Friday, 8 November 2019
Monday, 23 September 2019
Yusuff Ahmad - Sejarahku Gemilang 2016
share kat sini.. dengar masa ceramah sejarah tadi, rasanya boleh guna untuk BM juga.
Wednesday, 28 August 2019
Syair Malaysia Tercinta
Sempena bulan merdeka ni, nak share syair yang saya jumpa dari blog ni..https://ixoramerah.wordpress.com/2012/09/24/syair-malaysia-tercinta/
Aku Melayu anak Malaysia,
lahir di bumi yang kaya raya,
bertuah sungguh rasa di jiwa,
hidup ku senang tiada sengsara.
Negara ini merdeka sudah,
lima dekad tidak dijajah,
rakyatnya bebas tiada gundah,
pergi ke mana terasa indah.
Berbilang kaum bersatu-padu,
Islam dan Buddha mahupun Hindu,
hitam dan putih atau kelabu,
boleh berpakat mampu bersatu.
Songket sutera dan juga sari,
teluk belanga, batik dan dotti,
cantik berseri berwarna-warni,
satu negara penuh harmoni.
Pilih sahaja apa makanan,
nikmati semua yang berkenan,
nasi lemak mee dan roti naan,
bahulu muruku atau kuih bulan.
Ada hari kita bercuti,
di Aidilfitri dan Raya Haji,
Tahun Baru Cina juga Deepavali,
Krismas Thaipusam dan banyak lagi.
Dari Perlis hingga ke Johor,
Sabah Sarawak sama tersohor,
bumi Malaysia sudahlah masyhur,
rakyat peramah berbudi luhur.
Satu dunia inginku laung,
langit Malaysia aku bernaung,
bangga berbakti nama dijunjung,
negara tercinta yang ku sanjung.
Indahnya laut pasir di pantai,
tempat pelancong bersantai-santai,
tanah airku negeri nan damai,
budi ditabur jasa disemai.
Orang yang datang melimpah-ruah,
mencari kerja di bumi bertuah,
menumpang hidup tenaga dicurah,
betapa di sini rezekinya murah.
Malaysia ku ini amat ku cinta,
tempat lahirku membina cita,
teruslah aman itu ku pinta,
bahagialah hidup sesama kita.
Tuesday, 21 May 2019
FAEDAH-FAEDAH KOPERASI DI SEKOLAH
Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari
menjelang ambang 2020, keadaan ini menandakan titik permulaan zaman yang serba
mencabar minda kita. Dalam meniti ranjau kehidupan yang penuh pancaroba ini,
pihak sekolah telah menubuhkan koperasi di sekolah. Koperasi merupakan
perniagaan yang dibangunkan oleh pihak sekolah yang ahlinya terdiri
daripada pelajar, guru, dan seluruh warga sekolah. Dengan
adanya koperasi di sekolah, kita dapat memperoleh banyak kebaikan yang tidak
dapat kita kira dengan jari jemari kita!. Persoalannya
kini, apakah kebaikan penubuhan koperasi sekolah kepada warga sekolah itu
sendiri? Oleh hal yang demikian, faedah-faedah koperasi sekolah yang akan
menjadi fokus perbincangan saya pada hari ini akan dikupas dan dihuraikan
secara terperinci demi kebaikan bersama.
Sebagai mukadimah pembicara, saya ingin
melontarkan idea saya tentang faedah koperasi terhadap warga sekolah. Memang
tidak dapat dinafikan bahawa pelajar atau guru dapat membeli barangan dengan
harga yang lebih murah. Mereka dapat menikmati barangan yang harganya
berpatutan dan barangan yang berkualiti. Umum mengetahui bahawa koperasi
menjual pelbagai barangan dan makanan seperti alat tulis, minuman, kertas
kajang, buku latihan dan sebagainya. Kesemua ini telah memenuhi kehendak dan
keperluan guru dan pelajar. Sebagai analogi, pelajar dapat membeli sebatang pen
di koperasi dengan harga yang rendah berbanding membeli sebatang pen di pasar
raya. Tambahan pula, barangan di pasar raya mahal-mahal belaka. Hal ini secara
tidak langsung, pelajar dapat menjimatkan wang untuk membeli alat-alat tulis
dan buku-buku rujukan bagi meningkatkan prestasi pembelajaran. Tegasnya,
koperasi menawarkan barangan yang harganya berpatutan dan berkualiti kepada
warga sekolah.
Bukan setakat itu sahaja, koperasi
membolehkan anak-anak muridnya mendapat ilmu perniagaan. Apabila pelajar
mengendalikan urus niaga di koperasi, mereka dapat memahami dan menguasai asas
perniagaan. Pengalaman baru ini tidak dapat dipelajari dalam silibus sekolah
dan merupakan satu pendekatan yang baik untuk mempraktikkan apa-apa yang
dipelajari di dalam bilik darjah. Pelajar yang belajar subjek-subjek seperti
Prinsip Perakaunan, subjek Perniagaan dan Perdagangan dapat memahami apa-apa
yang dipelajari dengan lebih lebih lanjut dan efektif dalam kehidupan seharian
mereka. Sebagai contoh, pelajar dapat berinteraksi dan bertukar-tukar pendapat
dengan pelajar yang lain dan guru tentang selok-belok dalam urus niaga.
Rentetan daripada situasi tersebut, hubungan silaturahim bagai isi dengan kuku dapat
dipupuk antara guru dan pelajar. Malah, mereka dapat menambah ilmu pengetahuan
mereka supaya mereka tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung. Jelaslah, bahawa
asas perniagaan dapat dimantapkan dalam sanubari anak-anak didik melalui
penglibatan mereka dalam koperasi sekolah.
Umum juga mengetahui bahawa
koperasi memberi faedah kepada warga sekolah kerana koperasi membantu
memudahkan para pelajar dan warga sekolah memperoleh barangan dan mendapatkan pelbagai
perkhidmatan yang berkaitan dengan keperluan sekolah. Mudah, selesa apabila
koperasi sekolah menjadi tempat membeli belah. Selain menjual alat tulis
dan keperluan persekolahan, kini pihak koperasi turut menyediakan pelbagai
perkhidmatan lain seperti mesin
fotostat, menjadi agen tempahan buku, mencetak baju T dan turut juga menjual
barang kering keperluan dapur. Malah, Koperasi Sekolah Menengah Agama (SMA) Al
Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah, di Arau, Perlis mengambil inisiatif menawarkan
perkhidmatan bas sendiri demi memudahkan pelajarnya. ‘You name it, you got it’. Dengan
penubuhan koperasi, secara tidak langsung pelajar dan warga sekolah tidak akan
membuang masa dan tidak akan membazir tenaga. Tidak sampai
selejang kuda berlari, hanya dalam masa sepelaung sahaja kita
sudah di pintu koperasi sekolah. Ternyata koperasi
sekolah memudahkan pelajar mendapatkan segala keperluan sekolah
dalam jangka masa yang singkat.
Sebagai menggulung segala yang diperkatakan di atas, penubuhan koperasi oleh pihak sekolah yang telah lama berkembang di
Malaysia seperti cendawan
tumbuh selepas hujan memberi banyak
faedah kepada warga sekolah. Oleh hal yang demikian kita perlu bersyukur dan menghargai
ahli jawatankuasa koperasi yang begitu bersungguh- sungguh mengendalikan dan
mengurus hal ehwal koperasi. Tanpa usaha gigih mereka, koperasi sekolah sudah
pasti bagai sebutir batu berlian yang tidak berguna. Justeru, sebagai warga sekolah yang bertanggungjawab, kita mestilah saling
bekerjasama dan bukannya bersikap bagai enau dalam
belukar dalam menghadapi sebarang isu berkaitan koperasi sekolah. Semoga
segala usaha yang dilakukan berjaya memastikan koperasi sekolah semakin
dinaiktaraf. Bak kata pepatah, yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.
Sebagai penutup bicara, marilah sama-sama kita hayati sebuah ungkapan
yang bermakna iaitu Koperasi Sekolah Pemangkin Ekonomi Ummah.
Justeru atau justeru itu....
Menurut data DBP,
perkataan "Justeru" mempunyai dua makna.
1. Justeru bermakna kebetulan, tepat, kena benar.
Contohnya: Kenapa justeru sekarang ini engkau harus pergi?.
2. Makna kedua ialah malahan, bahkan.
Contohnya "Sekali-sekali tidak pernah saya mencaci dia, justeru saya puji dia".
Penggunaan "justeru itu" tidak digunakan kerana lazimnya kita tidak berkata malahan itu, bahkan itu.
Berdasarkan makna tersebut, memadai dengan justeru (selepas itu bubuh tanda koma), bukan justeru itu.
*sumber: laman web DBP
1. Justeru bermakna kebetulan, tepat, kena benar.
Contohnya: Kenapa justeru sekarang ini engkau harus pergi?.
2. Makna kedua ialah malahan, bahkan.
Contohnya "Sekali-sekali tidak pernah saya mencaci dia, justeru saya puji dia".
Penggunaan "justeru itu" tidak digunakan kerana lazimnya kita tidak berkata malahan itu, bahkan itu.
Berdasarkan makna tersebut, memadai dengan justeru (selepas itu bubuh tanda koma), bukan justeru itu.
*sumber: laman web DBP
Friday, 19 April 2019
Subscribe to:
Posts (Atom)
seyogia atau seyogianya
[se.yo.gia] | سيوݢيا Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, seyogia bermaksud sepatutnya, selayaknya, semestinya: Seyogia ialah kata terbitan dar...
-
TARIKH : 29 OKTOBER 2018 ALUAN BISMILLAH HIRRAHMANIRRAHIM.... ALHAMDULILLAHHIRABBILALAMIN... RABBISSRAHLISADRIWAY...
-
Dalam keghairahan menghambat kemewahan dunia, masyarakat sering alpa dengan isu pembuangan sampah. Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 16 ...
-
Salah satu ciri yang perlu ada dalam diri setiap individu ialah semangat patriotisme. Patriotisme yang juga disebut sebagai semangat patri...