SINOPSIS BAB DEMI BAB
Bab 1
Lili yang akan tamat
persekolahan menengahnya, bercadang untuk menghabiskan cuti di kampung datuk
dan neneknya dalam Daerah Dungun, Terengganu. Sebenarnya perasaan Lili tidak
gembira untuk pulang bercuti ke kampung, namun terpaksa berpura-pura demi
menjaga hati ibunya.
Bab 2
Perjalanan
pulang ke kampung dihantar oleh ayah ke perhentian bas ekspres dengan
menyandang dua buah beg pakaian. Lili berpakaian tebal ketika itu kerana musim
tengkujuh. Dari Kuala Lumpur ke kampung datuk neneknya mengambil masa selama
lapan jam perjalanan. Di dalam bas Lili sibuk membaca buku Panduan
Pemakanan Sihat Melalui Sayur-sayuran dan Buah-buahan. Lili berkenalan
dengan seorang pelajar tahun satu Jurusan Kejuteraan Awam, Universiti Malaya
yang bernama Geetha juga ingin menuju ke daerah yang sama. Mereka bersembang
tentang masa depan. Lili menyedari bahawa dia sedang diperhatikan oleh seorang
pemuda Cina atau kacukan.
Bab 3
Geetha telah
turun di Pekan Sejahtera lebih awal sebelum sampai ke Pekan Sentosa. Lili
sedang menunggu Abang Rashid untuk mengambilnya pulang. Dalam kesibukan Lili
disapa semula oleh pemuda tersebut kerana tertinggal buku penjagaan
kesihatannya. Pemuda itu mempelawanya untuk tumpang sama, tetapi Lili menolak
pelawaan itu kerana dia sedang menunggu Abang Rashid untuk pulang.
Bab 4
Lili melihat
keindahan kampung yang nyaman dan begitu damai dengan sawah bendang luas
terbentang. Lili bertemu dengan nenek di bendang, lalu bersalaman dan bertanya
khabar. Menurut nenek datuk sibuk dengan urusan gotong-royong menaikkan kubah
masjid kampung bersama-sama dengan masyarakat kampung.
Bab 5
Datuk
bercerita tentang keunikan reka corak jendela dan pintu. Sepanjang malam pula
datuk begitu pakar bercerita kemujaraban akar-akar kayu ubat yang dapat
menyembuhkan penyakit secara tradisional. Menurut datuk, khasiat
tumbuh-tumbuhan lain juga menjadi amalan penduduk-penduduk kampung dalam
pemakanan dan pengubatan tradisional, malah pihak hospital juga menggunakan
herba sebagai bahan untuk mengubat penyakit. Nenek menegur datuk supaya tidak
mempengaruhi segala pendapatnya berkaitan dengan perubatan tradisional yang
belum tentu kepastiannya.
Bab 6
Ketika
kedengaran bunyi hujan turun, nenek mengarahkan Lili menutup semua cermin yang
terdapat di dalam rumah dengan kain sarung bertujuan untuk terbalikkan mata
kilat. Kemudian nenek membakar kulit bawang putih pemberian perempuan berbangsa
India, Letchumi, supaya isi rumah berbau wangi. Ibu Lili pula lebih suka seni
taman ala Bali, yang dipenuhi reka bentuk dan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai
ciri-ciri keselamatan, tahan lasak dan menghalau nyamuk. Manakala, di halaman
rumah, ditanam dengan herba pembuka selera makan. Masyarakat kampung lebih
gemar berurusan dengan datuk apabila berdepan dengan masalah kesihatan dan
menjadi kepercayaan serta sumber rujukan.
Bab 7
Nenek membawa
Lili ke kedai runcit Letchumi dan terserempak dengan Geetha. Lili tidak
menyangka bahawa selama ini, neneknya begitu akrab dengan ibu Geetha. Menurut
Geetha, ibunya merupakan pelanggan setia mengamalkan minuman herba buatan
datuknya yang telah berjaya menyembuhkan penyakit ibunya yang sebelum ini sakit
teruk. Walaupun ketika ini saiz badan ibunya terlalu gemuk, tetapi kelihatan
begitu sihat. Geetha menasihati Lili supaya mempelajari ilmu penyediaan herba dan
rawatan tradisional dari datuknya yang begitu terkenal di Pekan Sentosa ini.
Lili berasa bangga kerana mendapat penghargaan atas kepakaran datuknya dalam
ilmu pengubatan tradisional, apatah lagi yang memujinya bukanlah sebangsa
dengannya.
Bab 8
Datuk banyak
mengajar Lili berkaitan dengan ilmu keagamaan, malah datuk selalu menguji Lili
tentang ilmu-ilmu keagamaan yang selama ini Lili tidak mengetahuinya. Datuk
mengakui bahawa ibu Lili tidak kisah dengan ilmu-ilmu keagamaan adalah berpunca
daripada kesilapannya. Semasa zaman kanak-kanak ibu Lili lebih berminat belajar
silat di gelanggang Tuk Wali berbanding ilmu agama. Tambahan pula setelah
berjaya melanjutkan pelajaran keluar negara, menjawat jawatan penting dan
berumah tangga sehingga terlupa segala-galanya. Sepanjang berada di kampung
Lili berasa keenakan buah-buahan tempatan yang terdapat di dusun yang dikutip
oleh Abang Rashid. Pak Sahak datang ke rumah datuk memaklumkan bahawa berlaku
kekecohan di surau kerana William cuba dipengaruhi oleh anaknya Sugi supaya
tidak mempercayai perubatan tradisional di samping memujuk supaya menjualkan
tanah bagi tujuan membina rumah sewa.
Bab 9
Danel anak
bongsu William Ng berkunjung ke rumah datuk untuk menjelaskan isu yang hangat
dibincangkan oleh masyarakat kampung berkaitan pembinaan kubah surau. Wakil
Rakyat telah memberi pilihan sama ada ingin membina sebuah dewan masyarakat
atau mendirikan sebuah masjid. Kebanyakan penduduk kampung memilih untuk
membina kubah surau berbanding membina sebuah masjid kerana masalah
kekurangan tanah. Di samping itu juga, Danel telah menjelaskan kebaikan
mendapatkan rawatan moden berbanding dengan rawatan tradisional. Hujah-hujah
telah dikemukakan oleh Danel dari segi sains perubatan untuk menyakinkan
penduduk-penduduk kampung termasuk datuk, walaupun datuk sukar untuk menerima
hakikatnya. Memang kaedah perubatan tradisional baik jika digabungkan dengan
kaedah perubatan moden, kerana semua bahan-bahan ramuan tradisional diawet
dalam bentuk moden supaya penggunaannya lebih selamat dan terjamin mengikut
kaedah saintifik. Danel terpaksa berhujah secara berhemah demi menjaga hati
datuk agar tidak terguris.
Bab 10
Datuk tetap
sayang akan pekerjaannya sebagai pengubat tradisional, kerana masih ramai
penduduk yang percaya dengan rawatan tersebut termasuk ibu Geetha. Hati datuk
tersentuh dengan penerangan yang diberikan oleh Danel, walaupun hujah-hujah
yang diberikan itu belum tentu dapat menyakinkannya. Jangkaan datuk juga kuat
mengatakan William juga tidak dapat menerima penerangan yang diberikan oleh
Danel. Jika dahulu semua kata-kata datuk boleh diterima pakai oleh
penduduk-peenduduk kampung termasuk William, malah berjaya mengislamkannya,
tetapi kini tidak lagi. Nenek pula sekarang sudah mula menyindir dan menidakkan
kata-kata datuk. Sugi anak sulung William pula telah menggalakkan pemaju datang
untuk membangunkan tanah penduduk-penduduk kampung, yang akhirnya berlaku
pertelagahan antara penduduk sama ada mahu menjual tanah atau sebaliknya.
Bab 11
Sebelum
solat, datuk tercari-cari tasbihnya yang hilang entah ke mana, namun sebaik
sahaja masuk waktu datuk bersolat dan berzikir tanpa menggunakan tasbih.
Selepas itu datuk membaca kitab dua halaman dan berhenti. Dengan linangan air
mata yang tidak bertakung, tanda menahan kesedihan dalam mengharung segala
dugaan kehidupan. Usia datuk kini sudah mencapai lebih tujuh puluh tahun. Datuk
menyuruh Lili ke dapur supaya nenek membuatkan secawan kopi untuknya. Tanpa
berlengah Lili akur dengan arahan datuk dan terus ke dapur. Nenek membawa
secawan kopi untuk datuk. Apabila melihatkan ada sesuatu yang ingin
dibincangkan antara datuk dan nenek, Lili mohon izin keluar, tetapi datuk terus
memanggilnya. Lili duduk semula dan datuk meminta Lili menceritakan tentang
ibunya. Lili terus bercerita, namun berdasarkan soalan-soalan yang datuk
kemukakan, jelaslah bahawa terlalu banyak rahsia hidup ibu yang Lili tidak
ketahui.
Bab 12
Isu kubah
surau menjadi perbualan hangat antara penduduk-penduduk kampung. Sama ada ingin
mendirikan masjid atau membina kubah surau lama telah menyebabkan
penduduk-penduduk kampung hidup berpuak-puak. Bekas ketua kampung, iaitu arwah
Haji Salihin merupakan orang alim di kampung ini, juga berasal dari tanah Jawa
Barat bersama-sama membangunkan surau lama ini, telah berpesan bahawa surau
lama ini tidak boleh dibangunkan kerana bimbang kesannya akan mengganggu
ketenteraman kampung. Mengikut pendapat nenek, itu hanyalah kepercayaan yang
tiada penghujungnya dan ada alasannya yang tersendiri. Ketika Lili meniti
bendang untuk menemui nenek, dia ternampak seorang lelaki mengepit seekor ayam
jantan dan seorang lagi mengepit seekor ayam betina. Abang Rashid telah
menasihatinya supaya balik ke rumah kerana keadaan kampung begitu tegang.
Tiba-tiba muncul sekumpulan lelaki tua melaung-laung dan bertakbir serta
menghalang mereka melakukan perkara-perkara haram dan pengkhianat. Berlakulah
kejar-mengejar antara kumpulan tersebut. Abang Rashid terus menghantar Lili
pulang ke rumah kerana bimbangkan keselamatannya. Sebaik-baik sahaja sampai ke
rumah Lili ternampak ada tetamu datang yang terdiri daripada empat orang lelaki
dan seorang perempuan.
Bab 13
Menurut
cerita nenek, kelima-lima orang yang datang itu adalah berasal dari Kuala
Lumpur. Mereka datang hanya ingin memberitahu bahawa sakitnya lebih awal sembuh
daripada menggunakan herba yang datuk berikan. Lili ke anjung bertemu dengan
datuk. Datuk memberitahu Lili mulai sekarang datuk hanya akan menumpukan
tugas-tugasnya berkebun dan berperahu, tidak boleh bergantung hidup dengan
herba-herba lagi. Pada sebelah malamnya, datuk menyusun kayu-kayu api di
bangsal belakang rumah untuk menenangkan fikirannya. Keesokan harinya datuk
menyusun barang-barang lama yang bertaburan di lantai dan bekerja tanpa
henti-henti. Pada sebelah petangnya Lili memohon kebenaran nenek untuk ke rumah
Geetha, dengan ditemani Abang Rashid, tetapi memandangkan sudah senja, Lili
membatalkan niatnya, tetapi terus bersama-sama Abang Rashid ke pekan. Semasa
berjalan-jalan Lili sempat bertanyakan Abang Rashid tentang zaman bujangnya dan
bilakah Abang Rashid akan berkahwin? Soalan itu tidak berjawab.
Bab 14
Lili berjumpa
dengan Geetha di rumahnya, dan Geetha menyatakan rasa bosannya kerana tiada
kawan. Lili mempelawa Geetha untuk bermalam di rumah neneknya, Geetha setuju.
Setelah mendapat kebenaran daripada ibu Geetha, mereka bertolak menuju ke
perhentian bas. Lili berharap mereka akan sampai ke rumah neneknya sebelum
waktu zohor, tetapi mereka merancang untuk pergi bersiar-siar di perkampungan
pada sebelah petang. Mereka tertarik dengan keindahan kampung tersebut dengan
mendaki bukit, tempat melihat matahari terbit dan terbenam, suatu keunikan.
Geetha bercerita tentang budaya masyarakat India yang tinggal berjiran
dengannya, terdapat pelbagai karenah dan ragam hidup.
Bab 15
Geetha dan Lili
menolong nenek masak di dapur sambil bersembang kosong. Geetha memberitahu
nenek bahawa tekanan darah dan kandungan gula dalam badan ibunya stabil kerana
memakan herba dan rebusan akar-akar kayu. Nenek gembira dengan khabaran
tersebut. Datuk masih lagi belum pulang ke rumah menyebabkan nenek berasa
risau. Abang Rashid telah pergi mencari datuk dengan menolak basikalnya dalam
kegelapan malam. Keesokan paginya datuk pulang ke rumah dengan dileteri nenek,
dan di tepi dinding terdapat dua buah bakul berisi akar-akar kayu dan daun-daun
hutan.
Bab 16
Datuk
bercerita dengan nenek pengalamannya mencari bahan-bahan untuk dijadikan herba
di hutan tanpa kepenatan dan keletihan. Tiba-tiba sahaja Danel muncul dengan
membawa buah-buahan dan makanan lalu diberikan kepada nenek. Datuk menyambut
kedatangan Danel seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sebelum
ini. Manakala, Geetha dan Lili menyiapkan minuman kepada tetamu yang datang.
Mereka bercerita tentang Danel yang kali pertama bertemu di dalam bas yang sama
dinaiki oleh Lili dan Geetha sewaktu pulang ke kampung. Geetha memohon untuk
balik kerana telah berjanji kepada ibunya bahawa dia hanya dibenarkan bermalam
semalam sahaja di rumah nenek Lili. Sebelum Geetha dihantar pulang, nenek
berpesan kepada Lili supaya pergi ke kedai Ah Kwan untuk membeli barang-barang
keperluan dapur. Dalam perjalanan pulang Lili, terserempak dengan adengan
kejar-mengejar beberapa orang pemuda yang bersenjatakan parang. Lili mungkin
kenal pemuda-pemuda tersebut dan mereka pernah datang ke rumah nenek dulu.
Sebaik sahaja tiba di rumah, Lili terkejut apabila melihat Danel dalam keadaan
meniarap sedang diurut oleh Datuk. Sebenarnya menurut kata nenek, semenjak
kebelakangan ini hubungan datuk dengan Danel begitu baik. Danel kini lebih
gemar menulis artikel berkaitan buah-buahan terutamanya pisang.
Bab 14
Lili berjumpa
dengan Geetha di rumahnya, dan Geetha menyatakan rasa bosannya kerana tiada
kawan. Lili mempelawa Geetha untuk bermalam di rumah neneknya, Geetha setuju.
Setelah mendapat kebenaran daripada ibu Geetha, mereka bertolak menuju ke
perhentian bas. Lili berharap mereka akan sampai ke rumah neneknya sebelum
waktu zohor, tetapi mereka merancang untuk pergi bersiar-siar di perkampungan
pada sebelah petang. Mereka tertarik dengan keindahan kampung tersebut dengan
mendaki bukit, tempat melihat matahari terbit dan terbenam, suatu keunikan.
Geetha bercerita tentang budaya masyarakat India yang tinggal berjiran
dengannya, terdapat pelbagai karenah dan ragam hidup.
Bab 15
Geetha dan
Lili menolong nenek masak di dapur sambil bersembang kosong. Geetha memberitahu
nenek bahawa tekanan darah dan kandungan gula dalam badan ibunya stabil kerana
memakan herba dan rebusan akar-akar kayu. Nenek gembira dengan khabaran
tersebut. Datuk masih lagi belum pulang ke rumah menyebabkan nenek berasa
risau. Abang Rashid telah pergi mencari datuk dengan menolak basikalnya dalam
kegelapan malam. Keesokan paginya datuk pulang ke rumah dengan dileteri nenek,
dan di tepi dinding terdapat dua buah bakul berisi akar-akar kayu dan daun-daun
hutan.
Bab 16
Datuk
bercerita dengan nenek pengalamannya mencari bahan-bahan untuk dijadikan herba
di hutan tanpa kepenatan dan keletihan. Tiba-tiba sahaja Danel muncul dengan
membawa buah-buahan dan makanan lalu diberikan kepada nenek. Datuk menyambut
kedatangan Danel seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sebelum
ini. Manakala, Geetha dan Lili menyiapkan minuman kepada tetamu yang datang.
Mereka bercerita tentang Danel yang kali pertama bertemu di dalam bas yang sama
dinaiki oleh Lili dan Geetha sewaktu pulang ke kampung. Geetha memohon untuk
balik kerana telah berjanji kepada ibunya bahawa dia hanya dibenarkan bermalam
semalam sahaja di rumah nenek Lili. Sebelum Geetha dihantar pulang, nenek
berpesan kepada Lili supaya pergi ke kedai Ah Kwan untuk membeli barang-barang
keperluan dapur. Dalam perjalanan pulang Lili, terserempak dengan adengan
kejar-mengejar beberapa orang pemuda yang bersenjatakan parang. Lili mungkin
kenal pemuda-pemuda tersebut dan mereka pernah datang ke rumah nenek dulu.
Sebaik sahaja tiba di rumah, Lili terkejut apabila melihat Danel dalam keadaan
meniarap sedang diurut oleh Datuk. Sebenarnya menurut kata nenek, semenjak
kebelakangan ini hubungan datuk dengan Danel begitu baik. Danel kini lebih
gemar menulis artikel berkaitan buah-buahan terutamanya pisang.
Bab 17
Dalam artikel
Danel yang berjudul Segala Tentang Pisang telah menghuraikan
secara panjang lebar berkaitan produk pisang di Tenom, Sabah. Penanaman pisang
secara besar-besaran di Sabah telah berjaya di eksport keluar negeri.
Pendapatan lumayan ini juga dibantu dengan tanaman sampingan lain seperti
buah-buahan, getah dan kelapa sawit. Hasil pertanian ini telah berjaya memberi
pulangan tinggi kepada peladang dan hidup mewah. Mengikut kajian perubatan,
pisang bukan sahaja dapat mendatangkan pulangan yang tinggi, malah boleh
menghasilkan tenaga segera kepada tubuh badan disamping boleh menyembuhkan
pelbagai penyakit jika pengambilannya seimbang. Kulit pisang pula boleh
menyembuhkan bintat dan rasa gatal akibat gigitan nyamuk.
Bab 18
Isu kubah
surau telah dicetuskan oleh Pak Sahak, ketua kampung, Imam Sanusi dan seorang
pemuda. Mereka ke rumah datuk untuk berbincang supaya masalah yang buntu ini
dapat diselesaikan, jika tidak campur tangan Yang Berhormat diperlukan. Tetiba,
Lili yang ternampak juluran ranting di jendela mendapati Danel memberi isyarat
mengajak Lili menemaninya ke pekan untuk membeli minyak gamat, setelah mendapat
kebenaran nenek. Mereka ke pekan menaiki bas kerana kereta Danel digunakan oleh
abangnya. Semasa di dalam bas, Danel memberi alasan kenapa dia menulis artikel
mengenai pisang.
Bab 19
Sebelum
pulang, Danel dan Lili singgah di restoran makanan segera untuk makan dua biji
burger, kentang goreng dan minuman berkarbohidrat, ini boleh mengundang
penyakit darah tinggi. Danel juga memberitahu, bahawa nenek Lili memang pandai
memasak dan masakannya sungguh sedap. Dia juga selalu ke rumah nenek membantu
nenek masak tanpa pengetahuan Lili. Menu masakan semuanya menggunakan pisang
sebagai bahan campuran. Mereka singgah di pasar raya untuk membeli beberapa
barang keperluan, seterusnya Lili merancang untuk singgah ke rumah Geetha.
Setelah selesai mereka pulang menaiki bas seperti biasa, sehinggalah sampai
menyusuri jalan ke kampung dan Danel mengekori sahaja Lili dari belakang.
Sebaik sahaja sampai ke jalan besar yang berturap, kelihatan seorang budak
lelaki dikejar oleh beberapa orang lelaki dengan suara yang memekik. Lili
mengenali itulah anak-anak Che Jah yang sering menimbulkan masalah. Tiba-tiba
tangan Lili dipulas, Danel tergamam kerana senjata tajam yang dipegang oleh
Rafiq telah diacukan ke leher Lili. Sebaik sedar, Lili telah berada di tempat
perculikan yang dilakukan oleh kedua-dua anak lelaki Che Jah.
Bab 20
Lili disembunyikan
di sebuah rumah usang berlantaikan buluh. Danel telah datang menyelamatkan Lili
pada waktu kegelapan malam, kerana Danel memang tahu tempat persembunyian Rafiq
dan Haziq. Danel tidak memaklumkan kejadian itu kepada penduduk-penduduk
kampung atas alasan tertentu. Menurut Danel, Haziq satu sekolah dengannya dan
merupakan seorang pelajar pintar. Namun, pergaulan bebas kutu-kutu rayau
menyebabkan dirinya terperangkap dengan jenayah seperti mencuri, hisap dadah
dan pecah rumah. Sehinggakan mereka sanggup melakukan kekerasan dan mengugut
ibunya sendiri, juga orang-orang kampung menyumpah-yumpah supaya anaknya
ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah
nenek menyambut kepulangan Lili dengan tangisan kerana bimbang akan keselamatan
cucunya. Sebenarnya nenek tahu tentang kejadian yang menimpa Lili.
Bab 21
Lili berasa
simpati tentang nasib malang Rafik dan Haziq kerana berpunca dari masalah
keluarga yang dihadapi. Sebaik sahaja berjumpa Danel, Lili terus bertanyakan khabar
berita nasib mereka dua beradik. Ketua kampung pula telah mengarahkan
penduduk-penduduk kampung merobohkan pondok tempat persembunyian mereka. Namun
Lili tetap berasa simpati dengan keadaan hidup malang yang menimpa Che Jah,
Rafiq dan Haziq. Menerusi maklumat yang diperolehi dari neneknya, sudah tentu
banyak yang bersifat negatif dan menyedihkan. Oleh itu, Lili bercadang untuk
berjumpa dengan Geetha untuk mendapatkan maklumat yang lebih telus dan bersifat
terbuka. Bagi Lili, Rafiq dan Haziq adalah manusia biasa yang memerlukan
pertolongan dan perhatian semua pihak, bukan mengutuk dan menghina secara
berterusan. Lili memohon kebenaran untuk ke rumah Geetha, tetapi neneknya tidak
membenarkannya atas faktor keselamatan.
Bab 22
Abang Rashid
memberitahu Lili, bahawa Haziq dan Rafiq telah ditangkap oleh penduduk-penduduk
kampung dan salah seorang daripadanya teruk dibelasah oleh ayah mereka. Lili
bercadang ke rumah Che Jah untuk mengetahui keadaan yang sebenar dan
kemudiannya merancang ke pekan bersama-sama dengan Abang Rashid. Sebaik-baik
sahaja sampai ke rumah Che Jah, Lili dipersilakan disambut dan dipersilakan
masuk ke dalam rumah. Che Jah menjelaskan Haziq teruk dibelasah dengan tali
pinggang oleh ayahnya. Menurut cerita Che Jah lagi, Haziq semasa alam persekolahan
dulu merupakan seorang pelajar yang pandai, tetapi telah dibuang sekolah kerana
selalu ponteng dan melawan guru. Haziq menjadi nakal kerana bergaul bebas
dengan budak-budak nakal sehingga perangainya tidak dapat dilentur. Che Jah
memohon maaf kepada Lili tentang apa yang dilakukan oleh anaknya terhadap Lili,
tetapi Lili secara ikhlas telah memaafkannya. Che Jah memuji-muji kebaikan hati
Lili yang sanggup datang menjenguk dan bertanya khabar. Che Jah mempelawa Lili
untuk makan tengah hari di rumahnya, dia tidak menolak pelawaan itu.
Bab 23
Nenek menegur
Lili kerana mengambil tahu tentang hal keluarga orang lain. Nenek juga
memberitahu bahawa orang-orang kampung memang suka bermuka-muka. Kekadang boleh
mengumpat hanya melalui jendela sahaja. Lili menghampiri datuk yang masuh belum
selesai dengan isu kubah surau dan herba-herba ubatan tradisionalnya. Seman
suami Che Jah merupakan seorang bapa yang sangat garang. Seman bukan sahaja
garang terhadap anak-anaknya, tetapi juga terhadap orang-orang lain yang
berurusan dengannya. Kelakuan buruk Seman ialah suka berjudi, berhutang,
menipu, minum arak dan anak-anak serta isterinya akan menjadi mangsa
kekejamannya. Lili melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap segala tindakan
dan perbuatan Seman yang tersalah mendidik anak-anak dalam membina keluarga
bahagia.
Bab 24
Menjelang
waktu isyak, melalui jendela Lili ternampak sebuah lori membawa kubah di
puncaknya terdapat bulan sabit. Selepas jam sepuluh malam, barulah Lili
mendapat berita dari datuk bahawa kubah surau akan dipasang dalam masa
terdekat. Kini isu kubah surau telah menjadi perbualan hangat dalam kalangan
penduduk-penduduk kampung. Abang Rashid lebih suka sebuah masjid didirikan di
kampung tersebut sebagai tanda pembangunan, begitu juga dengan Lili. Bagi datuk
pula tidak kisah, sama ada kubah surau atau sebuah masjid, yang penting
ilmu-ilmu agama ditegakkan.
Bab 25
Menjelang
pagi, Lili memberitahu nenek untuk berada di luar, sama ada melihat kubah surau
atau bertemu dengan Che Jah. Nenek menasihati Lili agar dalam keadaan sebegini
lebih selamat tidak berjumpa dengan sesiapapun. Mengikut nalurinya, pada hari
ini Lili perlu berkomunikasi dengan seseorang. Danel datang membawa gulai kari
pisang ikan masin yang dimasak sendiri dan menyampaikan suatu pesanan khas
ayahnya kepada datuk. Berita kenaikan harga minyak petrol dan disel telah
menenggelami isu kubah surau ketika ini. Di mana-mana sahaja semua penduduk
akan membincangkan kenaikan harga bahan api tersebut dan mengeluh tentangnya.
Begitu juga kenaikan harga barangan yang lain termasuk perubatan. Datuk sempat
memperli Danel, bahawa kos perubatan tradisional sahaja yang tidak naik. Lili
ke rumah Che Jah menziarahinya dan sempat melihat keuzuran Haziq yang belum
sembuh akibat kesan dibelasah oleh ayahnya. Che Jah begitu mesra melayan Lili,
jangkaan dan gambaran buruk perwatakan Che Jah oleh nenek, jauh berbeza.
Lili memberitahu Che Jah, bahawa dia akan kembali ke Kuala Lumpur seminggu
lagi.
Bab 26
Lili
berpendapat, dua cadangan yang perlu diketengahkan iaitu perlunya dibina
sebuah masjid dan melaporkan kepada biro pengaduan jenayah yang dilakukan oleh
Seman terhadap ahli-ahli keluarganya. Datuk menasihati Lili agar tidak
memikirkan hal-hal yang berat dan lebih memberi tumpuan menghabiskan masa cuti
persekolahan. Danel pula telah banyak membantu, seperti menyelamatkan nyawa,
membawanya ke pekan dan dalam segala hal juga mereka bersependapat. Lili juga
berpandangan bahawa tugas membangunkan kampung terletak di bawah tanggung jawab
Danel sebagai penduduk tetap dan perlu memperjuangkannya.
Bab 27
Nenek
bersuara janggal mengatakan sesuatu sambil memanggil Abang Rashid. Abang Rashid
pula tergesa-gesa menyediakan basikalnya untuk membawa nenek ke rumah Che Jah.
Ada sesuatu perkara yang berlaku di sana sehingga menyebabkan nenek bergegas ke
rumah Che Jah. Lili dan Danel juga segera ke rumah Che Jah tetapi masih belum
pasti apa yang berlaku. Sebaik-baik sahaja sampai kedengaran tempikan seorang
lelaki, pastinya Seman sedang berang. Terdapat beberapa orang di dalam rumah
Che Jah ketika itu. Tiba-tiba seorang pemuda jatuh terhumban dari atas rumah,
iaitu Haziq dengan keadaan tubuhnya berdarah. Seman yang naik angin dan dalam
keadaan yang tidak siuman telah menerajang Haziq sehingga menyebabkan mulutnya
berdarah. Tiada seorangpun yang berani meleraikan ketegangan itu, mereka hanya
berani melihat tentang apa yang berlaku. Manakala, Che Jah telah memekik minta
cerai kerana tidak sabar lagi dengan karenah suaminya yang bertindak
melulu.
Bab 28
Che Jah belum
berjaya menuntut cerai daripada suaminya. Suaminya, Seman masih dengan perangai
buruknya, kaki judi, sering pulang lewat malam dan sering memukul anak-anak dan
isterinya. Seorang pesakit baru datang berubat dengan datuk kerana penyakit
gout. Datuk meminta Lili mengambilkan sebotol herba dan menerangkan pantang
larang tentang sakit tersebut. Pesakit wanita itu, Puan Hamimah dalam usia tiga
puluhan lebih selesa dengan panggilan Kak Mimah sanggup bermalam di rumah datuk
untuk menghabiskan proses berubat. Kak Mimah bekerja sebagai penolong pegawai,
Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bahagian Warga Tua dan Keluarga. Tugasnya
berkaitan dengan keganasan rumah tangga, penganiayaan kanak-kanak dan pengabaian
warga tua. Lili telah mengambil kesempatan dan peluang ini untuk membuat aduan
terus kepada Kak Mimah untuk memanjangkan kes keluarga Che Jah untuk diambil
tindakan oleh pihak berkuasa.
Bab 29
Kak Mimah
bersetuju membantu Lili untuk menyelesaikan masalah keluarga yang dihadapi oleh
Che Jah di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Kak Mimah akan balik ke
Kuala Lumpur dan akan membuat laporan berkaitan dengan kes tersebut dan Lili
akan menjadi saksi. Danel datang ke rumah ketika datuk dan nenek tiada di
rumah. Lili bersembang dengan Danel di pangkin sambil membincangkan pembinaan
masjid dan merancang untuk mengadakan pertemuan dengan penduduk-penduduk
kampung.
Bab 30
Danel
mencadangkan pengumuman dibuat di surau untuk mengadakan pertemuan dengan
penduduk-penduduk kampung ketika majlis pernikahan anak pak busu pada hari
Jumaat nanti. Danel dan Lili bercadang bertemu Geetha untuk memintanya
menyelesaikan masalah keluarga Che Jah. Geetha bersetuju dan ingin bertemu
dengan Che Jah terlebih dahulu. Mereka ke rumah Che Jah setelah mendapat
kebenaran ibu Geetha, tetapi Che Jah tiada di rumah.
Bab 31
Danel juga
berbangga kerana Geetha sanggup membantu dalam menyelesaikan masalah pembinaan
masjid dan surau kampungnya. Mereka juga berbincang tentang bioteknologi
berkaitan dengan madu lebah, kambing dan pokok vanila yang mampu memberi
pulangan cukup lumayan. Kak Mimah telah menghubungi datuk, selain membincangkan
berkaitan rawatan mereka juga menyentuh isu keganasan rumah tangga Che Jah.
Lili tercengang dengan keputusan datuk untuk mengambil tindakan terhadap
suami Che Jah dan mengheretnya ke penjara. Mereka berbincang cara untuk
menangkap suami Che Jah dan menghukumnya mengikut lunas undang-undang.
Bab 32
Berita kubah
dilarikan orang menjadi isu hangat ketika ini. Beberapa orang wanita mengesyaki
angkara ini sudah pasti dilakukan oleh anak-anak Che Jah yang telah terkenal
dengan kejahatan lampaunya. Lili menenangkan keadaan dan meminta agar mereka
tidak membuat tuduhan melulu yang tiada kepastiannya. Datuk mengheret Rafiq dan
Haziq ke halaman rumah, penduduk-penduduk akan membelasah mereka dua beradik.
Datuk meminta semua penduduk kampung berkumpul. Mereka lihat Rafiq dan Haziq
dalam keadaan lesu dan badannya lebam-lebam akibat dibelasah. Datuk mencarikan
herba untuk memulihkan mereka tetapi badan mereka langsung tidak bermaya. Badan
Haziq lebam, manakala hidup Rafiq berdarah dan rebah di lantai rumah. Geetha
memberitahu Danel, biarlah datuk yang menyelesaikan masalah masjid dan surau.
Dia hanya ingin membantu menyelesaikan masalah keluarga Che Jah.
Bab 33
Kak Mimah dan
rakannya Nadia muncul ketika datuk ingin mengadakan pertemuan di balai raya.
Che Jah juga hadir sama tanpa dicari, membuat pengakuan untuk dipanjangkan
kepada pihak berkuasa. Suaminyalah yang telah melarikan kubah surau kampung,
bukannya Rafiq dan Haziq. Menurut Che Jah biarlah pihak berkuasa mengambil
tindakan wajar supaya suaminya dihantar ke pusat pemulihan akidah. Menurut Kak
Mimah, jika Che Jah membuat laporan polis, tindakan mahkamah boleh diambil, dan
kes ini akan diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan mendapat
bantuan dari Jabatan Perlindungan Wanita dan Masyarakat bagi membiayai kos
rawatan pemulihan akidah suaminya. Suami Che Jah berjaya ditangkap oleh
penduduk-penduduk kampung di belakang pondok dusun. Haziq diberi herba sebagai
penawar, manakala Rafiq dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Bab 34
Sugi tidak mengaku terlibat dengan kemasukan dua
orang wakil pemaju perumahan yang datang memujuk penduduk kampung agar
menjualkan tanah mereka.Datuk pula dituduh cuba melindungi Che Jah yang
terlibat melindunginya anak-anaknya daripada kes culik cucunya, Lili.
Berpuluh-puluh pemuda kampung menunjuk perasaan di halaman rumah dengan menuduh
datuk terlibat dengan pemaju perumahan. Datuk tidak ambil kisah kerana itu
bukan urusannya. Sugi pula menjelaskan bahawa dia bukan bertujuan untuk
membangunkan kampung dengan projek rumah kos rendah, tetapi ingin memajukan
tanah-tanah penduduk kampung dengan projek agropolitan, penanaman Jatropha
Cuncas dan selama ini semuanya tersalah anggap. Haziq semakin pulih
daripada keletihan manakala Rafiq disahkan mengambil terlalu banyak dadah jenis
syabu sehingga sistem tubuh badannya banyak yang rosak. Kak Mimah berjanji akan
membantunya sehingga pulih.
Bab 35
Lili berasa puas hati apabila pendapatnya didengar oleh orang dewasa. Mereka akan membina masjid seperti yang disarankan. Datuk meminta Danel pulang setelah membantu datuk dan menghilangkan kerisauan ayahnya setelah sehari suntuk tidak pulang ke rumah. Haziq yang semakin sembuh juga meminta izin untuk pulang bagi melihat ibunya di rumah. Keesokan harinya, Geetha dan Danel mengajak Lili melihat matahari terbit.
Lili berasa puas hati apabila pendapatnya didengar oleh orang dewasa. Mereka akan membina masjid seperti yang disarankan. Datuk meminta Danel pulang setelah membantu datuk dan menghilangkan kerisauan ayahnya setelah sehari suntuk tidak pulang ke rumah. Haziq yang semakin sembuh juga meminta izin untuk pulang bagi melihat ibunya di rumah. Keesokan harinya, Geetha dan Danel mengajak Lili melihat matahari terbit.
Bab 36
Matahari terbit dapat disaksikan oleh Lili dan Geetha seawal pagi. Ibu tiba ke kampung dan akan membawa Lili ke Kuala Lumpur dan sempat untuk menghadiri majlis perpisahan pengetuanya. Datuknya, Haji Abdul Rahman menceritakan maksud yang tersembunyi tentang jendela menghadap jalan yang terlalu banyak kisah silam iaitu dari zaman penjajahan hinggalah zaman komunis. Neneknya iaitu Hajah Aisyah Tan Abdullah pula menceritakan kisah zaman silamnya yang berasal dari Tanah Besar China sehinggalah pertemuannya dengan datuk di Tanah Melayu. Lili kerap berjumpa dengan Geetha di Kuala Lumpur dan meneruskan pelajarannya. Haziq dan Rafiq pula akan menduduki PMR pada tahun hadapan dan hidupnya telah banyak berubah. Danel berharap Lili akan kembali semula ke Kampung Sentosa dan berharap Lili telah mengetahui kisah tentang jendela menghadap jalan, manakala Danel pula banyak menulis artikel tentang pisang.
No comments:
Post a Comment