Wednesday 28 August 2019

Syair Malaysia Tercinta

Sempena bulan merdeka ni, nak share syair yang saya jumpa dari blog ni..https://ixoramerah.wordpress.com/2012/09/24/syair-malaysia-tercinta/

Aku Melayu anak Malaysia,
lahir di bumi yang kaya raya,
bertuah sungguh rasa di jiwa,
hidup ku senang tiada sengsara.

Negara ini merdeka sudah,
lima dekad tidak dijajah,
rakyatnya bebas tiada gundah,
pergi ke mana terasa indah.

Berbilang kaum bersatu-padu,
Islam dan Buddha mahupun Hindu,
hitam dan putih atau kelabu,
boleh berpakat mampu bersatu.

Songket sutera dan juga sari,
teluk belanga, batik dan dotti,
cantik berseri berwarna-warni,
satu negara penuh harmoni.

Pilih sahaja apa makanan,
nikmati semua yang berkenan,
nasi lemak mee dan roti naan,
bahulu muruku atau kuih bulan.

Ada hari kita bercuti,
di Aidilfitri dan Raya Haji,
Tahun Baru Cina juga Deepavali,
Krismas Thaipusam dan banyak lagi.

Dari Perlis hingga ke Johor,
Sabah Sarawak sama tersohor,
bumi Malaysia sudahlah masyhur,
rakyat peramah berbudi luhur.

Satu dunia inginku laung,
langit Malaysia aku bernaung,
bangga berbakti nama dijunjung,
negara tercinta yang ku sanjung.

Indahnya laut pasir di pantai,
tempat pelancong bersantai-santai,
tanah airku negeri nan damai,
budi ditabur jasa disemai.

Orang yang datang melimpah-ruah,
mencari kerja di bumi bertuah,
menumpang hidup tenaga dicurah,
betapa di sini rezekinya murah.

Malaysia ku ini amat ku cinta,
tempat lahirku membina cita,
teruslah aman itu ku pinta,
bahagialah hidup sesama kita.

1 comment:

seyogia atau seyogianya

[se.yo.gia] | سيوݢيا Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, seyogia bermaksud sepatutnya, selayaknya, semestinya: Seyogia ialah kata terbitan dar...