ü Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh...
Salam sejahtera dan, salam 1Malaysia.
ü Yang
berusaha EN AMINUDDIN BIN MUSTAFA,
Pengetua
SMK DJH
ü Yang
berusaha EN AHMAD FAUZI B IBRAHIM,
Penolong
Kanan HEM
ü Yang
berusaha PN RHUZAIMAH B RAMLI
Penolong
Kanan Kokurikulum
ü Yang
dihormati,
Ketua-ketua
Bidang, guru-guru tingkatan 5,
Tuan-tuan dan puan-puan para ibu bapa dan
waris serta para pelajar tingkatan 5 SMK DJH yang dikasihi sekalian
ü Bersyukur
kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapat kita berkumpul di dalam Dewan
SERI Jernih pada pagi yang penuh barakah ini untuk sama sama menjayakan satu agenda
dalam acara takwim sekolah iaitu penetapan target bagi pelajar-pelajar yang
bakal menduduki SPM pada tahun ini.
ü Saya selaku
wakil pihak majlis pada pagi ini, ingin sama merakamkan ucapan jutaan terima
kasih kepada seluruh hadirin warga dewan kerana telah sudi meluangkan masa bagi
bersama-sama menjayakan majlis yang kita rencanakan pada hari ini.
ü Justeru,
menjadi harapan kami warga pendidik agar majlis ini menjadi tonggak bagi
memulakan anjakan paradigma dan pencetus revolusi dalam meningkatkan lagi mutu pencapaian
anak-anak kita dalam bidang akademik..insyaAllah.
ü Sebagai
pembuka tirai acara, majlis menjemput Al-fadhil Ustaz Alias bin Khalib utk
memimpin bacaan doa, dipersilakan.
(DOA)
(DOA)
Amin amin yarabbal alamin. Majlis
merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Al-fadhil Ustaz Alias bin Khalib atas pimpinan doa
sebentar tadi.
ü Warga
dewan yang dimuliakan,
ü Kini,
tibalah masa untuk kita mendengar taklimat yang bakal disampaikan oleh Yang
Berusaha Encik Aminudin bin Mustafa selaku Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan
Dato’ Jaafar Hassan.
ü Majlis
dengan penuh takzimnya mempersilakan Tuan
Pengetua.
(UCAPAN)
(UCAPAN)
ü Begitulah
berakhirnya taklimat yang begitu padat berinformasi buat renungan dan panduan
semua warga dewan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua atas
kesudian menyampaikan taklimat.
ü Agenda
seterusnya pada pagi ini, adalah sesi dialog ibu bapa dan penjaga bersama para
guru. Dalam sesi ini, tuan-tuan akan menerima keputusan peperiksaan akhir tahun
2014. Selepas itu, tuan-tuan dan
puan-puan boleh bertanya tentang prestasi anak tuan-tuan kepada guru yang
mengajar anak tuan-tuan. Sebarang cadangan dan pandangan para waris penjaga amat
dialu-alukan untuk kebaikan bersama, malahan juga tidak lain tidak bukan bermotifkan
strategi peningkatan pencapaian anak-anak menjelang SPM pada tahun ini.
InsyaAllah....
ü Sebelum
tuan-tuan ke sesi dialog,. Saya selaku wakil pihak majlis dengan takzimnya
menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang khilaf
tanpa sedar sepanjang saya mengendalikan rostrum pengacaraan pada hari ini.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T, yang kurang itu
datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri.
Buah selasih buah kelubi
Di dalam dulang hidangan pagi
Terima kasih daun keladi
Bila diundang datanglah lagi.
Sekian,
Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan terima
kasih.
(Sesi Soal Jawab & Dialog)
(Sesi Soal Jawab & Dialog)
mohon share ye cikgu. halalkan buah fikiran bernas mu duhai cikgu.
ReplyDeletethank you. jazakALLAHukhair
Deletethank you. jazakALLAHukhair
DeleteMOHON SHARE CIKGU....
ReplyDeleteUCAPAN YG TERAMAT BERNAS...
TERIMA KASIH...
mohon share cikgu...semoga Allah permudahkan urusan cikgu kerana sudi berkongsi bahan
ReplyDeletetorbaik cikgu... sgt bermanfaat... moga dikurnia ilmu hikmah
ReplyDeleteterima kasih cikgu..
ReplyDeleteTQ CIKGU......SEMOGA DIRAHMATI
ReplyDeletemohon share.tq
ReplyDeleteMohon share teks pengacara majlis cikgu...Semoga cikgu dberi kesihatan yang baik hendakNya..Terima kasih di atas perkongsian..
ReplyDeletepahala yang berpanjangan.. trima kasih cikgu
ReplyDelete