan, Ayuh, kita nyanyi
bersama dengan penuh semangat. 1.
LAGU TANGGAL 31 2.
LAGU JALUR GEMILANG 3. LAGU KERANAMU MALAYSIA |
7. |
LAUNGAN MERDEKA 3X |
Hadirin yang
dihormati, Kita semarakkan lagi
pagi ini dengan laungan keramat MERDEKA yang akan dipimpin oleh cikgu Izham
Afendy. Dipersilakan. |
8 |
BERSURAI |
Begitulah tadi meriahnya majlis pelancaran “Bulan Kebangsaan”
Ingatlah ini baru sahaja permulaan. Diharapkan sambutan ini akan sentiasa
bersemangat dan hangat sepanjang sambutan bermula pada hari ini hinggalah
pada penutupnya pada 16 September nanti.
Sekian. Assalamualaikum W.B.T dan selamat sejahtera |
Friday, 24 June 2022
SKRIP JURUACARA MESYUARAT AGONG PIBG
1 |
Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Perlis dan Lagu Sekolah |
Sidang Hadirin yang dihormati, Marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnya menyanyikan lagu Negaraku, lagu negeri Perlis dan lagu Sekolah. .....Selesai nyanyian lagu.......... Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk. |
2 |
Kata Alu-aluan Pengacara Majlis |
Bismilahhirahmanirahim... Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam Keluarga Malaysia. Kapur gambir di dalam puan, Menggobek sirih tepi serambi, Selamat datang hadirin
dan taulan, Tambah sempurna majlis kami. Yang Berusaha Pn. Salini binti Said, Yang Dipertua PIBG SMK DATUK JAAFAR HASSAN Yang Berusaha Cg Nor Shahida Son bt Abdullah, Pengetua SMK DATUK JAAFAR HASSAN Yg dihormati En. Abdul Hamid b Mat Isa, Naib Yang Dipertua PIBG SMK DATUK JAAFAR HASSAN Yg Dihormati, Cg Mohd Depi Bin Omar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Yg Dihormati Cg Rasidi Bin Md Janis, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Yg Dihormati Cg Syarmila Bt Ahmad, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Yang Dihormati Cg Ahmad Syukri B Awang Sidek, Guru Penolong Kanan PPKI Ahli-Ahli Jawatankuasa PIBG, Ibu Bapa, Guru-guru dan hadirin yang dirahmati Allah sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin serta limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-32 tahun 2022. Pihak majlis turut sama merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh hadirin dan hadirat yang sudi meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan Mesyuarat Agung PIBG yang kita rencanakan pada hari ini. |
3 |
Bacaan Doa |
Bagi memberkati majlis, marilah
sama-sama kita menadah tangan untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh
Ustaz Mohd Saifuddin bin Hassan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. ............ SELESAI BACAAN DOA ........... Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz atas pimpinan bacaan doa itu sebentar tadi. |
4. |
Ucapan YDP PIBG |
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Pn Salini binti Said, Yang Dipertua PIBG SMK Datuk Jaafar Hassan untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan puan. .......SELESAI UCAPAN YDP PIBG.......... Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn Salini atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi. |
5. |
Ucapan Perasmian |
Kini tibalah masa untuk kita mendengar amanat dan ucapan yang akan disampaikan oleh Yang Berusaha Cg Nor Shahida Son bt Abdullah, Pengetua SMK DATUK JAAFAR HASSAN dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SMK Datuk Jaafar Hassan kali ke-32 tahun 2022 Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. …….SELESAI UCAPAN PERASMIAN....... Majlis mrakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Cg Nor Shahida Son bt Abdullah atas ucapan dan perasmian itu tadi. |
6. |
Penyampaian Sijil/ Cenderamata Kepada AJK PIBG 2021/2022 |
Hadirin
yang Dimuliakan, Bagi menghargai jasa dan sumbangan Jawatankuasa PIBG SMK DJH Sesi 2021/2022, majlis sekali lagi mempersilakan Yang berusaha, Cg Nor Shahida Son bt Abdullah untuk menyampaikan cenderahati dan sijil penghargaan. Dipersilakan. (SENARAI AJK PIBG 2021/2022) Malis merakamkan setinggi penghargaan kepada Yang Berusaha Tuan Pengetua atas kesudian menyampaikan sijil dan cenderahati sebentar tadi. |
7. |
Mesyuarat Agung PIBG |
Hadirin yang dihormati sekalian. Mesyuarat PIBG ini tidak lain menjadi medan pertemuan dan percambahan idea, maklum balas dan pandangan dalam usaha melahirkan murid yang berketerampilan bukan sahaja dalam bidang akademik, kokurikulum, bahkan sahsiah diri yang cemerlang. Semoga anak-anak kita akan menjadi insan yang cemerlang, bukan sahaja cemerlang di dunia malah cemerlang di akhirat. Jadi, tanpa melengahkan masa, majlis diserahkan kepada Yg Berusaha Pn Salini bt Said, YDP PIBG SMK DJH untuk meneruskan agenda mesyuarat. Dipersilakan. |
SELEPAS
MESYUARAT AGUNG SELESAI.... |
||
8 |
Cabutan bertuah |
Seterusnya kita akan membuat beberapa sesi cabutan bertuah. Diharap para hadirin dapat kekal di dalam dewan sehingga selesai majlis. 1. Cabutan
1 Penyampai hadiah :______________
2.
Cabutan
2 Penyampai hadiah :______________
3. Cabutan 3 Penyampai hadiah :______________ |
9 |
Penutup |
Dengan berakhirnya cabutan bertuah itu tadi, maka tamatlah Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 32 pada pagi ini. Kami bagi pihak majlis merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada ibu bapa, guru-guru dan para hadirin atas kesudian hadir memeriahkan majlis pada hari ini. Pihak majlis juga memohon kemaafan seandainya berlaku sebarang kepincangan sepanjang pengendalian majlis hari ini. Semoga kita berjumpa lagi dalam majlis-majlis lain anjuran sekolah pada masa akan datang. Sekian,
Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum
warahmatullahiwabarakatuh….. |
seyogia atau seyogianya
[se.yo.gia] | سيوݢيا Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, seyogia bermaksud sepatutnya, selayaknya, semestinya: Seyogia ialah kata terbitan dar...
-
TARIKH : 29 OKTOBER 2018 ALUAN BISMILLAH HIRRAHMANIRRAHIM.... ALHAMDULILLAHHIRABBILALAMIN... RABBISSRAHLISADRIWAY...
-
Dalam keghairahan menghambat kemewahan dunia, masyarakat sering alpa dengan isu pembuangan sampah. Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 16 ...
-
Salah satu ciri yang perlu ada dalam diri setiap individu ialah semangat patriotisme. Patriotisme yang juga disebut sebagai semangat patri...