NASIHAT
UNTUK PELAJAR
Jika
anda menjadi pelajar,
Jangan
malas untuk belajar.
Jika
anda menuntut ilmu,
Jangan
sesekali berasa jemu.
Jika
rajin mengulang kaji,
Mudah
jawab apa diuji.
Jika
anda hendak berlatih,
Mesti
tahan penat letih.
Jangan
asyik berangan-angan,
Tekun
gigih jadi pegangan.
Jika
berusaha sambil lewa,
Tidak
hairan kalau kecewa.
Jika
belajar tidak jemu,
Banyak
ilmu akan ditemu.
Apa
gunanya banyak bercakap,
Jika
kerja tidak cekap.
Jika
suka ponteng sekolah,
Ilmu
tak dapat, tentu rugilah.
Berusaha
dengan bersungguh-sungguh,
Jangan
suka tangguh-tangguh.
Jika
tak mahu dengar nasihat,
Apabila
besar jadi jahat.
Jika
tulisan terang dan bersih,
Hati
pemeriksa sayang dan kasih.
Banyak
membaca fikiran kaya,
Rajin
berusaha pasti berjaya.
Jika
tulisan tidak boleh dibaca,
Mata
pemeriksa akan berkaca.
Masa
itu emas dan wang,
Walaupun
sedikit jangan dibuang.
Jangan
nanti esol lusa,
Masa
beredar tanpa dirasa.
Jika
leka sering bersuka,
Tidak
hairan datang celaka.
Jika
rajin membaca buku,
Otak
cerdas tidak beku.
Jangan
mudah berputus asa,
Semua
harapan hancur binasa.
Jika
anda bekerja kuat,
Banyak
perkara boleh dibuat.
Budi
bahasa amat berharga,
Tingkah
laku wajib dijaga.
Sudah
tahu belajar lagi,
Banyak
untung tiada rugi.
KENANGAN
DARIPADA,
PN.
HALIJAH BT IBRAHIM,
4
NOVEMBER 2011.
SMK DJH
No comments:
Post a Comment