|
Assalamualaikum
WBT dan Salam Satu Malaysia.
Yang
berusaha,
EN AMINUDDIN BIN MUSTAFA, Pengetua
SMK DJH
EN ABDUL JAMIL BIN ABDULLAH,
Penolong Kanan Pentadbiran
EN AHMAD FAUZI B IBRAHIM, Penolong
Kanan HEM
PN RHUZAIMAH B RAMLI Penolong Kanan
Kokurikulum
PN JAMILATUL RABAIE BT HARIS,
Penolong Kanan T6
Yang
dihormati,
Ketua-ketua
Bidang
Guru-guru, para
pelajar SMKDJH dan hadirin sekalian.
Alhamdulillah
bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita
bersama-sama menjayakan Kejohanan Merentas Desa SMK DJH bagi tahun 2015 pada
pagi ini.
|
Bacaan Doa
|
Hadirin
sekalian,
Bagi memula
dan memuliakan majlis, marilah kita bersama-sama memohon berkat agar segala
urusan mendapat rahmat.
Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Alias untuk memimpin bacaan doa…
Amin ya
rabbal allamin… majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Alias di atas pimpinan
bacaan doa itu tadi.
|
Ucapan
Aluan Pengetua
|
Tanpa
melengahkan masa, bagi meneruskan acara, majlis, dengan ini mempersilakan EN AMINUDDIN BIN MUSTAFA, Pengetua, SMK
DJH, untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Merentas Desa SMK DJH bagi tahun 2014.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan…
Demikian
tadi ucapan aluan oleh EN AMINUDDIN
BIN MUSTAFA, Pengetua, SMK DJH, majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
|
Penyampaian
hadiah
|
Hadirin
sekalian,
Kini
tibalah waktu yang dinanti-nantikan… majlis penyampaian hadiah kepada para
pemenang Kejohanan Merentas Desa Tahun 2015
Bagi
menyempurnakan acara penyampaian hadiah, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan _____________________________________________
Untuk
menyampaikan hadiah. Dipersilakan.
Bagi kategori _______________________.
Pemenang
tempat ke ……………. Dimenangi oleh
Tempat ke
……………….. Dimenangi oleh
Dan Johan
Bagi kategori ___________________
jatuh kepada:…….
(ulang
sampai habis nama pemenang)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ------------------------------
atas kesudian menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
|
Penutup
|
Dengan ini
berakhirlah sudah Majlis Kejohanan
Merentas Desa SMK DJH KALI TAHUN 2015.
Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan terima kasih.
|
Sunday, 8 February 2015
SKRIP JURUACARA KEJOHANAN MERENTAS DESA TAHUN 2015
SKRIP PENGACARA PERJUMPAAN WARIS
ü Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh...
Salam sejahtera dan, salam 1Malaysia.
ü Yang
berusaha EN AMINUDDIN BIN MUSTAFA,
Pengetua
SMK DJH
ü Yang
berusaha EN AHMAD FAUZI B IBRAHIM,
Penolong
Kanan HEM
ü Yang
berusaha PN RHUZAIMAH B RAMLI
Penolong
Kanan Kokurikulum
ü Yang
dihormati,
Ketua-ketua
Bidang, guru-guru tingkatan 5,
Tuan-tuan dan puan-puan para ibu bapa dan
waris serta para pelajar tingkatan 5 SMK DJH yang dikasihi sekalian
ü Bersyukur
kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapat kita berkumpul di dalam Dewan
SERI Jernih pada pagi yang penuh barakah ini untuk sama sama menjayakan satu agenda
dalam acara takwim sekolah iaitu penetapan target bagi pelajar-pelajar yang
bakal menduduki SPM pada tahun ini.
ü Saya selaku
wakil pihak majlis pada pagi ini, ingin sama merakamkan ucapan jutaan terima
kasih kepada seluruh hadirin warga dewan kerana telah sudi meluangkan masa bagi
bersama-sama menjayakan majlis yang kita rencanakan pada hari ini.
ü Justeru,
menjadi harapan kami warga pendidik agar majlis ini menjadi tonggak bagi
memulakan anjakan paradigma dan pencetus revolusi dalam meningkatkan lagi mutu pencapaian
anak-anak kita dalam bidang akademik..insyaAllah.
ü Sebagai
pembuka tirai acara, majlis menjemput Al-fadhil Ustaz Alias bin Khalib utk
memimpin bacaan doa, dipersilakan.
(DOA)
(DOA)
Amin amin yarabbal alamin. Majlis
merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Al-fadhil Ustaz Alias bin Khalib atas pimpinan doa
sebentar tadi.
ü Warga
dewan yang dimuliakan,
ü Kini,
tibalah masa untuk kita mendengar taklimat yang bakal disampaikan oleh Yang
Berusaha Encik Aminudin bin Mustafa selaku Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan
Dato’ Jaafar Hassan.
ü Majlis
dengan penuh takzimnya mempersilakan Tuan
Pengetua.
(UCAPAN)
(UCAPAN)
ü Begitulah
berakhirnya taklimat yang begitu padat berinformasi buat renungan dan panduan
semua warga dewan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua atas
kesudian menyampaikan taklimat.
ü Agenda
seterusnya pada pagi ini, adalah sesi dialog ibu bapa dan penjaga bersama para
guru. Dalam sesi ini, tuan-tuan akan menerima keputusan peperiksaan akhir tahun
2014. Selepas itu, tuan-tuan dan
puan-puan boleh bertanya tentang prestasi anak tuan-tuan kepada guru yang
mengajar anak tuan-tuan. Sebarang cadangan dan pandangan para waris penjaga amat
dialu-alukan untuk kebaikan bersama, malahan juga tidak lain tidak bukan bermotifkan
strategi peningkatan pencapaian anak-anak menjelang SPM pada tahun ini.
InsyaAllah....
ü Sebelum
tuan-tuan ke sesi dialog,. Saya selaku wakil pihak majlis dengan takzimnya
menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang khilaf
tanpa sedar sepanjang saya mengendalikan rostrum pengacaraan pada hari ini.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T, yang kurang itu
datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri.
Buah selasih buah kelubi
Di dalam dulang hidangan pagi
Terima kasih daun keladi
Bila diundang datanglah lagi.
Sekian,
Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan terima
kasih.
(Sesi Soal Jawab & Dialog)
(Sesi Soal Jawab & Dialog)
LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN MUTU SUKAN NEGARA
Sukan memainkan peranan
penting kepada sesebuah negara. Sukan dapat meningkatkan perpaduan dalam
kalangan rakyat dan mampu melonjakkan imej sesebuah negara. Selain itu, sukan
juga boleh memberikan pulangan yang lumayan untuk negara. Persoalannya, apakah
langkah-langkah untuk memajukan sukan di negara kita?
Langkah primer untuk
memajukan sukan ialah dengan menambah kemudahan sukan. Sebagai contoh, kerajaan
perlu menambah bilangan kompleks sukan yang mengandungi pelbagai peralatan
sukan yang moden dan canggih. Hal ini penting untuk membolehkan orang ramai menjalani
aktiviti sukan dengan mudah dan selesa. Dengan itu, lebih ramai ahli sukan yang
berbakat dapat dilahirkan.
Selain itu, pelbagai program
dan pertandingan sukan juga perlu ditingkatkan. Hal ini dapat memberi banyak pengalaman
kepada atlit-atlit Negara kita. Atlit yang berpengalaman tidak mudah mengalah
apabila bertanding di Negara luar. Sebagai contoh, kejohanan SUKMA yang
diadakan setiap dua tahun dapat memberi banyak pengalaman kepada atlit-atlit
muda negara kita.
Langkah seterusnya ialah
dengan melantik jurulatih yang bertauliah untuk mengajar pelajar-pelajar di
sekolah. Hal ini penting kerana jurulatih yang bertauliah dapat mengajar
pelajar tentang cara dan teknik yang betul untuk bersukan. Dengan cara ini,
barulah kita dapat melahirkan ahli-ahli sukan yang berkualiti. Di peringkat negara
pula, kita boleh melantik jurulatih dari luar negara untuk meningkatkan kualiti
atlit sukan negara.
Berdasarkan huraian di atas,
jelaslah bahawa terdapat banyak cara untuk meningkatkan mutu sukan di negara
kita. Sesungguhnya tidak ada yang mustahil jika kita terus berusaha tanpa jemu
kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Pelbagai pihak
terutamanya sektor swasta boleh membantu kerajaan untuk menyediakan kemudahan sukan, melantik jurulatih luar ataupun menaja atlit-atlit yang
berbakat. Dengan itu, negara kita akan terkenal dengan atlit sukan yang hebat
seperti Dato’ Nicol David dan Dato’ Lee Chong Wei
Subscribe to:
Posts (Atom)
seyogia atau seyogianya
[se.yo.gia] | سيوݢيا Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, seyogia bermaksud sepatutnya, selayaknya, semestinya: Seyogia ialah kata terbitan dar...
-
TARIKH : 29 OKTOBER 2018 ALUAN BISMILLAH HIRRAHMANIRRAHIM.... ALHAMDULILLAHHIRABBILALAMIN... RABBISSRAHLISADRIWAY...
-
Dalam keghairahan menghambat kemewahan dunia, masyarakat sering alpa dengan isu pembuangan sampah. Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 16 ...
-
Salah satu ciri yang perlu ada dalam diri setiap individu ialah semangat patriotisme. Patriotisme yang juga disebut sebagai semangat patri...